Melayari bahtera rumah tangga sudah pasti ada dugaan dan cabaran. Dugaan dan cabaran paling hebat adalah apabila pasangan hidup diduga dengan masalah kesihatan sehingga menyebabkan diri kehilangan upaya.
Persoalannya sekarang, sudah pasti beban untuk menguruskan pasangan yang sakit itu di atas diri pasangan yang masih sihat. Apakah tindakan selanjutnya yang boleh dibuat?
Dalam segmen Cerita Dalam Kain, Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121 dari pukul 12.00 hingga 1.00 petang Khamis 30 Januari 2020 telah mengupas topik Senang Bersama, Susah Sendiri.
Kaunselor Rumah Tangga, Normaliza Mahadi
Kaunselor Rumah Tangga, Puan Normaliza Mahadi menjelaskan mengikut Islam tanggungjawab seorang isteri adalah menjaga suami, menjaga harta benda suami bila suami tidak ada, tidak benarkan orang asing masuk ke rumah tanpa kebenaran suami, dan meminta izin suami bila hendak keluar dari rumah.
“Kesimpulannya, isteri itu perlu menjaga suami dan kebajikan suami dan anak-anak. Itulah tanggungjawab isteri.”
Namun begitu apabila berlakunya ujian dalam rumah tangga, apa yang boleh dilakukan. Apabila suami sakit, ada isteri yang setia menjaga suami mereka. Dan masih juga ada suami yang masih setia dengan isteri tidak kira isterinya berada dalam keadaan apa sekalipun.
Jelas Puan Normaliza, secara asasnya dalam rumah tangga, susah patut bersama.
Ads
Setiap individu tidak sama. Tidak dapat dinafikan ada yang berkahwin disebabkan kemewahan dan ada yang berkahwin disebabkan kecantikan.
Tetapi ada juga yang berkahwin secara ikhlas demi mahu membina kehidupan rumah tangga.
“Saya rasa tujuan seseorang itu berkahwin itu akan memberi jawapan kepada persoalan itu.”
Pendapatan Isteri Lebih Besar. Boleh Atau Tidak Dominan Dalam Keluarga?
Puan Normaliza berpendapat isteri itu lagi cantik berada di bawan lindungan suami. Tetapi di bawah lindungan suami ini jika suami itu tahu apa tanggungjawabnya.
Ads
“Perkara sebegini susah hendak berlaku. Saya selalu percaya isteri perlu hidup di bawah kemampuan suami. Bukan suami duduk di bawah pangkuan isteri walau pangkat isteri lebih besar. Saya fikir mereka yang menguruskan kewangan rumah tangga akan ‘rule’ rumah tangga itu.
Tetapi hidup ini penuh dengan pelbagai ujian. Ada isteri yang diuji apabila dia menyumbang kepada kewangan keluarga, isteri itu yang kena ‘rule’.”
Suami Jatuh Sakit, Isteri Perlu Jaga?
Jelas Puan Normaliza lagi, untuk menjaga suami yang gagah perkasa terutamanya apabila suami itu sakit memerlukan kekuatan yang besar buat seorang isteri.
“Ia ibarat melawan fitrah. Yang patutnya kuat dalam rumah tangga adalah lelaki. Tiba-tiba wanita yang kena kuat. Melawan fitrah ini akan menyebabkan banyak isu berlaku selepas itu. Kita hendak salahkan dia 100 peratus pun tidak boleh. Kemungkinan besar dia tidak sokongan yang besar dari sekeliling untuk dia buat kerja-kerja berat sebegitu di rumah. Tetapi dosa tetap dosa.”
Tidak Adil Tinggal Suami Ketika Dia Sakit?
“Hendak jaga orang sakit perlu ada dua perkara. Perkara pertama adalah beriman pada Allah dan perkara kedua adalah sayang kepada orang yang sakit. Apabila kita sayang pada orang yang sakit itu, tidak ada halangan untuk menjaganya.
Ads
“Tetapi cuba bayangkan kalau orang yang sakit ini ketika dia sihat, kita tidak berapa sayang dengan dia. Tetapi sebab tidak ada pilihan, masih lagi berkahwin dengannya. Sifat hormat kita pada dia pun ‘zero’. Mungkin disebabkan perbuatan atau percakapannya.
“Ada suami tidak mendera isteri dari segi fizikal tetapi dera isteri dari segi verbal. Jadi bayangkan orang-orang sebegini sakit, bagaimana hendak jaga dia dengan penuh kasih sayang?”
Minta Perceraian?
Jelas Puan Normaliza, sebagai orang Islam yang percaya pada akhirat, apa sahaja yang kita buat akan meninggalkan kesan pada kita. Jika memiliki suami yang tidak baik dan Allah uji lelaki bergelar suami itu, mungkin ini cara yang wanita boleh buat.
“Memohon perceraian bukanlah sesuatu yang buruk terutamanya jika isteri tidak boleh menjaga suami itu lagi. Tetapi apa kata pohon kepada Allah untuk memberi istana yang besar di syurga atas sebab saya menjaga suami yang dahulunya tidak mampu menjaga saya. Tetapi untuk melakukan ini seseorang isteri itu perlu iman sebesar gunung Uhud.
“Apa-apa pun yang berlaku kita perlu berbalik semula kepada Allah. Kita boleh solat istikarah. Kita juga boleh tanya pakar-pakar apa yang boleh kita buat.”
Sebagai pakar kaunseling, Puan Normaliza menjelaskan jika ada isteri yang mahukan perceraian kerana itulah jalan terakhir, apa yang boleh dia lakukan adalah tanya seseorang isteri itu apa yang mereka hendak. Selepas itu isteri itu akan dibimbing untuk mendapatkan apa yang isteri itu kehendaki.
“Tetapi dalam masa yang sama kita akan membantu isteri untuk tidak meninggalkan orang yang sakit ini sehingga dianiayai.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum berkahwin, bukan main lagi kalau nak berjalan-jalan. Seiring sejalan. Tapi bila dah kahwin, boleh biarkan isteri di belakang. Dia seronok jalan sorang-sorang macam orang bujang.
Pelik kan. Inilah yang selalunya terjadi pada suami isteri. Boleh nampak ada pasangan yang jauh berjalan asing-asing, jaraknya sebatu. Umpama tak kenal satu sama lain.
Ini belum lagi bila ada anak. Semuanya diserahkan pada isteri. Dia seronok jalan dan biarkan isteri dengan anak-anak. Berlagak macam bujang.
Bila bawa isteri kluar makan, bila bawa isteri jalan-jalan, kita yang suami ni janganlah berlagak “BUJANG”…
Dah cukup baik sebenarnya jikalau kita tu ada kemahuan untu bawa isteri dan anak-anak keluar makan luar, pergi bercuti, melancong atau berjalan sana sini.
Tapi janganlah biarkan isteri je yang kena pegang anak, jaga anak, layan anak, suapkan anak.
Benda ni memang jadi, selalu sangat nampak.
Ada suami yang bwk isteri makan luar, elok je si suami habis makan, terus bangun hisap rokok, isteri tak sempat jamah lagi makanan dia, baru tengah layan anak-anak, suapkan anak-anak, lepas tu suami datang ajak balik.
Sudahnya, isteri makan sikit, jamah ala kadar…
Ada suami yang bwk isteri jalan-jalan melancong di pusat peranginan…tapi sepanjang melancong tu, suami jalan kat depan, isteri jalan di belakang…isteri yang jaga anak, isteri yang kawal anak, isteri yang pegang anak…
Suami melenggang, isteri patah pinggang…
Manfaat tu, dapat kat suami sorang…suami release tension, suami dapat enjoy dan menikmati suasana tu…manakala bagi isteri, dia rasa lebih baik duduk di rumah sebab dia lagi struggle jaga anak bila di luar utk keadaan yang mcm tu…
Isteri tak betul-betul dapat feel bila mana situasi dia di luar dan di dlm rumah tu sama…
Suami perlu main peranan, kalau kita memang nak meraikan isteri, kalau kita memang nk menggembirakan isteri, maka biar dia makan dan kita layan anak-anak…bila bercuti, kita yang jaga, pegang dan kawal anak-anak..
Kalau kita still letak semuanya pada isteri, maka dia rela lagi duduk di rumah…
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Genap 6 tahun Stacy peluk Islam akui Akim jentik hati dan bercerita mengenai keindahan Islam dengan cukup santai dan tidak terlalu berat.
Tanggal 24 Ogos lalu, genaplah enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
Genap 6 Tahun Stacy Peluk Islam Akui Akim Jentik Hati
Pemilik nama Islam Ummu Shaikhah Stacy Anam ini mengakui suami tercinta, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik (merujuk kepada Akim) ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” ungkap Stacy.
Imbas Detik Penghijrahan & Pernikahan
Ibu kepada dua cahaya mata kepada Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, menerusi program bual bicara dalam talian, Bersama Tya akui detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Stacy akui sebenarnya, dia melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” jawab Stacy yang masih belajar untuk menjadi insan yang terbaik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jarang anak diam atas car seat sebab budak selalunya suka bebas, nak bermain dalam kereta. Kadang kalau tak main pun, mungkin jenis menangis. Akhirnya ambil car seta letak dalam stor! Haaa… sebenarnya kalau mak ayah tahu caranya pasti anak duduk elok tak buat hal.
Ok nak tahu macam mana caranya, mungkin boleh cuba cara Puan Khairussani Farid ini…
Ramai orang duk tanya kami macam-mana anak-anak kami boleh duduk diam dalam car seat, tiga-tiga pulak tu termasuk yang paling kecik, boy or girl, baik dan pasrah ja kena kunci dalam car seat.
Macam mana kami buat? Bersalin atas car seat kot? Sama ja macam hangpa yang baru nak try bubuh anak dalam car seat tu. Anak-anak kami pun mengamuk sakan jugak mula-mula dulu.
Mai nak bagi petua bagi anak-anak mau duk atas car seat.
1. SABARKAN TELINGA!
Paling penting yang ni, mak ayah kena ada kebolehan buat-buat pekak bila anak mengamuk bila kena ikat dalam car seat. Buat tak dengaq ja, insyaAllah kheta dah jalan nanti, senyap la depa.
Anak-anak kami biasanya lepas 15 min berjalan, depa dah pejam dah. Camna nak buat bagi senang pejam? Tengok point 2.
2. MULA TRAVEL BILA ANAK LETIH
Jangan bagi depa lena banyak sebelum mulakan perjalanan. Biaq depa letih dulu, lepastu nanti sat ja letak dalam car seat depa akan terus lena.
3. KENA KONSISTEN!
Hat ni kena buat betul-betul, jangan hangat-hangat taik unta ja beli car seat recaro bagai, pakai 2 kali dah jadi tukun dalam stor. Tiap kali naik kereta tu, bubuh ja depa dalam car seat, tak kisah la nak pi rumah atok kampung sebelah ja pun.
Yang penting anak-anak tau depa kena duduk dalam car seat bila naik kereta.
4. KREATIF
Kalau perlu, sediakanlah gadjet sekadar perlu untuk tunjuk kartun ka kalau anak-anak tak berenti menangis jugak sampai 2 jam. Ataupun sediakan makanan untuk depa. Kadang anak-anak ni lapaq,bagi makanan nanti diamla tu. Hangpa kalau lapaq pun bad mood jugak kan.
5. QUDWAH
Yang terakhir, kalau anak-anak kena strap, mak ayah pun tunjuk la contoh kat anak-anak.
Jangan pulak duk cakap “Ayoh xpaa, ayoh besaq dah!”
Ok, moga hangpa semua berjaya ajaq anak-anak naik car seat dengan sukses!
JOM JADI PARENTS YANG AMANAH MENJAGA ANAK-ANAK!
*Harness pastikan betul-betul atas bahu dan sentiasa pastikan lock. Kena selalu tengok sebab anak-anak bila dah besar sikit dah pandai bukak lock & takmau tali duk atas bahu, macam anak kami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...