Al-Ula & Mada’in Saleh kota yang dilaknat dua tempat berbeza, rakyat Malaysia tinggal di Jeddah perjelas salah faham. Baru-baru ini aktor Zul Ariffin dikecam selepas memuat naik gambar dirinya meneroka bandar pelancongan Al-Ula. Masa yang sama, jelas dirinya bergambar di Mada’in Saleh, kota yang dilaknat Allah kerana keegoan kaum Tsamud yang enggan menyembah Allah hingga akhirnya mereka dihancurkan ketika zaman Nabi Saleh A.S.
Kaum Tsamud telah dibinasakan oleh ALLAH kerana kekufuran mereka dan juga kedegilan mereka membunuh unta Nabi Saleh yang ALLAH jadikan sebagai bukti akan kenabiannya.
Berdasarkan satu hadis umat Islam dilarang singgah di kota dilaknat ini.
Abdullah bin Umar RA menceritakan: “(Pada tahun ke-9 hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahankan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan ALLAH) bersama Rasulullah SAW.
Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan ALLAH) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Al-Ula & Mada’in Saleh Kota Yang Dilaknat Dua Tempat Berbeza
Berikutan ramai masih beranggapan bahawa Al-Ula dan Mada’in Saleh berada di tempat yang sama, seorang rakyat Malaysia, Mohd Faizal Zulkifly yang bekerja dan menetap di Jeddah, Arab Saudi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai perbezaan Al-Ula dan Mada’in Saleh dan kenapa umat Islam dilarang singgah di Mada’in Saleh.
Jelas Mohd Faizal, Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza. Mada’in Saleh terletak pada jarak 25 kilometer dari Al-Ula yang telah dijadikan bandar pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Sejujurnya, walau menetap di sini, tetapi saya sendiri tak pernah mengunjungi Al-Ula. Tapi saya dapat maklumat dari kawan dan orang tempatan di sini Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza.
Ads
“Mada’in Saleh terletak 25 km dari Al-Ula dan terletak di Hegra. Isu sama ada umat Islam boleh berkunjung ke sini, apa yang saya dapat kongsikan, ia tidak digalakkan mengunjungi Mada’in Saleh, Laut Mati, Kota Sodom dan lain lagi. Kalau nak pergi juga, boleh tapi tak digalakkan berlamaan untuk berlamaan. Tujuan kita pergi pun sekadar hanyalah untuk sekadar ibrah atau mengambil iktibar daripada kaum-kaum sebelum kita yang dilaknat.
Rakyat Malaysia Tinggal Di Jeddah Perjelas Salah Faham
Tambah Faizal lagi, sekadar tambahan info, kawasan yang dilaknat Allah seperti Mada’in Saleh ini ada kajian saintis yang mengkaji kenapa Nabi melarang berlama-lamaan di situ adalah kerana lapisan ozonnya sangat nipis.
“Mungkin disebabkan laknat Allah yang di Kawasan dilaknat itu, lapisan ozonnya sangat nipis yang memudahkan kita mendapat penyakit kulit kalau duduk terlalu lama. Sesuai juga dengan Sejarah kaum Tsamud, bala yang pertama mereka dapat ialah dapat sakit kulit sebelum diturunkan bala besar hingga memusnahkan kota mereka.
“Apa pun kita jangan cepat menghukum kalau kita melihat orang singgah di situ kerana Al-Ula dan Mada’in Saleh adalah dua tempat berbeza jaraknya,” katanya dalam perkongsian videonya.
Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebenarnya walaupun hanya menggunakan 3 bahan, mak-mak tetap boleh buat biskut raya yang sedap, seperti Cornflakes Coklat ini. Biskut raya ni cukup senang dibuat sebab tak perlu bakar atau disimpan dalam peti sejuk dahulu. Kalau selalu buat cornflake madu je, kali ni boleh tukar selera buat cornflake coklat pula. Mesti laku keras masa raya nanti.
Berikut perkongsian resipi oleh Norhayati Ahmad;
“Cornflakes Coklat hanya 3 bahan saja, sangat mudah & sedap.Inilah biskut raya yang selalu licin dulu, kanak-kanak pasti menggemarinya.”
1. Masukkan coklat masakan dan mentega kacang ke dalam kuali, kacau dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau bagi mengelakkannya dari hangit.
2. Apabila bahan sudah sebati dan ada gelembung-gelembung keluar baru masukkan cornflakes & kacau rata.
3. Setelah itu masukkan ke dalam cup comel-comel.
4. Sudah boleh simpan didalam tupperware.
Nota:
1. Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk. Coklat akan kering dengan sendiri.
2. Biasa saya guna coklat beryl’s tapi sebab nak buat 1 adunan saja saya guna coklat seperti di atas. Tetap rasa sedap.
3. Kalau nak tabur kekacang ke atau manik warna warni pun boleh.Ikut kreativiti masing-masing. Tapi saya suka yang ori begini.
Selamat Mencuba!
Cukup mudah buat biskut ni kan, dan paling penting sedap!Boleh buat masukkan dalam senarai biskut raya yang boleh dibuat nanti.
Gadis ini Sya Aisyahra, lalui ujian bertunang yang cukup hebat. Gara-gara hantaran sihir tanpa disedarinya. Sebaik bergelar tunangan orang, dia tak lagi jadi dirinya sendiri. Lain sungguh, hingga pernah cuba mahu cederakan diri sendiri.
Akuinya yang berkongsi kisah benar yang dilaluinya bermula Jun 2019, walaupun dirinya yakin menyatakan diri sendiri sihat.. hakikatnya dia sedang lalui tempoh depresi yang menyakitkan.
Dugaan bertunang itu benar, dugaan depression itu benar, aku cuba bangun dan kuat balik, setahun disihir tanpa sedar.
Bismillah. Sebenarnya dah lama simpan rasa untuk share, tapi masih rasa tkut. Harini kuatkan semangat untuk menulis. Ada kebaikan boleh ambik iktibar bersama, jika khilaf dan salah itu kekurangan saya. Wallahualam.. *posting ini panjang, saya halalkan share jika untuk kebaikan.
Jun 2019. Aku bermula jadi tunangan orang. Segalanya nampak smooth walaupun sebulan sebelum (ramadhan) aku rasa macam salah buat keputusan. Boleh dikatakan setiap hari menangis dan sedih.. (Perasaan mula berkecamuk)
Atas pujukan keluarga dan layanan baik si dia, kami bertunang. Tarikh sepatutnya aku nikah pada Oktober 2019 (bulan 10 selepas tunang 3 bulan seperti dirancang)
Tak sampai seminggu bertunang, aku makin rasa mnyesal bertunang, rasa memberontak dan perlahan-lahan agresif. Berkali-kali aku mengamuk nak terjun dari kereta, bergaduh dengan family, cederakan diri sendiri dan 2 kali dibisik syaitan untuk bunuh diri. Allahu.
Dalam tempoh tu, macam-macam lagi dugaan lalui, aku tergilakan orang lain, aku banyak buat perangai teruk-teruk supaya tunang aku tak tahan, dengan family pun rasa porak peranda bergaduh adik beradik. Aku mula suka menyendiri, layan perasaan dan murung.
Aku Makin Murung Sampai Tak Makan
2 kali percubaan untuk ikhtiar cara kampung, tapi tak jalan. (Allah belum izin) Aku makin agresif dan murung sampai tak makan. Dua kali aku pengsan tiba-tiba sebab sakit kepala melampau. Masa kena warded, jantung otak semua doc check, Alhamdulillah takda penyakit cumanya aku diberikan surat panic attack dan next checkup utk anxiety disorder dan sesi kaunseling.
Aku degil sangat kalau keluarga nak bawak jumpa ustaz. Aku yakin yang aku sihat. (kononnya)
Pendekkan cerita, macam-macam sakit yang aku lalui dan buatkan orang sekeliling aku sakit sekali dengan perangai aku, (Ayah, kalaulah ayah ada, mesti mak tak sorang-sorang fikirkan cik nangis risaukan cik) Puas berjuang, 2 kali putus tunang. Wallahualam masih ada harapan dibaiki atau tidak itu rencana allah aku serahkan, sebab kita sudah usaha.
Sampaikan awal Ogos baru ni, ada hamba Allah datang nasihat aku suruh berubat. Sebab dia tegur aku terlalu ‘lain’.
MW :Semoga gadis ini terus kuat melawan penyakitnya itu. Dan dipermudahkan urusan olehNya.
Sejak semalam laman media sosial panas dengan video instafamous Malaysia, Faiz Roslan yang membuat pengakuan secara terbuka tidak berpuasa dan solat. Bukan hanya netizen cuba menegur Faiz Roslan, malah Harry Zulkifli lelaki lembut yang pernah tular sebagai mak *** dulu pun turut menasihatinya.
Niatnya bukan untuk mengeruhkan keadaan tetapi apabila isu ini melibatkan agama, dia bercadang nak bawa Faiz Roslan berjumpa dengan Ustaz EBit Lew. Ini surat terbuka buat Faiz Roslan daripada Harry.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Seperti yang saya katakan semalam, hasil dari perbincangan saya dengan Ustaz Ebit Lew, kami sepakat bercadang untuk bertemu dan berjumpa secepat mungkin dengan saudara Thefaizroslan susulan isu memperendahkan agama islam dengan video live yang dimuat naik beberapa hari yang lalu. Memandangkan isu ini melibatkan semua pihak, dan atas permintaan ramai, majoriti memohon bantuan ustaz Ebit Lew untuk tampil menasihati saudara Faiz Roslan. Semalam saya cuba menghubungi Ustaz Ebit Lew dan Alhamdulillah Ustaz Ebit Lew berbesar hati dan bersetuju untuk berjumpa saudara Faiz Roslan dan mengarahkan saya untuk mengatur pertemuan ini.
Saya telah pun beberapa kali cuba untuk menghubungi saudara Faiz Roslan melalui whatapps dan personal no dia. Saya juga sempat DM terus ke instagram sebelum IG Faiz Roslan ditutup. Malangnya kesemua mesej saya tidak dibalas. Tetapi saya yakin saudara Faiz Roslan tahu tentang perkara ini kerana ia telah jelas tersebar di Facebook dan Instagram. Kami semua masih menunggu respon dari saudara Faiz Roslan dan rasanya semua orang sedang menunggu perkara ini.
Niat Nak Bantu Golongan Ini
Bukan niat saya untuk sibuk dan masuk campur berkenaan dengan perkara ini, tetapi perkara ini melibatkan semua orang terutamanya yang beragama islam. Hal ini berkait rapat dengan golongan LGBT, dan sangat memalukan. Ramai yang bersuara dan bercadang untuk mempertemukan saudara Faiz Roslan dengan Ustaz Ebit Lew. Ternyata apa yang telah berlaku memberi impak yang sangat buruk kepada semua.
Pandangan saya sendiri, kalau nak mengejar populariti dan mencari publisiti, bukan ini caranya. Saya sendiri tidak ada sebarang masalah dengan Faiz Roslan. Tetapi menjadi tanggungjawab juga utk menegur. Saya juga seorang lelaki lembut, tambah lagi dengan kisah silam saya sebagai mak nyah, ye saya juga pernah nakal, tetapi saya tidak pernah berkelakuan teruk seperti ini. Kadang-kadang saya terfikir, sia-sia usaha saya ikut dan belajar buat dakwah, jumpa golongan remaja & LGBT, berkongsi pengalaman dan beri sokongan moral kepada mereka, dengan harapan supaya masyarakat dapat menerima golongan kami dengan seadanya. Bila isu begini jadi, semua usaha musnah! Saya selalu cakap, hidayah Allah itu manis, tetapi, ia lebih manis kalau dikongsi.
Mohon Panjangkan Biar Sampai Pada Faiz Roslan
Saya mohon sesiapa yang kenal saudara Faiz Roslan. Mohon maklumkan perkara ini dan beri respon terhadap undangan saya dengan Ustaz Ebit Lew. Sila sebar dan sampaikan kenyataan ini dan tolong paham, niat kita hanya hendak membantu dan memulihkan keadaan ini. Mungkin boleh jadi tempat untuk saudara Faiz Roslan menyatakan apa yang sebenarnya berlaku. Melarikan diri bukan satu penyelesaian.
“Semua orang buat silap dik.! Tapi awak beruntung sebab ramai yang ambik tahu pasal awak. Awak pun dah matang. Fikir dan buatlah cara matang. Kita datang nak bantu dan nasihat. Fikirkan. Saya dan semua sedang menunggu jawapan. Assalamualaikum.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...