Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy, KEUNTUNGANNYA Achey Sumbang Van Jenazah Percuma. Tahniah buat Achey Bocey kerana telah menyumbangkan keuntungan penjualan perniagaan candy puterinya dengan membeli sebuah van jenazah.
Seperti yang dikongsi di sosial media, Achey menyumbangkan van jenazah tersebut untuk membantu waris yang kurang berkemampuan.
Sokongan Warga Maya Beli Tiara Candy
Dek kerana berkat rezeki daripada jualan gula-gula anaknya, Tiara Candy, Achey telah membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menjadikan ia van jenazah untuk kegunaan secara percuma bagi pihak yang memerlukan.
Achey turut menyatakan adalah pencapaian jualan perniagaan puterinya hasil sokongan daripada warga maya yang membeli.
“INI ADALAH ACHIEVEMENT ANAK BERNAMA NUR TIARA ZINNIRAH DAN ANDA YANG MENYOKONG TIARA CANDY.
“Semoga semua dapat merasa hasilnya,” kongsi pelakon dan pelawak Achey.
“Doakan Kami Dapat Sediakan Van Jenazah Untuk Kawasan-Kawasan Memerlukan”
Pada masa yang sama Achey telah berkongsi sebuah video memaparkan kenderaan berupa KIA Carnival berwarna hitam yang tertera ‘Van Jenazah’ dan ayat-ayat suci al-Quran.
Ads
“Walaupun kenderaan terpakai, kami percaya ia membantu.
“Peti jenazah belum siap, jadi belum beroperasi lagi. Insya-ALLAH kami cuba secepat mungkin.
“Untuk cover perjalanan yang dekat, insya-ALLAH. Doakan kami dapat sediakan van jenazah lagi untuk kawasan-kawasan yang memerlukan,” luah Achey.
Ads
Selain perkhidmatan mengambil dan menghantar jenazah tanpa sebarang bayaran kepada golongan kurang berkemampuan, pihaknya juga menyediakan set kain kafan percuma.
Mingguan Wanita: Terbaiklah Achey! Memang bagus ajar anak-anak bersedekah sejak kecil!
Arwah sangat manja seolah beri petanda, 9 tahun menunggu zuriat wanita reda anak lemas bersama bapa. Diuji lewat diberikan zuriat tidak pernah mengurangkan kasih sayang suami isteri ini.
Allah mengatur kehidupan keduanya dengan sangat baik kerana selepas 9 tahun menanti kelahiran Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith disambut penuh kegembiraan dan ditatang penuh kasih sayang. Namun takdir dan ujian tertulis lagi. Belum cukup membesarkan anak dan melihat dirinya membesar, ujian datang.
Kali ini penuh besar dan cukup menguji apabila anak tunggal kesayangan ramai ini diuji lemas di dalam tali air. Bukan seorang diri tetapi juga bersama bapa, Azmi Abdullah berusia 78 tahun yang dikatakan cuba menyelamatkan Ziyaff Mikhail yang dikatakan tergelincir di kolam di Permatang Berangan, Pinang Tunggal (kolam tinggal belakang IKA Taman Kempas).
Memetik laporan Harian Metro, jenazah keduanya telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal.
ibu kepada bayi berusia setahun tujuh bulan itu, Zarina Azmi, 34 memaklumkan yang anaknya, Ziyaaf Mikhail Muhammad Yuzarith sangat manja pada hari berkenaan dan hanya ingin bersama sehingga bapanya, Azmi Abdullah datang untuk membawanya berjalan-jalan sekitar jam 5 petang.
“Semalam, anak duduk seharian dengan saya. Dia manja dan peluk saya sebelum ayah saya datang ambil dia kira-kira jam 5 petang.
“Tak lama kemudian, saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak saya ditemukan lemas di kolam berhampiran restoran itu,” kata.
Namun, apabila mendapati datuk dan cucu berkenaan tidak pulang ke rumah, suaminya, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35, telah keluar mencari mereka sekitar jam 7 petang sebelum mendapat khabar menyedihkan itu.
Difahamkan, Ziyaaf Mikhail adalah anak tunggal mereka selepas menanti selama 9 tahun untuk mendapatkan cahaya mata.
“Sembilan tahun saya tunggu untuk dapatkan dia,” katanya.
Adik kepada Azmi Abdullah, Yusof Abdullah, 60 menyatakan yang kali terakhir bertemu arwah adalah bulan lalu. Dia sedia maklum bahawa abangnya memang kerap meluangkan masa bersama cucu memandangkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sedang bekerja.
“Arwah pencen sebagai tukang kebun sekolah dan sejak itu, dia banyak menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucunya.
“Memang menjadi rutin hariannya membawa cucunya itu meronda pada petang dengan menunggang motosikal memandangkan ibu dan bapa kanak-kanak itu bekerja,” katanya.
Menurut daripada kenyataan beberapa pihak, Azmi dikatakan cuba menyelamatkan cucunya yang turun dari motosikal dan meluru ke arah kolam sebelum terjatuh. Namun apakah daya, kedua-duanya telah lemas dalam kejadian tersebut.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Isu Kieda Crepe ada unsur paksaan belian, Ustaz Lariba beri penerangan paling jelas mudah difahami. Beberapa hari ini tular tentang isu kieda crepe yang didakwa wujudnya paksaan dalam belian crepenya yang mendapat sambutan ramai.
Saat dikecam ramai orang termasuk ada merasakan dirinya membuat paksaan dalam sistem jual belinya, Kieda Crepe tampil memberi penjelasan bahawa dia mahu membantu vendor-vendornya sama. “Ia bukan berkaitan poket atau perut saya saja tapi untuk bantu vendor-vendor mencari rezeki sama.
“Dari awal lagi, semasa pembeli datang ke kedai, sudah dimaklumkan tentang konsep belian vendor ini. Tapi bagi yang nak beli Kieda Crepe saja tanpa makanan vendor boleh ikut tour personal kami,” katanya dalam penerangan video selepas wujud banyak kecaman mengenainya.
Dalam pada itu, isu ini turut mendapat perhatian bila mana Ustaz Azhar Idrus turut ditanyakan soalan dalam ceramahnya dan isu ini terus menarik perhatian bila mana katanya adalah salah jika ada konsep paksaan dalam jual beli.
Dalam pada itu, memandangkan isu ini masih tular, Ustaz Lariba tampil memberikan penerangan paling mudah untuk difahami. Adakah benar wujud unsur paksaan dan menjadi dosa atau apa sebaliknya.
Dikongsikan di fbnya, Ustaz Lariba memberikan penerangan paling mudah.
ISU KIEDA CREPE – ADAKAH ITU SUATU JUAL-BELI PAKSA?
Kami telah menerima beberapa soalan mengenai isu Kieda Crepe di mana ada orang mendakwa beliau telah “memaksa” pelanggannya membeli barang-barang yang pelanggannya tidak mahu beli.
Ini adalah kerana beliau menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk lain. Telah menjadi viral pulak kerana agak ramai yang mendakwa beliau memaksa pembeli beli barang pada asalnya tidak mahu beli.
Ada juga dikongsi suatu sedutan video Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyatakan bahawa jual-beli sebegitu adalah tidak sah sebab tiada keredhaan penjual dan pembeli kerana pembeli “dipaksa” beli benda yang dia tidak mahu beli.
So adakah elemen paksaan dalam jual-beli ini?
Antara syarat jual-beli adalah التراضي بين الطرفين (saling meredhai antara kedua belah pihak). Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut. Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau tiada pihak yang dipaksa membeli apa yang beliau enggan beli.
Ini berasaskan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 29:
(Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.”
Tapi apakah jual-beli secara paksa itu?
Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat keredhaan dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan. Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa transaksi yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Orang yang dipaksa telah menunjukkan keengganannya untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum ugutan atau ancaman dibuat lagi.
Contoh jual-beli paksa ialah:
Dalam isu Keida Crepe, kami difahamkan seperti berikut:-
Adakah syarat-syarat baru ini merupakan satu paksaan dalam jual-beli?
Walau apa pun niat beliau menukar syarat-syarat pembelian, pendapat kami adalah seperti berikut:
Tapi kita tidak alami “paksaan” bila sebaliknya kita bayar serta sudah dapat produk. Tiada elemen “saya terpaksa beli” atau “dipaksa beli” lagi.
Dalam industri runcit, jual kombo adalah perkara biasa. Pengalaman kami di stesen minyak ialah kami sentiasa ambil cakna melalui sistem runcit produk-produk yang “bergerak perlahan” atau tidak laku (slow moving product).
Produk “bergerak perlahan” akan digabungkan sebagai jualan kombo dengan produk yang selalunya “bergerak laju” (fast moving product). Kombo juga adalah satu produk.
Oleh itu, nasihat kami kepada pelanggan-pelanggan beliau agar berhenti daripada menuduh beliau memaksa pelanggan beli benda yang pelanggan tidak mahu atau tidak perlukan. Pilihan adalah di tangan pelanggan untuk meneruskan pembelian atau tidak.
Jom belajar muamalat!
Semoga bermanafaat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insha Allah…
Nota Lariba: Sebahagian isi post ini dipetik dari FB Dr MAZA dan mesti produk crepe sedap ini…
Nasihat untuk kaum wanita tentang hari Safar iaitu 360 ribu bala akan diturunkan hari ini. Jaga akidah kita kerana bala itu bila kita lakukan dosa. Itulah bala namanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Khairul Aming pilih bebas hutang dan simpan duit. Jutawan muda yang juga cukup terkenal dalam video masakan, Khairul Amin Kamarulzaman menerusi perkongsian terbaru yang tular di aplikasi TikTok menjelaskan dirinya lebih gemar memilih kehidupan bebas hutang dengan mengamalkan konsep penyimpanan duit yang selesa dan mempunyai jaringan keselamatan kewangan kukuh.
Malah Khairul juga memilih untuk melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan.
Tidak seperti jutawan lain, Khairul turut mendedahkan Cuma satu pinjaman wang daripada bank yang dimilikinya adalah kereta peribadinya, Perodua Bezza.
“Saya memang jenis suka melabur dalam bisnes, duit daripada bisnes akan berkembang untuk bisnes semula.
“Bab bisnes saya tidak berkira, contoh jika staf nak pakai atau beli mesin ini, okey beli. Tetapi kalau saya nak beli barang sendiri, pergi kedai ini, tengok mahal, saya letak balik,” kongsinya.
Malah Khairul yang masih bujang itu turut menyatakan lebih suka membuat pembelian aset yang memberi pulangan wang semula seperti mesin sambal baik berbanding membeli kereta atau rumah mewah.
“Saya nak tidur tenang, itu saja. Sudah enam tahun tak cukup tidur, berhempas pulas buat perniagaan. Tapi nak kata tidur tenang, tidak juga sebab ada tanggungjawab baru.
“Saya kena fikir yang baru pula iaitu jaga prestasi perniagaan, pendapatan dan staf sebab saya jenis tak boleh duduk diam.
“Kalau untung rendah, saya akan buat sesuatu untuk menaikkannya semula, buat video atau apa-apa sahaja,” sambungnya.
Baru-baru ini anak kepada pelakon, Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.