Bapa  beri anak 6 bulan makan air liur, hanya mampu bertahan 5 hari sebelum meninggal. Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria sudah mengorbankan lebih 40,000 nyawa setakat ini.

Banyak peristiwa sedih terjadi saat penyelamatan dilakukan. Kisah seorang bapa, Muharrem yang terperangkap 202 jam di bawah runtuhan di Turkiye menyaksikan dirinya kehilangan dua anak termasuk bayi kecil, Muhammet Alparslan yang hanya mampu bertahan 5 hari dengan hanya memakan air liur bapanya sebelum meninggal.

Bapa Beri Anak 6 Bulan Makan Air Liur

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Turkiye Dilanda Gempa Bumi 7.8 Magnitud, Kekuatannya Bersamaan 472.4 Biji Bom Atom Dilepaskan Serentak

Gempa Bumi Turkiye: Mangsa Terperangkap Dalam Runtuhan Minta Air Untuk Tunaikan Solat

Istana Gaziantep Bangunan Bersejarah Berusia 2200 Tahun Musnah Dalam Gempa Turkiye

Memetik laporan Harian Metro, ketika terperangkap di bawah runtuhan, isteri saya tidak dapat menyusukan bayi lelaki kami, Muhammet Alparslan berusia enam bulan, jadi saya cuba memberinya makan dengan air liur saya.

IKLAN

“Pada hari kelima di bawah runtuhan, Muhammet tidak bermaya lagi dan saya memeriksa nadinya dan mendapati dia sudah meninggal dunia,” kata Muharrem.

Muharrem menceritakan pengalaman sedih itu kepada Anadolu Agency pada Rabu, selepas dia dan isterinya Hidayet Polat berjaya diselamatkan di bawah runtuhan bangunan di Kahramanmaras, selatan Turkiye.

 Pasangan itu terperangkap 202 jam di bawah runtuhan bangunan terbabit sebelum ditarik keluar dalam penyelamatan ajaib pada Selasa selepas pasukan penyelamat mendengar jeritan suara mereka.

Hanya Mampu Bertahan 5 Hari Sebelum Meninggal

Muharrem dan Polat yang kini berada di bawah pemantauan perubatan memberitahu Anadolu Agency, dua anak mereka kehilangan nyawa akibat runtuhan itu.

IKLAN

“Kami tidak makan apa-apa di bawah runtuhan. Saya hanya menemui ‘Vaseline’ dan makan sebahagiannya, langsung tidak hiraukan ia bahaya atau tidak,” kata Polat.

Bapa Beri Anak 6 Bulan Makan Air Liur, Hanya Mampu Bertahan 5 Hari Sebelum Meninggal
KIsah sedih pasangan ini jadi tumpuan ramai berikutan hanya mampu makan varselin sahaja untuk menyabung nyawa

Polat berkata, pasukan penyelamat memanggil mereka sehari atau dua hari sebelum berjaya diselamatkan, tetapi impak runtuhan menghalang pasukan mengeluarkan mereka.

Mengimbas detik berlakunya gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu 6 Februari lalu, Muharrem berkata, ketika gegaran gempa bumi pertama, lantai kediaman mereka tertutup sepenuhnya.

“Selepas gegaran gempa bumi seterusnya, ia (mungkin sudah) terbuka. Saya menyedarinya pada hari ketujuh (terperangkap dalam runtuhan).

IKLAN

“Pada hari sama, saya memanggil isteri dan memberitahu ada sesuatu di sana. Saya menggali tanpa henti dan sehingga air salji (mencair) keluar. Allah mengasihani kami,” katanya yang menegaskan usaha itu akhirnya membawa kepada kejayaan usaha menyelamat mereka.

 

Bapa Beri Anak 6 Bulan Makan Air Liur, Hanya Mampu Bertahan 5 Hari Sebelum Meninggal
Mereka kini berada dalam pemantauan pihak hospital

Bapa Beri Anak 6 Bulan Makan Air Liur, Hanya Mampu Bertahan 5 Hari Sebelum Meninggal

Lebih 35,000 individu terbunuh dan 81,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi kuat menggegarkan selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di Kahramanmaras turut menjejaskan beberapa negara di rantau itu, terutama Syria.

Bapa Beri Anak 6 Bulan Makan Air Liur, Hanya Mampu Bertahan 5 Hari Sebelum Meninggal
SIAPA AUNTIE PURPLE? DARI SURI RUMAH, BOLEH JANA INCOME RIBU DI TIK TOK
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI