Selalu kita dengar dan lihat di media sosial tentang mak ayah meninggal serentak, tak kiralah kemalangan atau wabak penyakit. Terus terfikir, bagaimana kehidupan anak-anak kecil yang ditinggalkan.
Mak ayah meninggal serentak, hanya pada waris terdekatlah tempat anak yatim piatu ini menumpang kasih sayang. Tidak tahu apa-apa, sementelah harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang tuanya.
Bagaimanakah kehidupan dan nasib anak kecil ini akan datang. Hanya mengharapkan kasih dan prihatin dari waris terdekat.
Mungkin kalau salah seorang orang tua meninggal, masih ada lagi cahaya dalam menentukan hak harta pusaka. Tapi kalau mak ayah meninggal serentak, bagaimana pembahagian terutamanya anak-anak masih lagi kecil. Ikuti kupasan tentang perkara ini.
Mak Ayah Meninggal Serentak, Cara Pembahagian Harta Pusaka
Suami adalah salah seorang waris kepada harta pusaka isterinya apabila si isteri meninggal dunia. Begitu juga sebaliknya jika si suami meninggal dunia, isteri juga adalah seorang daripada waris yang berhak mendapat bahagian faraid daripada harta pusaka suami.
Dari sudut berapa bahagian faraid suami dan isteri, kiraannya berbeza-beza mengikut keadaan. Sama ada pasangan tersebut tiada anak langsung, hanya ada anak perempuan sahaja, ada anak lelaki dan perempuan, masih ada ibu bapa atau tidak; semuanya akan memberi kesan kepada pembahagian faraid suami isteri.
Pembahagian pusaka suami atau isteri yang mati jelas. Masalahnya bagaimana kalau kedua-dua suami dan isteri meninggal dunia serentak. Macam mana nak kira bahagian faraid harta pusaka mereka?
Insiden kematian serentak ini berkemungkinan berlaku dalam kes kemalangan jalan raya, kebakaran, runtuhan bangunan, bencana alam, lemas dan pembunuhan di mana dalam kejadian tersebut tidak dapat ditentukan siapa antara mereka meninggal dunia terlebih dahulu dan siapa yang meninggal dunia kemudian.
Ads
Dalam keadaan kematian yang biasa, pegawai perubatan yang mengesahkan kematian akan mengisytiharkan dan merekodkan tarikh dan masa kematian. Walau bagaimanapun, dalam insiden kematian yang berlaku serentak, sebagai contoh disebabkan kemalangan jalan raya, pegawai perubatan sukar menentukan masa yang tepat bila sebenarnya si mati meninggal dunia.
Pendapat Jumhur (Majoriti) Ulama
Bagi kes ahli keluarga yang meninggal secara serentak yang tidak dapat ditentukan siapa meninggal terlebih dahulu seperti kejadian kapal karam, kebakaran, tertimbus dalam runtuhan, kemalangan jalan raya jumhur ulama kecuali daripada Mazhab Hanbali berpendapat bahawa mereka itu tidak saling mewarisi harta antara satu sama lain kerana syarat pewarisan ialah waris (al-waris) hendaklah masih hidup sewaktu kematian orang yang mewariskan hartanya (al-muwarris) sedangkan dalam kes kematian serentak syarat tersebut tidak dipenuhi.
Dalam kejadian yang tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu di kalangan ahli keluarga, maka mereka tidak saling mewarisi harta antara satu sama lain.
Sebagai contoh, satu pasangan suami isteri meninggal dunia akibat kemalangan di sebuah lebuh raya. Apabila ambulans dan pihak keselamatan sampai di tempat kejadian, kedua-duanya telah meninggal dunia, jadi mereka tidak dapat memastikan siapa yang mati dulu dalam kemalangan tersebut. Oleh itu, pembahagian harta pusaka suami dan isteri adalah dengan mengambil kira mereka itu sudah tidak mempunyai suami atau isteri.
Jika pada keadaan biasa, jika isteri meninggal dunia, bahagian faraid suami adalah ½ (pasangan yang tiada zuriat) daripada keseluruhan nilai harta pusaka isteri. Tetapi apabila berlaku insiden mati serentak, suami terus tidak dikira sebagai salah seorang waris pusaka isteri.
Hal ini sepertimana yang pernah diriwayatkan oleh Kharijah bin Zaid bin Thabit daripada bapanya dan dia telah berkata:
“Aku telah diarahkan oleh Abu Bakar al-Siddiq r.a. untuk membahagikan harta pusaka kepada penduduk Yamamah, orang yang hidup mewarisi harta daripada orang yang mati. Manakala orang mati tidak mewarisi harta sesama mereka. Dan aku juga telah diperintahkan oleh Umar r.a. untuk membuat pembahagian pusaka kepada waris si mati yang meninggal akibat wabak taun yang melanda Amwas (sebuah kampung di Palestin). Terdapat kabilah tertentu yang seluruh anggota keluarganya meninggal dunia. Oleh itu, orang yang mati mewariskan harta mereka kepada warisnya yang hidup dan orang yang mati secara bersama-sama itu tidak saling mewarisi harta antara mereka.”
Ads
Keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-83 yang bersidang pada 22–24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan telah memutuskan hukum pewarisan bagi kes kematian serentak seperti berikut:
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah memutuskan bahawa mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith).
Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambil kira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterima pakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.”
Jaga Kebajikan Anak
Kematian serentak suami dan isteri adalah antara perkara yang paling merisaukan kebanyakan pasangan. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan meninggalkan anak-anak yang masih di bawah umur (18 tahun).
Banyak persoalan yang sukar dijawab seperti,
“Siapa yang akan menjaga kebajikan anak-anak?”
“Duit pusaka untuk anak-anak nanti, siapa yang akan uruskan?”,
Ads
“Adakah penjaga harta boleh dipercayai dan akan amanah?” dan bermacam-macam lagi soalan.
Oleh itu sebagai ibu bapa, pastikan kita sudah bersedia untuk menghadapi situasi-situasi yang tiada siapa boleh jangka.
Ditulis oleh Fakhrur Radzi, konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka.
Mingguan Wanita : Yang paling takut, bila ada waris yang tidak amanah. Kadang-kadang harta inilah boleh buat putus saudara dan sebagainya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, setelah berkahwin pelbagai nama panggilan diberikan buat pasangan. Ada suami yang selesa panggil isteri dengan nama ‘Ibu, Mama, Ummi’ dan sebagainya. Terdapat sesetengah pihak yang berpendapat ia tak wajar dan boleh dikaitkan jatuh hukum Zihar.
Untuk penjelasan lanjut, jemput fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti daripada rancangan Pencetus Ummah, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali PU Azman hukum berkaitan isu ini di laman instagramnya.
Berikut perkongsian tersebut;
Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahram seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.
Apakah maksud zihar?
Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami.
Contoh suami cakap kat isteri, “Punggung awak sama macam punggung mak saya”.
Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.
Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak.
Hukumnya HARAM dan berdosa besar.
Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.
Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.
Sebahagian ulama mengatakan MAKHRUH kerana bimbang sama macam zihar.
Tapi sebahagian ulama lain mengatakan HARUS dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah;
Panggilan kasih sayang.
Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang.
Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.
Kesimpulannya, suami BOLEH panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.
Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.
Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.
MW: Semoga perkongsian ini memberi penjelasan dan pencerahan bagi yang masih keliru dengan panggilan ini. Tiada masalah, hukumnya harus.
Syurga adalah destinasi akhir untuk seluruh umat manusia. Dunia adalah tempatu ntuk mengumpul segala pahala dan ganjarannya kelak akan diperoleh di dalam syurga.
Lelaki sering tergiur dengan kecantikan bidadari. Kulitnya putih melepak. Ikal mayang rambutnya. Jeli bola matanya. Bujur sireh wajahnya. Lentik nian alis matanya. Seludang mancung hidungnya. Delima merkah ulas bibirnya. Putih bersih mutiara giginya. Pauh dilayang pipinya. Bak tombak runcing jemarinya. Bunting padi betisnya. Kemerah-merahan tumitnya. Harum tiada taranya.
Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.” (ar-Rahman, 55: 58)
Demikianlah. Kala si lelaki tewas membayangkan kecantikan sang bidadari syurga; ada kaum hawa yang menggerutu, sinis. “Habis tu, kami kaum wanita ini dapat apa? Tidak terdengar adanya sang bidadara!”
Nah, ini pertanyaan yang cukup baik. Bukan kaum wanita sahaja ingin tahu, kaum lelaki juga begitu. Dengan adilnya Allah, pasti ada sesuatu buat semua, khususnya si solehah. Ingat, syurga tempat meraih hadiah. Destinasi penuh kesenangan. Tempat rehat yang kenikmatannya berpanjangan. Terus berganda setiap saat. Tiada kedukaan di dalamnya, kecuali kegembiraan yang infiniti.
Hakikatnya, Allah SWT menyediakan dua pakej berbeza bagi lelaki dan perempuan. Sejak dari dunia ini lagi, mana pernah kegemaran kaum lelaki dan wanita itu sama. Umumnya berbeza dan sering juga mengundang muncung panjang di bibir wanita.
Poligami Tak Disukai Wanita
Poligami, mana pernah disukai kaum wanita. Jika ada, itu satu dalam seribu. Bagai mencari peniti di celah jerami. Apa yang sering berlaku, suami kahwin senyap-senyap. Jika terbuka rahsia, bersedialah.Perkelahian sering berlaku. Si suami pun sering termenung, mengenangkan percakaran antara tulang rusuknya.
Kaum wanita juga mudah cemberut (masam muka), apakala si suami enggan membawanya ke toko emas. Sudah beranak lapan, gelang di tangan masih satu. Puas dikenen kepada suami, masih tidak mengerti. Ketika berjalan di kota, lalu di depan toko emas bagaikan kilat menyambar. Bahaya jika tersinggah. Kasihan kaum hawa hanya memendam rasa.
Berbeza Minat
Sungguh, isteri mana yang tidak terasa hati jika si suaminya sanggup berhabis duit membeli peralatan pancing, tapi tidak endah pinggan mangkuk fesyen terbaharu. Sekali lagi, panjang 14 inci mulut si isteri. Itulah nasib badan jika punya suami kurang mengerti.
Maka, kelihatan jelas perbezaan di antara laki-laki dan perempuan. Satu pihak, pantang dengar cerita perempuan. Mata yang kuyu terus cerlang. Satu pihak lagi, pantang nampak kedai emas, bagai orang lapar nampak makanan terhidang.
Allah Sesuaikan Ganjaran Di Syurga Ikut Apa Yang Disukai
Maka, di akhirat nanti Allah SWT akan membalasnya sesuai dengan apa yang disukai oleh kaum masing-masing. Jika di dunia Hawa menyukai emas, itulah yang didapatinya di syurga. Laki-laki biarkanlah mereka dengan bidadarinya. Di syurga, tiada lagi namanya cemburu. Tidak akan ada pergaduhan merebut malam. Tidak ada perkelahian menunggu giliran.
Apa yang ada adalah kegembiraan yang infiniti. Maka, kaum hawa jadikan diri sebagai isteri terbaik buat suami. Kelak di syurga, anda akan menjadi ketua bidadari. Wajahmu paling indah di sisi suami. Dihiasi juga emas permata yang amat kamu gemari.
Imam at-Tabrani meriwayatkan suatu perbualan di antara Ummu Salamah dan nabi: “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak. “Kerana apa?” Tanya Ummu Salamah. Lalu jawab nabi: “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka dengan sutera, kulitnya putih bersih, pakaian berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya dari mutiara dan sisirnya diperbuat dari emas.” Wallahuallam.
Sumber: Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Ketua Jabatan Sekretariat Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selalunya kalau berpuasa, bila bercakap ada yang akan tutup mulut. Bimbang dikatakan bau mulut. Maklumlah makan hanya waktu sahur dan selepas itu tiada apa-apa makanan yang diambil.
Kadang-kadang menggosok gigi boleh membuatkan kita kembali rasa segar dan membantu hilangkan bau mulut. Tak kan lah setiap masa perlu gosok gigi. Ini belum lagi ada yang bangun lambat dan hanya menggoisok selepas zohor.
Ramai yang tidak tahu gosok gigi boleh boleh mengurangkan pahala kita berpuasa. Malah, ada waktu-waktu tertentu yang dilarang untuk memberus gigi. Bukan membatalkan puasa tapi mengurangkan pahala puasa yang kita lakukan pada hari itu.
“Gosok gigi di bulan puasa tidaklah membatalkan puasa. Cuma dihukumkan makruh bila gosok gigi lepas waktu zohor, kalau sebelum zohor tak makruh pun. Makruh ni dikira kurang pahala puasa.
Ini kerana menggosok gigi selepas zohor Ketika berpuasa dihukumkan makruh kerana ia boleh menghilangkan dahaga dan menghilangkan bau mulut mulut orang berpuasa.
Nabi S.a.w menyebut, bau mulut orang yang berpuasa itu wanginya seperti kasturi di sisi Allah
Sebaiknya kita elakkan supaya pahala puasa kita tidak berkurangan.
Sumber: Mencari Redha Allah
Hukum Berus Gigi Semasa Puasa
Soalan: Bersugi itu sunat, tapi kenapa ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat jemaah ataupun di pejabat?
Jawapan Dr MAZA:
1. Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku ataupun manusia nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
4. Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut.
5. Adapun dakwaan bahawa ubat gigi yang ada sekarang tidak boleh digunakan kerana ada rasa tertentu, ini tidak kukuh kerana kayu sugi zaman dahulu juga ada rasa yang tersendiri. Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.
6. Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu, jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...