Syurga Tempat Raih Hadiah. Lelaki dijanjikan Bidadari, Apa Pula Ganjaran Wanita? 

Syurga adalah destinasi akhir untuk seluruh umat manusia. Dunia adalah tempatu ntuk mengumpul segala pahala dan ganjarannya kelak akan diperoleh di dalam syurga.

Lelaki sering tergiur dengan kecantikan bidadari. Kulitnya putih melepak. Ikal mayang rambutnya. Jeli bola matanya. Bujur sireh wajahnya. Lentik nian alis matanya. Seludang mancung hidungnya. Delima merkah ulas bibirnya. Putih bersih mutiara giginya. Pauh dilayang pipinya. Bak tombak runcing jemarinya. Bunting padi betisnya. Kemerah-merahan tumitnya. Harum tiada taranya.

Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.” (ar-Rahman, 55: 58)

Demikianlah. Kala si lelaki tewas membayangkan kecantikan sang bidadari syurga; ada kaum hawa yang menggerutu, sinis. “Habis tu, kami kaum wanita ini dapat apa? Tidak terdengar adanya sang bidadara!”

Lagi artikel menarik di sini:

Rumah Tangga Mampu Jadi SYURGA Buat Wanita, Jika Suami SEMPURNA Imannya

IKLAN

Kita Ni Masuk Syurga Bukan Boleh Atas Nasib-Nasib Saja,Kena Ada Usaha

Ikuti Mingguan Wanita di instagram

Syurga Tempat Meraih Hadiah

Nah, ini pertanyaan yang cukup baik. Bukan kaum wanita sahaja ingin tahu, kaum lelaki juga begitu. Dengan adilnya Allah, pasti ada sesuatu buat semua, khususnya si solehah. Ingat, syurga tempat meraih hadiah. Destinasi penuh kesenangan. Tempat rehat yang kenikmatannya berpanjangan. Terus berganda setiap saat. Tiada kedukaan di dalamnya, kecuali kegembiraan yang infiniti.

Hakikatnya, Allah SWT menyediakan dua pakej berbeza bagi lelaki dan perempuan. Sejak dari dunia ini lagi, mana pernah kegemaran kaum lelaki dan wanita itu sama. Umumnya berbeza dan sering juga mengundang muncung panjang di bibir wanita.

Poligami Tak Disukai Wanita

Poligami, mana pernah disukai kaum wanita. Jika ada, itu satu dalam seribu. Bagai mencari peniti di celah jerami. Apa yang sering berlaku, suami kahwin senyap-senyap. Jika terbuka rahsia, bersedialah.Perkelahian sering berlaku. Si suami pun sering termenung, mengenangkan percakaran antara tulang rusuknya.

Kaum wanita juga mudah cemberut (masam muka), apakala si suami enggan membawanya ke toko emas. Sudah beranak lapan, gelang di tangan masih satu. Puas dikenen kepada suami, masih tidak mengerti. Ketika berjalan di kota, lalu di depan toko emas bagaikan kilat menyambar. Bahaya jika tersinggah. Kasihan kaum hawa hanya memendam rasa.

Syurga Tempat Raih Hadiah. Lelaki dijanjikan Bidadari, Apa Pula Ganjaran Wanita? Berbeza Minat

Sungguh, isteri mana yang tidak terasa hati jika si suaminya sanggup berhabis duit membeli peralatan pancing, tapi tidak endah pinggan mangkuk fesyen terbaharu. Sekali lagi, panjang 14 inci mulut si isteri. Itulah nasib badan jika punya suami kurang mengerti.

Maka, kelihatan jelas perbezaan di antara laki-laki dan perempuan. Satu pihak, pantang dengar cerita perempuan. Mata yang kuyu terus cerlang. Satu pihak lagi, pantang nampak kedai emas, bagai orang lapar nampak makanan terhidang.

Allah Sesuaikan Ganjaran Di Syurga Ikut Apa Yang Disukai

Maka, di akhirat nanti Allah SWT akan membalasnya sesuai dengan apa yang disukai oleh kaum masing-masing. Jika di dunia Hawa menyukai emas, itulah yang didapatinya di syurga. Laki-laki biarkanlah mereka dengan bidadarinya. Di syurga, tiada lagi namanya cemburu. Tidak akan ada pergaduhan merebut malam. Tidak ada perkelahian menunggu giliran.

Apa yang ada adalah kegembiraan yang infiniti. Maka, kaum hawa jadikan diri sebagai isteri terbaik buat suami. Kelak di syurga, anda akan menjadi ketua bidadari. Wajahmu paling indah di sisi suami. Dihiasi juga emas permata yang amat kamu gemari.

Imam at-Tabrani meriwayatkan suatu perbualan di antara Ummu Salamah dan nabi: “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak. “Kerana apa?” Tanya Ummu Salamah. Lalu jawab nabi: “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka dengan sutera, kulitnya putih bersih, pakaian berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya dari mutiara dan sisirnya diperbuat dari emas.” Wallahuallam.

Sumber: Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Ketua Jabatan Sekretariat Dakwah, Lembaga Zakat Selangor (MAIS).