Tidak dinafikan wanita dijamin masuk syurga asalkan memenuhi 4 syarat yang telah ditentukan oleh Allah. Namun teryata ia tidaklah semudah yang disangka. Ramai isteri sukar untuk memenuhi syarat keempat iaitu mentaati suami, apabila diuji dengan suami yang mempunyai pelbagai ragam dan kerenah tersendiri sehingga menguji tahap kesabaran yang tertinggi.

Dalam satu kuliyyah oleh penceramah Ustazah Asma Harun ada menjelaskan bahawa wanita itu boleh masuk daripada mana-mana pintu syurga yang dia nak masuk. Syaratnya kena penuhi 4 perkara ini;

1. Dia menjaga solatnya.
2. Berpuasa di Bulan Ramadhan.
3. Menjaga Maruah.
4. Mentaati Suami.

Menurut Ustazah Asma lagi, ramai perempuan boleh lulus bab jaga solat, berpuasa dan menjaga maruah. Tapi yang keempat adalah yang paling payah iaitu mentaati suami. Ramai yang diuji suami sampai mati. Sampailah dicatat oleh Allah sebagai “As Sobirin” orang-orang yang sabar.

Mati sebagai orang yang sabar itulah orang yang paling beruntung. Sebab para penghuni syurga Allah paling ramai dikalangan “As Sobirin” iaitu golongan para nabi dan wali Allah.

Gudang Pahala Terbesar Wanita Adalah Di Rumahnya Sendiri, Suamilah Pahala Sabar Kita

IKLAN

Suami Pahala Sabar

Tambah ustazah lagi, diri kita sangat istimewa apabila Allah jadikan kita sebagai wanita, Allah meletakkan kita boleh masuk mana-mana pintu syurga dengan 4 perkara tadi dan ikat dengan suaminya.Sebab apa daripada suamilah pahala sabar kita.

Gudang pahala kita yang utama bukan di pejabat, bukan diluar orang berniaga, tapi gudang pahala terbesar wanita adalah di rumahnya sendiri. Dimana ketiga-tiga perkara itu dia boleh dapat dirumahnya sendiri.

Jangan kita melihat suami yang menguji sabar kita, tapi kita lihat Allah yang menguji kita, suami perantaraan.Jangan kita melihat anak yang menguji sabar kita, tapi yang uji kita sebenarnya Allah dan anak sebagai perantaraan.Setiap kali apa yang berlaku, Allah yang menguji kita.

IKLAN

Sebab itu Nabi SAW bersabda didalam Hadis Qudsi;

“Apabila hambaku diuji, aku akan mengutuskan bersama ujian tersebut malaikat bersamanya.Dan sekiranya hambaku itu terima dengan redha dan sabar, dia berhak mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tapi sekiranya hambaku menerima ujian itu dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku”.

Tip Ketika Ditimpa Ujian

Antara Tips yang dikongsikan oleh Ustazah Asma ketika diuji, ucapkanlah “Inna lillahi wa inna lillahi rojiun”.

“Apabila hambaku ditimpa musibah,lalu mengucapkan “Inna lillah wa inna illaihi rojiun” mereka itulah yang akan mendapat solawat dan rahmat pertolongan daripada Allah”

IKLAN

Apabila ditimpa ujian ucaplah “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun”.Bermaksud sesungguh ia datang daripada Allah dan dikembalikan semula kepada allah.

Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan penggunaan kalimah “Inna lillah wa inna illaihi rojiun” yang sering dikaitkan dengan kematian. Sebenarnya maksudnya lebih daripada itu, segalanya diserahkan kepada Allah dan segala urusan pun jadi lebih mudah dan mendapat pertolongan daripada Allah. Ada apa-apa ujian, lebih cepat seorang hamba menyerahkan segala ujian kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu datang.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita. Sama-samlah kita berusaha untuk menjadi isteri yang solehah dan mentaati suami. Ketika ditimpa ujian, amalkanlah mengucapkan “Inna lillah wa inna illaihi rojiun”, semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber: Audio Kuliah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI