2 tahun bercinta, Puteri Aishah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati. Tahniah dan selamat pengantin baru kami ucapkan buat pelakon, Puteri Aishah, 27 yang telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, yang diadakan di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur pada 21 November.
Tepat jam 11.15 pagi, pemilik nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman telah dinikahkan oleh Qadi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dengan disaksikan bapa Puteri, En. Sulaiman Abd. Rahman.
Pada majlis itu, Puteri menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara pihak perempuan menyerahkan tujug dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
2 Tahun Bercinta, Puteri Aishah Selamat Bernikah
Bersyukur akhirnya selamat bernikah, sememangnya sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.
“Alhamdulillah majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik Covid-19.
Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.
“Saya dan suami juga memohon maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artist yang lain atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” ungkap Puteri Aishah.
Akui Puteri, Firdaus memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.
“Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.
“Malah, dia juga sentiasa menyokong minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau dimana saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin,” sambungnya.
Pada majlis tersebut, busana pernikahan yang digayakan mereka adalah rekaan @RizmanRuzaini .
Ads
Mingguan Wanita : Selamat Pengantin Baru kami ucapkan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Sumber Foto : CST Production
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 bukan sahaja tular berkait dengan pingat emas yang diraih dan kehebatan pemain malah makin ralit dengan tumpuan netizen pada ketampanan pemain yang terlibat.
Antara atlet yang menjadi tumpuan ialah putera raja yang kini mencuri tumpuan, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen iaitu anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Sementara atlet wanita yang menjadi sebutan ramai pula sudah tentu dari gimnastik iaitu Farah Ann yang merangkul emas.
Begitu juga dengan skuad bola sepak Malaysia yang sudah layak ke peringkat final.
Memang isu Sukan Sea sedang ‘trending’ dan semua orang berebut nak tahu tentang acara dan kemenangan terbaru setiap hari.
Nak dijadikan cerita dalam kesibukan netizen update mengenai Sukan Sea, tetiba nama peserta Pencetus Ummah musim pertama iaitu PU Rahmat menjadi PANAS selepas dia membuat satu tweet yang akhirnya menjadi viral.
Ini tulis PU Rahmat:
“Yang perempuan bergetar melihat Putera Mateen”
“Yang lelaki keras melihat Farah Ann”
Ramai netizen yang terkejut dan membalas tweet PU Rahmat kerana seperti tidak sesuai, malah dilihat seakan mencari publisiti dengan cara tweetnya yang berbaur lucah.
Namun maksud sebenar PU Rahmat ialah untuk mengatakan bahawa sebagai orang Islam, kita seharusnya menjaga pandangan mata. Tetapi lain pula yang difahamkan oleh sesetengah pengikut laman twitter sehingga ramai yang menegur dan memberi pandangan mereka tentang tweet PU Rahmat ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas memadam semua video masakan di Youtube, Sugu Pavithra bakal menemui peminat mereka petang ini. Mungkin ramai peminatnya yang bersedih, apabila pasangan ini mengambil tindakan memadam semua video baru-baru ini.
Oleh itu, semua peminat Sugi Pavitra jangan lupa menyaksikan kemunculan semula pasangan yang dikatakan selewat-lewatnya petang nanti.
Bakal Kembali Selewat-lewatnya Petang Ini
Peminat YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.
M Sugu, 29, berkata, dia menjangka video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.
Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.
“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi di Bernama di Ipoh, hari ini.
Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya. Dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, Selasa lalu, Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.
Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon. Sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran Youtube seperti biasa.
Bercerita lanjut, Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan. Daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan tindakan memadam semua video.
“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Bakal Kembali
Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.
Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan berkenaan pada 8 Mei lalu, yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.
MW: Semoga kisah pasangan sensasi ini memberi pengajaran buat kita semua. Sayang jika mereka mengambil tindakan untuk nenjalani kehidupan biasa sedangkan mereka mampu menjana pendapatan lumayan serta mengubah hidup dengan bakat yang ada.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syukur Majid tak pernah berkira dengan mak ayah “sebab tu rezeki dia mencurah-curah”. Benarlah apa yang diluahkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang usahawan lelaki popular bernama Syukor Majid.
Usahawan yang pernah mencipta ‘fenomena’ dengan menjual burger menerusi jenama Syukur Burger menjadi idola ramai pengikut di media sosial.
Syukor Majid Tak Pernah Berkira Dengan Mak Ayah
Seperti mana yang dipetik menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadli menerusi Facebooknya, Syukor merupakan seorang anak yang begitu menghormati ibu dan ayahnya.
Malah dia tidak pernah berkira dengan mak ayah dan isteri. Itulah antara rahsia kejayaan besar yang digapai menerusi perniagaannya.
“Abiang Syukor Majid buat status santai pasal tumbler Starbucks mak dia. Viral teruk post tu.
“Ada la lalat mai komen kata abiang berkira dengan mak dia. Setakat tumbler RM200 satu pun berkira kata mereka.
“Geram aku baca komen gitu. Sebab aku tahu, abiang dengan mak ayah dia langsung tak berkira.
“Uko ni, ada meeting dengan menteri kat Putrajaya pun kalau mak dia call ajak pergi Shopping cekelat Daim kat Langkawi dia terus ambik tiket flight balik Bertam. Tinggal meeting dengan menteri nak layan mak.
“Boleh pula ada yang kecam kata berkira dengan mak. Memang aku rasa panas juga lah sebab aku tahu macamana abiang ni layan mak dia.
“2017 bila bisnes dia meletup kaw-kaw dia belikan mak dia Range Rover Evoque. Harga setengah juta ringgit. Kat ayah dia pula kereta Bentley. Harga sejuta lebih.
Hadiahkan Mustang GT 5.0 Pada Mak Harga Setengah Juta Ringgih
“Abiang ni la makhluk paling tak berkira dengan mak ayah. Paling tak berkira. Sebab tu rezeki dia mencurah-curah.
“Masa nak pergi beli Range Rover kat mak dia tu, dia terbeli Mustang GT 5.0 pula. Terbeli ya. Tak sengaja tau. Harga Mustang 5.0 tak ada la mahal mana, sekitar setengah juta ringgit je.
“Kete tu la yang wife dia drive terbang ala-ala Letty dalam Fast & Furious. Terbang lepas longkang wei. Dia gelak je tengok kereta kesayangan rabak dikerjakan wife.
“Kete tu dia dah jual kat Baitul Mustawa dah. Ada kat Sabak Bernam la ni. Dia belikan Mercedes AMG GTR pula kat wife dia. Harga sejuta lebih. Alang-alang nak racing sangat katanya, haha.
Target Beli Roll Royce Pula Buat Ayah
“Sekarang dia target nak beli Roll Royce kat ayah dia pula. Aku yakin tak lama lagi sampai la tu.
“Punya dia tak berkira dengan mak ayah dan isteri ni.
“Itu rahsia besar dia berjaya dalam bisnes.
“Nombor satu, muliakan ibubapa. Itu yang dia paling utama.
“Korang nak berjaya, tiru la part ni. Tolong muliakan ibu dan ayah kalian. Layan mereka macam raja.
“InsyaAllah Allah akan kurniakan kalian dengan rezeki raja. Percayalah!” kongsi Cikgu Fadli tentang kebaikan Syukor.