Wisma Jakel Shah Alam terbakar, orang ramai siar secara live di tahun baharu.
Permulaan tahun baharu yang menyedihkan buat pemilik Jakel apabila wisma Jakel yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam dilaporkan terbakar sekitar jam 8 pagi tadi.
Wisma yang sentiasa menjadi tumpuan ramai ini tidak hanya di musim perayaan tetapi juga hari biasa dilihat marak terbakar dan disiarkan secara langsung di media sosial oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian ini. Dapat dilihat api semakin marak membakar wisma Jakel ini.
Ads
dalam siaran secara live di fb dikenali sebagai Datin Hajah Mahidah jelas kedengaran suaranya memaklumkan Wisma Jakel sedang terbakar dan dapat dilihat dari atas rumahnya api marak membakar.
Diiktiraf antara wisma textiles terbesar di Malaysia, jelas kelihatan pihak bomba berusaha memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. Jakel antara jenama tempatan yang sering menjadi tumpuan ramai ketika hari raya bahkan di Seksyen 7 ini antara tempat agak sesak diserbu oleh ramai setiap kali musim perayaan.
Ads
Didoakan agar tiada kemusnahan yang teruk dan moga permulaan tahun baharu ini dipermudahkan urusan rezeki pemiliknya.
Tawaran pemeriksaan percuma kenderaan di Puspakom sempena Tahun Baru Cina, boleh menang hadiah lagi. Cuti perayaan ini, pasti dipenuhi jutaan kenderaan yang akan pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.
Sudah pastilah bila perjalanan jauh, aspek kenderaan perlu diambil kira agar tidak mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
Dalam memastikan kenderaan selamat di jalan raya, Puspakom melancarkan kempen Pemeriksaan Secara Percuma mulai hari ini di lima lokasi terpilih.
Lebih menarik, sepanjang kempen bermula hari ini sehingga 20 Januari akan datang, pelangan berpeluang menang hadiah lumayan bila membuat pemeriksaan di Puspakom.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ria Ricis bawa anak 5 bulan naik jet ski tanpa jaket keselamatan, aksi dikecam hebat. Ini dikatakan menempah maut sebelum ajal. Demi keseronokan dan demi content kandungan YouTube, menyesal kemudian tiada berguna.
Tindakan YouTuber Ria Ricis dan suami, Teuku Ryan membawa anak sulung mereka, Moana menaiki di cuti tahun baru tanpa mengenakan jaket keselamatan buat bayi mengundang kecaman ramai.
Adik kepada Ustazah Oki Setiana Dewi ini dilihat begitu gembira membawa Moana menaiki jet ski yang dibawa suaminya dengan sebelah tangan sahaja dan dirinya dilihat merakam aksi mereka.
Ternyata di sebalik kegembiraannya membawa anak melakukan aktiviti di pantai, ramai mengecam tindakannya yang dilihat gagal meletakkan keselamatan anak di tempat pertama.
Ya bayi kecil bukan sotong yang punya banyak tangan untuk berenang jika terjatuh bahkan tidak akan mampu berbuat apa pun tanpa jaket keselamatan.
Bahkan tindakan sebegini bukan satu contoh baik untuk ibu-bapa muda lain menirunya sama sekali. Apatah lagi mereka merupakan selebriti yang kumpul jutaan pengikut.
“Harusnya memikirkan keselamatan bayinya. Bapak ibunya pake pelampung, anaknya dibiarkan tanpa pengaman. Musibah datangnya tidak pernah terduga,” tulis netizen lainnya.
Memiliki saluran YouTube Ria Ricis, Moana awalnya dilihat menggunakan jaket keselamatan di awal menaiki jet ski. Namun pada pertengahan video, jaket keselamatan tersebut dilepaskan.
Ria Ricis juga beberapa kali memastikan keadaan bayinya yang baru berusia lima bulan itu tampak selesa. Namun, Moana justeru terlihat tenang dan memejamkan mata saat dibawa bersiar-siar itu.
Menteri pendidikan sahkan wang sekolah disamun ada pelanggaran SOP, tiada kompromi jika cuai. Bantuan awal persekolahan RM150 yang sepatutnya diterima oleh pelajar sekolah rendah di Beranang berakhir dengan tragedi apabila kenderaan dimiliki oleh Guru Besarnya disamun selepas berhenti membeli minuman selepas mengeluarkan wang tersebut.
Isu ini mendapat perhatian ramai termasuk dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang memaklumkan wujudnya pelanggaran pengambilan wang berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang, Kajang yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiring bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi bantuan awal persekolahan.
“SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang),” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini hari ini.
Sama ada kes berkenaan boleh dianggap sebagai kelalaian, beliau berkata ketika ini masih awal untuk disimpulkan selagi laporan penuh belum diterima pihaknya.
Berdasarkan SOP tatacara pengeluaran wang tunai KPM, pengeluaran wang tunai dari bank oleh guru besar atau pengetua di bawah jumlah RM10,000 mesti diiringi dua guru lain dan bagi jumlah melebihi itu, adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan pengiring polis jika perlu.
Ditanya mengenai sama ada pelajar yang sepatutnya menerima wang bantuan berkenaan akan kekal memperolehnya apabila wang peruntukan yang hilang itu diganti semula oleh kementerian, Fadhlina sekadar memberi jaminan bahawa hak mesti dikembalikan kepada yang berhak.
“Kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia (yang tertentu).
“Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedag disiasat dengan teliti,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring pihak polis sejak 10 tahun lalu.
Wang bantuan berkenaan dikatakan dilarikan oleh penjenayah, semalam apabila difahamkan ia baru saja dikeluarkan oleh guru berkenaan dan meletaknya dalam beg yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum cermin kenderaannya itu dipecahkan ketika pergi membeli minuman dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Chepor untuk penyelenggaraan dan pembaikan beberapa fasiliti sekolah seperti tandas serta tembok pagar sekolah serta RM400,000 kepada SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan yang dilawatinya sebelum itu juga bagi tujuan menyelenggara sekolah yang disifatkan daif itu.
Rupanya tragedi lemas akibat kepala air di Sungai Sedim itu sedang meraikan sambutan ulang tahun anak kepada kakak sulungnya Nur Atikah, Nur Atiya Sofiya Shazwan, 7, dengan aktiviti perkelahan.