Jangan sibuk bagi anak harta, lebih baik kumpul ‘harta’ sendiri untuk bekalan akhirat dan bukannya sibuk fikirkan anak-anak.

Begitulah mak ayah hingga meninggal pun masih fikirkan anak-anak lagi. Bimbang sungguh anak-anak hidup susah setelah pemergian mereka.

Sesungguhnya dalam pembahagian harta bergantunglah kepada mak ayah untuk uruskan, sama ada untuk bagi pada anak-anak atau mewakafkannya.

Artikel Berkaitan: Sedekah Dan Wakaf Untuk Orang Guna, Beri Manfaat & Pahala Sentiasa Mengalir

Jangan Sibuk

Bagi Ustaz Hanafi, dia mempunyai pandangan sebegini tentang duit dan bab harta yang ditinggalkan selepas kematian.

Petang-petang ini ustaz nak kongsi pentingnya ada harta yang bermanfaat untuk diri kita selepas mati.

Kalau ada RM100 ribu dalam akaun, sudah tak guna bila meninggal dunia. Kecuali anak kita ada kesedaran dia wakafkan duit itu ke jalan agama.

Ini duit dalam akaun banyak.

“Kenapa banyak lagi duit tu haji?”

“Untuk simpanan hari tua ustaz.” Jawabnya

“Berapa umur haji?” saya tanya.

“80 tahun ustaz.” Jawab dia selamba.

80 tahun itu sudah hari tua dah tu.

Bagi Anak Harta

Allah
Tuan puan, orang cerdik duit itu wakafkan kepada masjid, surau, pondok, tahfiz dan kerja-kerja kebajikan.

Orang tak cerdik, dia sibuk fikir nak berikan pada anak. Anak-anak pula tholeh, bukan soleh.

Ingat, jadikan duit yang datangkan manfaat bila meninggal. Tulis wasiat pergi cari lawyer upah untuk buat wasiat. Bukannya mahal pun. Barulah anak itu sedar diri.

IKLAN

Saya tengok seorang lelaki tua, tentera zaman British paling lama makan pencen. Jaga isteri dia start umur 60 tahun. Dia jaga isteri dia sampai umur 70 tahun.

Umur dia tua 10 tahun daripada isteri. Sepanjang 10 tahun boleh kira anak 9 orang balik berapa kali. Raya pun tak balik. Tiba-tiba mak meninggal. Habis saja kenduri, anak-anak tanya ayah.

Lebih Baik

“Ayah, macam mana semua harta sepeninggalan mak tu. Ayah kena bahagikan ikut faraid. Anak-anak perempuan pula tak setuju ikut faraid.”

“Aku ni bengkak-bengkak mata menangis, kekasih hati meninggal dunia. Kamu, anak yang lahir daripada perut isteri aku, kamu boleh tanya apa yang ditinggalkan?” Balasnya dengan suara terketar-ketar menahan sedih.

“Tak apa, esok 11.30 pagi peguam datang dan dengar apa yang peguam akan terangkan.” Sambungnya lagi berlalu pergi.

Esoknya, peguam pun datang.

“Harta si mati telah diwakafkan kepada tahfiz. Malah rumah yang pakcik ni duduk, kalau mati nanti juga akan diwakafkan menjadi tahfiz Al-Quran.”

Baca Di Sini:

Perancangan Kewangan Islam, Solusi Terbaik Wanita Urus Kewangan Selamat Dan Patuh Syariah

‘Jangan Bagi Semua Pusaka Ayah Kepada Ibu’ Ini Penjelasan Ustaz Terang

IKLAN

Memperingati Arwah Kakak Sekeluarga TRAGEDI Pesawat MH17, NIAT Ibu Gunakan Pampasan Bina MASJID

Kumpul ‘Harta’ Sendiri

Panjang lebar lagi yang peguam terangkan.

Ya Allah! Hancur harapan anak-anaknya. Yang best pakcik ni jaga isterinya 10 tahun.

Ustazah yang mandikan makcik ni kata, bersih badan isterinya tak ada kudis pun walau sakit lumpuh.

Maksudnya suami jaga betul-betul sangat isterinya. Sejak hari tu, si suami berulang-alik ke kubur di Danau Kota, setiap hari selepas Solat Subuh selama 3 bulan.

Cukup-cukup 3 bulan, orang jumpa suaminya meninggal dunia di atas kubur isteri. Taqwa sama dengan isterinya. Suami juga mewakafkan seluruh harta kepada pihak masjid.

Untuk Bekalan Akhirat

Kadang kala nak ajar anak lupa diri ni memang kena cara macam itu. Nampak kasar tapi pendidikan sampai akhirat, biar mereka ingat.

Nak buat macam mana, masa hidup sudah benci, masa mati memang anaknya lagilah benci.

Jangan salah faham, nasihat ustaz sekarang ni, fokus urus harta sebaiknya sebaiknya bukan sahaja untuk seronok di dunia bahkan untuk kesenangan akhirat.

Buat wakaf
Buat infak berkala
Jangan risau rezeki anak-anak.

IKLAN

Ilmu Yang Manfaat

Harta yang paling penting untuk ditinggalkan kepada mereka ialah ilmu yang bermanfaat.

Daripada ilmu itu mereka ikhtiar hidup, kumpul rezeki insyallah manfaat berpanjangan.

Rasa bersalah jika harta kita tidak membantu di alam sana. Jangan takut anak-anak tak ada rezeki mereka sebab Allah sudah siapkan rezeki setiap manusia.

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.”
Surah Hud : 6

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Allah telah mencatat takdir setiap makhluk 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi.”

Hadith Riwayat Muslim
“Seandainya kalian semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki pada burung. Burung keluar (mencari makan) di waktu pagi dalam kedaan perut kosong dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang”.
Hadith Riwayat Tirmidzi

Infaq Harta

Ingat rezeki Allah luas
Jadikan ia asbab untuk kita bahagia di dunia dan akhirat
Jangan jadi orang yang rugi, harta untuk kesenangan dunia sahaja.
Audit semula kewangan.

Berapa yang aku infaqkan untuk jalan Allah supaya dapat aku bersenang-senang di akhirat sana?

#UstazHanafiMalek

Mingguan Wanita : Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dalam menguruskan bab harta ini. Namun begitu, biarlah segala titil peluh kita memberi manfaat hingga ke alam sana. Insyallah.

Sumber : Ustaz Hanafi

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI