‘Jangan Bagi Semua Pusaka Ayah Kepada Ibu’ Ini Sebabnya Ustaz Terang

Bab-bab pembahagian harta pusaka ini memang satu perkara yang kalau tak diselesaikan dengan betul dan baik boleh membawa kepada pergaduhan keluarga yang berpanjangan.

Antara persoalan yang sering bermain di minda anak-anak yang ditinggalkan ayah apabila berlaku kematian adalah pembahagian harta pusaka.

Sehinggakan menurut Ustaz Ahmad Nassri Ibrahim, yang mempunyai latar kepakaran dalam perancangan harta dan pengurusan : Faraid, Wasiat dan Hibah memaklumkan ada nya persoalan sebegini ditimbulkan.

Iaitu ‘Jangan bagi semua pusaka ayah kepada ibu?’ Kenapa pula tidak boleh? Hadamkan penjelasan ustaz beri.

Jangan Bagi Semua Pusaka Ayah Kepada Ibu

Eh kenapa? Tak boleh ke?
Banyak rintihan dan perkongsian dari orang ramai yang pernah telefon dan ‘pm’ saya berkenaan perkara ni.

Perkara asas yang ahli waris kena faham bila sebut harta pusaka ialah harta yang menjadi hak ahli waris mengikut bahagian tertentu (FARAID). Ada saya lampirkan bersama pengurusan harta pusaka apabila berlaku kematian.

‘Jangan Bagi Semua Pusaka Ayah Kepada Ibu’ Ini Penjelasan Ustaz Terang

IKLAN

Jika harta pemilik tak pernah buat hibah, amanah, wakaf, tidak dituntut sepencarian, tidak ada wasiat. Selepas menolak semua hutang si mati harta wajib di faraidkan.

Boleh tak waris bagi semua pusaka kepada ibu?

Boleh, jika semua ahli faraid BERSETUJU.

Bagaimana jika ada yang tidak bersetuju?

Wajib serahkan bahagian faraid kepada yang tidak bersetuju. Jangan ada sangka buruk kepada yang menuntut bahagian faraid. Setiap waris tidak sama tahap beban kesusahan yang mereka tanggung. Dengan bahagian yang diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka. Selebihnya yang bersetuju boleh serah kepada ibu.

Bagaimana jika ibu terasa hati dengan anak yang tidak lepaskan bahagian faraid kepada ibu?

Ibu/ balu kena faham peraturan yang Allah dah tetapkan. Kena bagi ibu kesedaran bahawa itulah undang-undang yang Allah tetapkan dalam bab pusaka. Siapa si Ibu nak menafikan hak PenciptaNya?. Seeloknya semua ahli waris kena faham supaya silaturrahim tetap erat seperti sedia kala semasa arwah masih hidup.

IKLAN

Kadangkala dalam keluarga ada anak-anak terutamanya yang paling tua membuat keputusan supaya harta diberikan kepada ibu (isteri si mati) kerana khidmat dan pengorbanan bersama si ayah. Malangnya kadang kala keputusan tersebut tanpa persetujuan SEMUA WARIS (adik-adik). Ada yang tidak faham jika ada waris yang bawah umur dan oku, bahagian faraid mereka wajib diasingkan.

Kesimpulannya, kembali kepada asal pembahagian pusaka mengikut faraid. Jika nak cari jalan lain seperti takharuj dan muafakat, kena bincang dulu dengan SEMUA waris (tanpa pengecualian walaupun seorang).

Banyak juga kes yang anak-anak serah kepada ibu hingga si ibu meninggal baru diagihkan harta sebagai pusaka ibu tanpa masalah. Dan ramai juga ibu yang tak kisahpun jika tak dapat pusaka dari suami asalkan anak-anak bersama dan sanggup menjaga mereka hingga akhir hayat.

IKLAN

Jadi para isteri dan bakal ibu kena faham bahagian puan-puan dari pusaka suami hanya 1/4 jika tiada anak dan 1/8 sahaja jika ada anak dari suami tersebut. Nak banyak mana lagi? nak rumah? tanah?. Ada caranya yang Islam dah gariskan untuk suami buat supaya para isteri/ibu dapat semua bahagian secara HALAL dan SAH.

Bila faham, sebenar senang.

SHARE supaya sampai kepada semua adik beradik kita dan supaya semuanya faham.

Ustaz Ahmad Nassri juga berkongsi ilmu perancangan dan pengurusan faraid, wasiat dan hibah di laman facebooknya.

Baca sini :Beli barang untuk mak ayah, haram ambil balik bila mereka meninggal

Sumber/Foto : Ahmad Nassri Ibrahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI