“Tidak berhenti selagi anak belum bersedia.” Seorang ibu masih susukan anak berusia 5 dan 6 tahun. Ibu ini langsung tidak mengendahkan pandangan orang lain kerana baginya ia adalah perkara terbaik buat kedua anaknya.

Tidak semua ibu sanggup dan mampu mengorbankan masa dan tenaga untuk menyusukan anak-anak secara eksklusif sehingga dua tahun.

Inikan pula lebih panjang dari itu, menyusukan anak dalam satu tempoh yang lama bukan sesuatu yang mudah malah memerlukan tekad yang tinggi.

Tidak Berhenti Selagi Anak Belum Bersedia

Seorang ibu yang masih menyusukan dua anaknya masing-masing berumur lima dan enam tahun memberitahu bahawa dia tidak akan berhenti memberikan susu badan sehingga mereka bersedia meninggalkan ‘tabiat’ tersebut, lapor laman berita Mail Online kelmarin.

Menurut Sheryl Wynne, 39, memberi susu badan kepada dua anaknya yang sudah bersekolah adalah perkara normal dan ia menjadikan hubungan mereka lebih akrab.

Seorang Ibu Masih Susukan Anak Berusia 5,6 Tahun

Sheryl menyusukan Riley, 6, dan Mylo, 5 sebelum mereka ke sekolah dan pada waktu petang. Malah, dia juga menyusukan anaknya di taman permainan taska.

Tindakannya menyebabkan dia menerima komen negatif daripada orang luar dan ahli keluarga yang mempersoalkan sekiranya anak-anaknya masih bersifat ‘keanak-anakan’ kerana masih menyusu badan.

Sheryl bagaimanapun membalas bahawa mereka adalah ‘kanak-kanak’.

IKLAN

Baca Juga Di Sini:

Jangan Bangga Bila Dapat Susukan Anak, Sebab Rezeki Susu Itu Milik Allah

‘Akak Tolong Susukan Anak Saya’ Ibu Si Kembar Tak Kisah Menyusu Bayi Beza Bangsa

Kiraan Fidyah Bagi Anda Yang Lambat Ganti Puasa. Ibu Hamil, Berpantang Dan Susukan Anak Patut Tahu!

Setiap Anak Ada Bahagian Kerja Rumah Masing-masing, Hebat Ibu Atur Jadual

IKLAN

Pernah Merancang Untuk Berhenti

Biarpun Sheryl pada mulanya merancang untuk berhenti menyusukan dua anak lelakinya itu selepas Riley berusia tiga tahun, Riley bagaimanapun mengatakan bahawa dia mahu menyusu badan sehingga berusia 10 tahun.

“Ia rasa seperti satu kesalahan untuk berhenti melakukannya (menyusu badan). Itu adalah permintaan anak-anak saya dan biarpun ia tidak dianggap normal dalam masyarakat, secara biologinya, tindakan itu adalah normal,” kata wanita itu.

Tambahnya, menyusu badan menjadikan hubungan Sheryl dan anak-anaknya semakin rapat.

Menerima Respon Negatif

Biarpun menerima respons negatif daripada keluarga dan rakan-rakan, Sheryl melihat menyusu badan sebagai cara untuk dia berhubung dengan anaknya selain menjadikan mereka selesa di sekolah.

IKLAN

Dia berharap untuk mengubah beberapa mitos menyusu badan. Bagi Sheryl, keputusan itu adalah sesuatu yang berasa amat semula jadi. – AGENSI

Mingguan Wanita : Selagi tidak memudaratkan, rasanya tidak menjadi masalah buat ibu dan anak yang masih menyusu badan. Namun tabiat ini mungkin boleh dihentikan secara perlahan-lahan setelah anak mula bersekolah. Tetapi tidak dinafikan anak yang menyusu badan lebih rapat dengan ibunya.

Sumber : Kosmo Online

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita