
Tanam PUCUK PAKU Dalam Pasu Mudah, Kutip Je Bila Perlu! Rupanya selain tumbur meliar di tanah, pucuk paku juga boleh ditanam di dalam pasu. Sayur Pucuk Paku ni sangatlah sedap di buat kerabu, tumis belacan, masak lemak cili api dan sebagainya.
Jika dibeli di pasar boleh tahan juga harga. Tanam sendiri di rumah lebih jimat. Nak masak tinggal kutip je, malah segar-segar. Ada caranya juga untuk pastikan pucuk paku ni gemuk-gemuk dan subur merimbun walaupun tanam dalam pasu.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaacob ini sebagai panduan;
Bila hujan, sejuk banyak lah pucuk paku yang muncul.Tanam dalam pasu mudah, kutip je bila perlu.
Tip nak bagi pucuk paku gemuk, siram air basuhan beras dan basuhan ikan. Insya Allah…gomok.gomok.
- Anak pucuk paku boleh beli di shopee.Tanam je seperti biasa di dalam pasu.
Anak pokok pucuk paku boleh beli di sini.
- Pucuk paku nak tempat yang lembab kalau tanam dalam pasu kena rajin siram.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca:KERABU Pucuk Paku Tauge Dengan Kerang, Ratah Saja Pun Boleh Habis Sebesen!
Baca Lagi Di Sini:CARA Tanam KANGKUNG Dalam Botol, Tak Perlu Siram, Tanah Tak Kering!
Artikel Menarik:Rebus PUCUK UBI Letak ‘Baking Soda’, Elok Lembut, Warna Cantik Kehijauan!
Mingguan Wanita: Wah tak sangka, pucuk paku juga boleh ditanam dalam pasu. Memang subur sungguh, gemuk-gemuk dan hijau merimbun hasilnya. Boleh cuba tanam pucuk paku nanti di rumah.
Sumber: Zaid Azizy Yaacob
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
CARA Buat Jeruk Mangga SEDAP, Rangup Tak Lembik, Tanpa Guna Kapur!

Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
Bahan-Bahan:
6 biji Mangga Muda https://invol.co/cl7kx2w
2 genggam garam kasar https://invol.co/cl7kx0v
Setengah botol Cuka https://invol.co/cl7kwzb
400gram gula https://invol.co/cl7kx1y
500ml air
Cara Membuat:
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
- Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
- Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
- Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Baca Lagi Di Sini:
Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman
Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal & Bersih!
Cara Buat Petai Jeruk, Nak RANGGUP & Sedap, Tapis Semalaman, Guna Garam Kasar
Cara Buat JERUK SAWI Sendiri, Lebih Bersih Tak Terlalu Masin!
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Sumber: Akma Razali
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Idea Bento Suku Suku Separuh, Buat Bekal Suami Dan Anak-anak

Dah puaskan makan juadah ‘open-house’ bagai, apa kata cuba pula bekalkan suami dan anak-anak menu sihat bento suku suku separuh ini.
Bagi anda yang sememangnya mengamalkan diet suku suku separuh ini, idea menyediakan bento sebegini semestinya berguna dan wajib untuk dicuba.
Menurut SCha EllCha Lee idea bento yang dikongsikan ini sudahpun menjadi amalan pemakanannya sejak 9 tahun yang lalu.
Untungnya, dengan diet yang diamalkan selama 10 bulan lalu, dia dapat menurunkan berat sehingga 25kg.
KOLEKSI BENTO SUKU SUKU SEPARUH MAMISCHA
Dah lebih tiga minggu kita Beraya, Ramai dah start masuk kerja kan? Dah makan macam² Raya baru ni kan? Moh lerr kita start Healthy Eating pulak.
Jom bawa bekal sihat pergi kerja atau keluar ke mana-mana. Boleh buat untuk suami dan anak-anak tersayang untuk ke Office atau Sekolah juga.
Tapi ikut portion dan keperluan badan masing-masing la ya.
Boleh makan untuk Breakfast, Lunch atau pun Dinner.
Baca sini : Menu Dalam Pinggan Suku Suku Separuh, Hari Kesembilan Dah Nampak Hasil
Menu Diet Sejak 9 Tahun Lalu
Menu Diet saya loss 25kg+ selama 10 bulan dulu. Sampai sekarang maintain je, Dah hampir 9 tahun dah saya amalkan DSSS ni. Ni semua menu-menu Breakfast, Lunch dan Dinner saya.
Saya makan 6 kali sehari termasuk snacking.
Boleh la kalau ada yang nak Tiruvasi menu-menu ni tapi ikut keperluan badan masing-masing ya.
Semoga bermanfaat.
Ini Koleksi Bento Suku Suku Separuh
Diet Suku Suku Separuh
Sebagai pengetahuan, diet Suku Suku Separuh ini merupakan satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.
Yang mana, portion makanan sihat mengikut piramid makanan itu divisualkan dalam pinggan. Jadi mudahlah untuk individu yang amalkan mengikut diet sebegini.
Bahagian pinggan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu :
- Suku pinggan dengan sumber karbohidrat.
- Suku pinggan dengan dengan sumber protien dan lemak.
- Separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Baca sini : 20 Tip Turun Berat Dengan menu Diet Suku-Suku Separuh, 8 Bulan Wanita Ini Dah Hilang 40KG
Sumber/Foto : SCha EllCha Lee
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nasi Kerap Jadi BASI, Cuba Guna Garam Dengan Asam Keping Pada Periuk

Kadang-kadang kita rasa pelik bila nasi kerap basi, sedangkan baru setengah hari masak. Adakah sebab periuknya atau pun beras yang kita guna itu tidak sesuai. Mana silapnya.
Perkara ini bukan sekali berlaku, mungkin banyak kali berlaku pada periuk nasi yang kita masak. Pelbagai cara yang mak-mak guna untuk elak nasi basi. Basuh periuk dengan sabun yang banyak pun tak menjadi.
Pelik bila keadaan ini berlaku. Mungkin beras yang kita gunakan itu dah lama atau periuk nasi kita yang ada masalah.
Jadi, Ida Shahida berkongsi tip yang boleh digunakan apabila nasi kerap jadi basi.
Nasi Kerap Basi
Periuk nasi dan nasi kerap jadi basi?
Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.
Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.
Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.
Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.
Guna Garam Dan Asam Keping
Cuci bersih periutk dengan sabun. Selepas itu, masukkan 3 genggam penuh garam kasar yang dicampurkan dengan 10 keping asam gelugur atau asam keping. Masukkan sedikit sahaja air supaya garam dan asam keping sebati.
Basuh atau kisarkan periuk dengan bahan tadi dengan tangan selama 3-4 minit. Selepas itu biarkan selama 15 minit. Ulang sebanyak 3-4 kali.
Pasti lakukan pada tudung periuk sekali. Selepas itu, barulah dicuci dengan sabun dan bilas dengan air bersih selama 2-3 kali.
Selepas itu, bolehlah didihkan selama 15 minit dengan air bersih. Boleh lakukan lagi apabila masalah ini berulang lagi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kunyah TERUNG Seminit, Petua Berkesan Hilangkan BAU MULUT Lepas Makan Petai!
PETUA Tanggalkan Kerak Kuali Tebal Dengan ASAM KEPING Memang Menjadi Sungguh!
Info Lebih Menarik Di SINI
Didihkan Dengan Air Garam Dan Asam Keping
Satu lagi cara untuk petua elak nasi basi cepat, boleh gunakan cara ini.
Basuh bersih periuk dan tudung periuk nasi dengan sabun.
Selepas itu, isi air penuh ke dalam periuk dan didihkan. Ambik 4 genggam penuh garan dan segenggam asam keping. Biarkan ia mendidih selama satu jam.
Selepas itu, biarkan selama 10-15 minit dan barulah bersihkan periuk tadi dengan bersih.
Sekarang, periuk nasi pun dah elok dan masak nasi pun sedap dan tidak cepat basi. Kalau setakat 36 jam, insya Allah, masih elok dimakan.
Kalau nasi basi dalam periuk itu terjadi lagi, lakukah petua dan langkah yang sama.
Walau bagaimanapun, kalau periuk tak ada masalah basi pun boleh buat juga sebab nak kekalkan kebersihannya maka masalah basi tidak mendatang.
Asam dan garam fungsinya ialah mematikan kuman atau bakteria pada periuk…kalau periuk nasi akan membuatkan nasi anda cepat basi itu bermakna terlalu banyak bakteria yang berkemungkinan sebelum ini periuk berkenaan pernah nasi jadi basi beberapa kali sudah.
Jadi, gunalah petua ini. Kalau rajin sebulan sekali buatlah….
MW: Lepas ini boleh cuba petua ini, bila nasi kerap basi ye! Guna asam keping dan garam saja.
Sumber: Ida Shahida
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!