Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dalam tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan laporan bedah siasat menunjukkan anaknya mengalami kira-kira 200 kesan tikaman di seluruh badan.
Menurut ibu mangsa, Wong Lee Ping, maklumat itu diperoleh hasil laporan penuh yang dikeluarkan oleh pihak patologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya dapat tahu daripada pihak patologi bahawa anak saya ditikam 200 kali. Ada luka besar dan kecil di bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru,” katanya ketika sidang akhbar di Nirvana Center Kuala Lumpur, Khamis.
Kesedihan Dan Penafian Ibu Mangsa
Lee Ping turut meluahkan rasa kesal terhadap penyebaran maklumat palsu di media sosial yang dianggap tidak sensitif terhadap keluarga mereka.
“Laporan yang tular di media sosial mengenai kejadian itu banyak yang tidak benar dan mengguris hati keluarga,” ujarnya.
Butiran Kejadian Pembunuhan Pelajar Bandar Utama
Beliau memaklumkan, siasatan polis mendapati suspek dipercayai melompat dari bahagian atas tandas sebelum menikam mangsa yang berada di dalam bilik tandas berkunci.
“Anak saya menjerit meminta tolong, tetapi pintu tandas terkunci. Bila cikgu pecahkan pintu, anak saya sudah tiada,” katanya sebak.
Ads
Penafian Terhadap Dakwaan Tidak Sahih
Dalam masa yang sama, Lee Ping menafikan dakwaan kononnya anaknya dirogol atau mengenali suspek dan berharap orang ramai berhenti menularkan maklumat tidak sahih.
“Anak saya telah menjadi mangsa dan saya harap orang ramai hentikan berkongsi berita yang tidak benar di media sosial. Anak saya tidak pernah berjumpa dan berhubung dengan suspek,” katanya.
Harapan Agar Tragedi Tidak Berulang
Beliau turut menyeru agar tragedi seumpama ini tidak berulang di mana-mana sekolah pada masa akan datang serta menasihatkan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan supaya hadir terus ke Nirvana Center, berikutan terdapat individu tidak bertanggungjawab memalsukan kod QR pada poster penghormatan terakhir yang diedarkan.
Peribadi Dan Kejayaan Anak Mangsa
Bercerita mengenai peribadi anak bongsunya itu, Lee Ping menyifatkan mendiang sebagai pelajar cemerlang dan aktif dalam bidang sukan.
Ads
Katanya, anaknya gemar bermain bola tampar dan badminton, malah dua hari sebelum insiden berlaku, beliau sempat menyertai kejohanan badminton di ibu kota dan berjaya mendapat tempat kedua.
Latar Belakang Kes Pembunuhan Pelajar Bandar Utama
Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam pelajar perempuan berumur 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan hasil bedah siasat mendapati tikaman di dada dan leher menjadi punca utama kematian mangsa. Proses bedah siasat di PPUM selesai sekitar jam 10.30 malam, Rabu.
“Sebab beraya la ni kan” suami mohon doakan Ummi Nazeera cepat sembuh dijangkiti Covid 19. Masih dalam suasana penuh ceria sempena sambutan Syawal, suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar memaklumkan isterinya telah dijangkiti Covid-19.
Seperti mana yang diketahui ramai, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, aktif berkongsi informasi berguna tentang kesihatan di akaun Instagram miliknya. Terbaru dirinya menyatakan akhirnya isteri kesayangan kecundang dek kerana Covid-19.
“Sebab Beraya La Ni Kan”
Pada masa yang sama, Dr Izzar sempar menitip pesanan buat mereka yang positif Covid dan panduan buat kontak rapat bergejala. Maklumlah sekarang ni dalam mood beraya, jadi janganlah takut dengan bekas pesakit Covid-19.
“Kecundang akhirnya
“Untuk makluman semua. Isteri tercinta saya telah dijangkiti COVID-19.
“Sebab beraya la ni kan. Takpe takde rezeki boleh kena tu.
Anak-Anak Tak Ada Gejala
“Alhamdulillah anak-ank serta saya sekarang tak bergejala. Ummi pun bergejala ringan sahaja. Nasib baik dah amik vaksinasi. Isolasi sorang-sorang kat dalam bilik tengok kdrama. Sayalah kena menjaga anak-anak.
“Jom sama2 doakan wife saya sembuh segera, serta bertambah rezeki dan keluarga bertambah bahagia. Selitla sikit doa2 tambahan lain tu.Tapi takpa, esok hari terakhir wife saya nak berisolasi. Pastu sabtu boleh sambung beraya kat luar.
“Untuk individu yang positif C-19, wajib isolasi selama 7 hari. Tapi, boleh dibebaskan awal kalau ujian C-19 (yang diselia) tu negatif pada hari ke-4 kuarantin.
“Kalau dah cukup isolasi 7 hari, tak perlu ulang ujian C-19 dah. Keluarlah macam biasa lepas tu sebab kebolehjangkitan dah rendah. Maksudnya tak menjangkiti orang lain dah.
“Untuk Kontak rapat pula, kalau tak bergejala macam saya boleh keluar bekerja macam biasa dan tak perlu buat ujian kendiri pun.
“Kalau kontak rapat bergejala, buatlah ujian kendiri C-19 pada hari 1 n ke-3. Apa2 pun, semua kenalah patuh SOP sentiasa.
“Oleh itu, tak perlulah nak stigma atau takut dengan bekas pesakit2 COVID-19. Watlek je. Pastikan dia dah cukup isolasi 7 hari di rumah je,” kongsi Dr Izzar.
“Semoga Cepat Sembuh & Dipermudahkan Segala Urusan” Warganet
Dibanjiri doa agar Ummi cepat sembuh oleh pengikut di akaun Instagram Dr Izzar.
Dukung suami turun dari tingkat 4 untuk rawatan hospital, isteri memang SUPERHERO rumahtangga. Ramai fikir mustahil tapi tiada yang mustahil jika keadaan terdesak. Saat kita bertanya di mana kudrat datang tapi Allah melapangkan segalanya dan memberikan kekuatan demi suami tercinta.
Dukung Suami Turun Dari Tingkat 4
Dalam satu perkongsian dari @hamsatulhamzah dari Muslimah Bangi, dirinya berkongsi kekuatan luar biasa seorang isteri yang akan mendukung suaminya setiap kali ada rawatan susulan di hospital.
Bukan calang-calang kudrat tetapi isteri superhero dikenali sebagai Cikgu June ini akan mendukung suaminya dari tingkat 4 rumah mereka, menuruni tangga perlahan-lahan hingga sampai ke bahagian sebelum membawa suami ada temujanji di hospital.
Jika ramai mengatakan wanita lemah dan hanya tahu bermanja dengan suami tetapi Allah mentakdirkan kehidupan seseorang sangat berbeza-beza. Jika ada yang mengada-ngada mahu harta kekayaan tapi ada suami isteri yang diuji dengan kehidupan biasa-biasa sahaja. Adakala isterilah pencari nafkah utama dalam rumahtangga selepas diuji dengan kesihatan suami yang terlantar saja.
Pengorbanannya mendukung suami yang sakit dari tingkat 4 sangat luar biasa kerana walau dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tapi tulang isteri barangkali diperbuat dari besi jika dalam keadaan tertentu. Ya, isteri memang superhero rumahtangga dan para suami seharusnya bersyukur memiliki isteri yang setia bersama dalam keadaan susah dan senang.
Dari penjelasan hamsatulhamzah ini, difahamkan pengorbanan cikgu June mendukung suaminya berakhir apabila team Muslimah Bangi dengan Kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat akan membantu mengangkat suaminya setiap kali ada rawatan di hospital, syukur Alhamdulillah.
Moga setiap jasa isteri setia dan tabah ini Allah memberikan ganjaran pahala buatnya. Aamiin.
Sebenarnya, termasuk kali ini sudah tiga kali Neelofa jadi penghias muka depan atau ‘Cover’ majalah berbahasa Cina, Citta Bella. Cuma kali ini lebih istimewa kerana pengacara terkenal ini menjadi ‘cover’ pertama yang berniqab menghiasi muka depan majalah berkenaan.
Kongsi instagram majalah Citta Bella, sebelum pengambaran lagi, iaitu sebelum Neelofa mendedahkan kepada umum keputusannya untuk berniqab, Neelofa sudah pun mempunyai konsep pengambaran untuk ‘cover’ istimewa mereka.
Pemilik nama, Noor Neelofa Mohd Noor ini memilih untuk menutup bahagian wajahnya. Dan sudah pun dinyatakan konsep sedemikian pada bulan September lagi.
Dan pada 14 Oktober, Neelofa memuatnaik penampilannya memakai niqab kepada umum menerusi laman instagramnya.
Neelofa Hiasi Muka Depan Majalah Berbahasa Cina
“Neelofa sudah memiliki konsep untuk menutup bahagian wajahnya pada September yang mana penata gaya, Colin melaksanakan semasa sei fotografi pada awal Oktober.”
“Kami sangat bangga menampilkan Neelofa untuk edisi November 2020 Citta Bella buat kali ketiga dengan keindahan yang begitu sofistikated namun elegan. Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa secara terbuka mengumumkan keputusannya untuk mengenakan niqab.
“Sedikit sebanyak yang diketahui, Neelofa memakai niqab secara terbuka seminggu selepas penggambaran. Kami mendoakan yang terbaik untuk perjalanan spiritual baru yang dia lalui,”
“Citta Bella merangkumi keindahan kepelbagaian budaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk mencantikkan kecantikan wanita dan kekuatan dalaman mereka, tanpa mengira usia, bentuk badan, etnik dan kepercayaan mereka. Kami mendoakan masa depan yang lebih baik, untuk semua.”
Kredit foto : Citta Bella
Neelofa Begitu Menghormati Ibu
Dalam temuramah bersama Citta Bella, Neelofa akui dia begitu menghormati ibunya, Noor Kartini Noor Mohammed. Malah menjadikan ibu sebagai rujukannya apabila terjadi satu hal yang membuatkan hatinya bimbang.
“Saya sangat menghormati ibu saya, jadi setiap kali saya menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan, saya akan menemuinya secepat mungkin.”
Kelak, ibunya itulah yang tahu bagaimana untuk menyedarkan dirinya. Begitu juga dengan adik-beradik yang sentiasa ada di sisinya.
Wanita koma lepas lahirkan anak meninggal dunia selepas tujuh tahun terlantar. Kisah benar Mohd Saiful yang setia menjaga isterinya, Nor Fadila, hingga ke hujung nyawa.