Kadang-kadang kita rasa pelik bila nasi kerap basi, sedangkan baru setengah hari masak. Adakah sebab periuknya atau pun beras yang kita guna itu tidak sesuai. Mana silapnya.
Perkara ini bukan sekali berlaku, mungkin banyak kali berlaku pada periuk nasi yang kita masak. Pelbagai cara yang mak-mak guna untuk elak nasi basi. Basuh periuk dengan sabun yang banyak pun tak menjadi.
Pelik bila keadaan ini berlaku. Mungkin beras yang kita gunakan itu dah lama atau periuk nasi kita yang ada masalah.
Jadi, Ida Shahida berkongsi tip yang boleh digunakan apabila nasi kerap jadi basi.
Nasi Kerap Basi
Periuk nasi dan nasi kerap jadi basi?
Sebab nasi dah pernah jadi basi berkali-kali jadi periuk nasi dah penuh bakteria.
Kalau nasi dah pernah jadi basi 2-3 kali atau kerap dibiarkan nasi sampai basi dalam periuk memang akan hadapi masalah nasi cepat basi.
Sepatutnya nasi akan boleh bertahan 24 jam atau lebih sikit jika dimasak.
Ads
Jadi ada petua kalau nasi dah selalu sangat jadi basi atau cepat basi.
Guna Garam Dan Asam Keping
Cuci bersih periutk dengan sabun. Selepas itu, masukkan 3 genggam penuh garam kasar yang dicampurkan dengan 10 keping asam gelugur atau asam keping. Masukkan sedikit sahaja air supaya garam dan asam keping sebati.
Basuh atau kisarkan periuk dengan bahan tadi dengan tangan selama 3-4 minit. Selepas itu biarkan selama 15 minit. Ulang sebanyak 3-4 kali.
Pasti lakukan pada tudung periuk sekali. Selepas itu, barulah dicuci dengan sabun dan bilas dengan air bersih selama 2-3 kali.
Selepas itu, bolehlah didihkan selama 15 minit dengan air bersih. Boleh lakukan lagi apabila masalah ini berulang lagi.
Satu lagi cara untuk petua elak nasi basi cepat, boleh gunakan cara ini.
Basuh bersih periuk dan tudung periuk nasi dengan sabun.
Selepas itu, isi air penuh ke dalam periuk dan didihkan. Ambik 4 genggam penuh garan dan segenggam asam keping. Biarkan ia mendidih selama satu jam.
Ads
Selepas itu, biarkan selama 10-15 minit dan barulah bersihkan periuk tadi dengan bersih.
Sekarang, periuk nasi pun dah elok dan masak nasi pun sedap dan tidak cepat basi. Kalau setakat 36 jam, insya Allah, masih elok dimakan.
Kalau nasi basi dalam periuk itu terjadi lagi, lakukah petua dan langkah yang sama.
Walau bagaimanapun, kalau periuk tak ada masalah basi pun boleh buat juga sebab nak kekalkan kebersihannya maka masalah basi tidak mendatang.
Asam dan garam fungsinya ialah mematikan kuman atau bakteria pada periuk…kalau periuk nasi akan membuatkan nasi anda cepat basi itu bermakna terlalu banyak bakteria yang berkemungkinan sebelum ini periuk berkenaan pernah nasi jadi basi beberapa kali sudah.
Jadi, gunalah petua ini. Kalau rajin sebulan sekali buatlah….
MW: Lepas ini boleh cuba petua ini, bila nasi kerap basi ye! Guna asam keping dan garam saja.
Jika ingin bertukang di rumah, memperbaiki pelbagai benda kena ada asas dan ilmunya.Panggil kontraktor atau tukang buat rumah memang memudahkan kerja, namun perlu bajet yang besar. Padahal yang ingin diperbaiki sedikit sahaja. Ada ilmu, teknik dan skil boleh buat sendiri je.
Masuk air dulu diikuti dengan simen kemudian pasir kasar dan batu 3/4 jika buat konkrit.
2. JIKA pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan, sebaliknya masukkan air sikit-sikit dulu.
3. Sukatan 1:4
RULE OF MIXING – sukatan dalam unit ukuran berat.
Contoh 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata.
TAPI agak je ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.
4. Guna Pasir Kasar Untuk Ikat Bata & Konkrit
Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasar kasar. PASIR halus hanya untuk kemasan plaster sahaja. Dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dengan ketahananya untuk long term.
5. Bancuh Simen Dalam Kereta Sorong
ELAKKAN bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar untuk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.
Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun atur nya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata, baru masukan air.
Jika guna batu 3/4 masukkan sekali SETELAH campuran simen + pasir + air SUDAH digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.
6. Lebihkan Air
LEBIH AIR iya. Mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air. Jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan.
Tukang tak suka bancuh macam ni sebab dia buat nak cepat kering dan cepat siap.Semakin lambat dia mengeras semakin bagus konkrit tersebut.
INFO TAMBAHAN
Nisbah Bancuhan Konkrit
Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai.Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini.Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.
Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :
1 = Simen
2 = Pasir
4 = Batu
Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.
Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu
Jumlah air simen yang sesuai untuk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.
Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air
Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut : a) G15 (1:3:6) b) G20 (1:2:4) c) G25 (1:1.5:3) d) G30 (1:1:2)
Walau bagaimanapun untuk penambahan “safety factor” dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.
MW:Semoga perkongsian ilmu mengenai panduan bancuh simen untuk ikat bata, plaster, render dan konkrit ini bermanfaat. Jika nak cuba bertukang dan bancuh simen di rumah boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Ada cara mudah sebenarnya nak tukar duit syiling di kiosk dan wang dikreditkan terus ke akaun bank. Jika di rumah banyak kumpul duit syiling boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Tak perlu susah payah beratur di bank untuk urusan tukar duit syiling ni. Memang lebih mudah.
Perkongsian di Twitter Syed Akramin ini boleh dijadikan panduan;
Baru tahu sebenarnya kita boleh tukar wang syiling di kiosk MyPay, sudah tak perlu ke bank. Kiosk ini dibuka setiap hari dari 10am ke 7pm. Caranya pun sangat mudah, 5 minit selesai. Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Apa-apa bank pun boleh.
Selesai satu masalah .
Setakat ini ada 3 kiosk MyPay. Anda boleh pilih yang berdekatan dengan rumah anda. Semuanya dibuka setiap hari termasuk Ahad, jam 10am hingga 7pm kecuali di Berjaya Times Square sampai 8pm. Dulu kalau nak tukar wang syiling, kena pergi bank. Waktu urusan pula ikut waktu pejabat.
Cara nak guna servis MyPay ini amat mudah. Mula-mula cuma install apps MyPay. Masukkan nombor akaun bank. Apa-apa bank pun boleh. Wang syiling akan dikira menggunakan mesin dan akan dikreditkan ke akaun anda. Selesai!
Semoga Bermanfaat!
Baru tahu sebenarnya kita boleh tukar wang syiling di kiosk MyPay, sudah tak perlu ke bank. Kiosk ini dibuka setiap hari dari 10am ke 7pm. Caranya pun sangat mudah, 5 minit selesai. Wang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Apa-apa bank pun boleh.
Mingguan Wanita: Menarik perkongsian ini. Jadi jika banyak duit syling dekat rumah tu boleh tukar di kiosk MyPay, wang akan dikreditkan terus ke akaun bank. Memang mudah!
Setiap kali bercuti ke Cameron Highland mesti terbayangkan buah strawberi yang sedap, masam-masam manis.Buah strawberi sangat baik untuk kesihatan, kaya dengan antioksidan dan bagus diamalkan selalu.kalau nak beli di pasaraya boleh tahan juga harganya berbelas ringgit sekotak.
Sebenarnya mak-mak boleh tanam buah strawberi sendiri di beranda rumah. Jika selalu tanam tapi payah nak hidup pokok ni, rupanya kena pastikan semai benih local barulah senang tumbuh.
Boleh ikut tip dan cuba caranya yang dikongsikan oleh Asri Meris ini sebagai panduan.
“Cara paling mudah untuk buat benih strawberi.Boleh cuba sendiri di rumah.Sangat mudah. Make sure benih local (lowland breed) supaya senang tumbuh.”
Cara-Caranya:
1. Kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu.
2. Biarkan selama beberapa hari sampai ia betul betul kering. Saya tak jemur bawah panas, hanya dalam rumah.
3. Asingkan benih dari kulit perlahan-lahan. Sekiranya betul-betul kering, biji benih akan tanggal sendiri.
4. Tadaaa siap kumpul.
5. Selepas minggu ke 3 ni dah siap bercambah gitu. Saya hanya guna tanah hitam biasa yang ada jual kat nursery. Tapi saya tambah sikit campuran hampas sabut kelapa.
6. Sebaiknya tanam di balkoni,tak nak ‘direct sunlight’ tau.Cahaya matahari sehingga jam 11 pagi aja tau, dan siram air seminggu sekali aje. Hanya gunakan benih ‘local’ ya.
Info Ekstra!
Benih local (lowland breed) bermaksud strawberi tempatan yang ditanam di dalam negara, contohnya dari Cameron Highland dan bukannya yang jenis import dari luar negara.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...