Rupanya bila rebus pucuk ubi letak sedikit baking soda ia jadi lembut elok warnanya cantik kehijauan. Bukan apa pucuk ubi adakalanya ia tak berapa lembut malah warnanya juga tak cantik seperti lebam dan berbirat selepas direbus.

Pucuk Ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Malah banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman.

Boleh ikut cara rebus pucuk ubi lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.

Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.

Lagi Menarik: Nak Makan Pucuk Ubi, Petua Ini Elak Kena Serang Angin

Bahan-Bahan:

Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda

Cara Rebus Pucuk Ubi:

1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.

Rebus PUCUK UBI Letak ‘Baking Soda’, Elok Lembut, Warna Cantik Kehijauan!2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.

Rebus PUCUK UBI Letak ‘Baking Soda’, Elok Lembut, Warna Cantik Kehijauan!5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.

IKLAN

Rebus PUCUK UBI Letak ‘Baking Soda’, Elok Lembut, Warna Cantik Kehijauan!6.Kemudian toskan.

Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Artikel Menarik: Resipi Pucuk Ubi Goreng Crunchy Rizalman! Sedap Makan Dengan Nasi Panas

IKLAN

Mingguan Wanita: Begini rupanya cara rebus pucuk ubi elok cantik warna kehijauan tak berbirat lebam malah lembut dicicah dengan sambal belacan.

Mesti Baca: RENDANG PUCUK UBI 2 Jam Kacau Sampai Betul-Betul Kering, Patutlah Orang Jual Mahal!

Sumber: Abd Rahman Tayun

IKLAN

Benarkah perkahwinan satu taruhan? saksikan video ini.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke wanita yang berdikari tu ancaman bagi lelaki? Ikuti penjelasan ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI