Rupanya ada caranya untuk jadikan telur yang kita masak jadi sebiji-sebiji, terletak elok dalam kuah tak berterabur. Bukan apa bila kita masak sup telur, masak lemak atau apa sahaja menggunakan telur, jika salah tekniknya telur jadi pecah berterabur dalam kuah.
Ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Yatie Kitchenni, memang elok sungguh hasilnya.
Cuti 3 hari sampai Khamis, ada kerja sikit sebelum keluar masak untuk rumah dulu , Masak Lomak Cili Api Telor Itik untuk Dina. helok kan Telor Itik tu dalam periuk, meh nak kongsi tips macamana nak bagi telor sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah tu, sonang je.
Bahan-Bahan:
Cili Padi
Kunyit Hidup
2 Batang Serai
Asam Keping
1 Kotak Santan
Garam
Mushroom Seasoning
Telur Itik
1. Masak macam biasa, masuk cili padi dan kunyit hidup yang dikisar halus, masum dalam periuk, ketuk serai dan asam keping.
2. Agak-agak cili dah masak, masuk air ( lebihan air bilasan blender).
3. Mendidih je, masuk santan @adabi_consumer 1 kotak, perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.
Ads
4. Part ni penting, bila api dah menggelegak, tutup api atau perlahankan api. Saya tutup api, sebab bila api ada, bila masukkan telur dia akan berterabur, tak cantik.
5. Saya pecahkan telur dalam bekas dahulu, baru masuk telur tu dalam kuah tadi, satu persatu. Baru buka api semula (api paling perlahan ) sampai telur tu masak.
Gambar hiasan
6. Last masukkan daun kunyit carik-carik bagi wangi. Ikut suka tak nak letak pun tak apa.
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak masukkan telur dalam kuah boleh ikut tip mudah yang dikongsikan ini. Barulah telur jadi sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah, tak berterabur.
Tahukah anda, selain kulit bawang, kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Isi nanas kita makan, kulitnya kita jadikan baja. Menariknya, baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah.
Berikut dikongsikan ‘resipi’ baja organik menggunakan kulit nanas. Selepas ini bila makan buah nanas, pastikan jangan buang kulitnya. Kita gunakan sebaik mungkin untuk menyuburkan pokok tanaman.
DIY Baja Guna Kulit Nanas
Bahan-bahan:
1 kg kulit nanas
1 kg gula merah
1 botol yakult
Air hujan/air mineral
Pokok Tanaman Berbuah Lebat & Cantik
Cara-cara:
1. Kisar kulit nanas dengan air hujan atau mineral.
2. Larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit.
3. Peram bancuhan di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara.
4. Buang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. (kalau anda skip langkah ini, perapan boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang)
5. Lepas 2 minggu, tapis dan asingkan serdak.
6. Simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus.
Cara guna:
1. Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya.
2. Sembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Kalau tak sempat, boleh buat seminggu sekali. Jika ada pokok yang sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat.
INFO: Sebenarnya, semua buah yang manis sesuai dijadikan baja buah. Yang penting, kerajinan. Sayang kalau dibuang.
Buah lemon dan madu asli memang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Perahan buah lemon yang kaya dengan vitamin C boleh dinikmati dengan campuran air suam, dicampur dalam teh atau boleh juga dicampur dengan sedikit madu untuk dijadikan ubat batuk semulajadi. Memang macam-macam kegunaannya. Lebih mudah jika kita buat sendiri stok pati lemon madu ini. Buat dalam kuantiti yang banyak, bila nak minum dah sedia ada.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Siti Hasnah AR sebagai rujukan.
Lemon madu buat stok, lagi lama simpan lagi sedap. Boleh makan dengan buahnya sekali. Rasa pahit? TIDAK sama sekali.
Yang ni betul-betul pati ya. Nak makan/minum kena tambah air!. Nak buat untuk ubat batuk pun boleh ataupun campur dalam teh, jadi teh lemon.
Bahan-Bahan Diperlukan:
6 Biji Lemon
Garam
1 senduk gula perang
300ml madu asli
secubit garam
Halia *optional
Cara Membuat:
1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit
2. Kemudian bilas, basuh bersih, potong nipis dan buang biji.
3. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah taruk. Tapi halia bagus.
4. Masukkan pula gula perang, madu asli dan secubit garam. Jangan tambah air. 5. Gaul sampai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup.
6. Dah sebati boleh lah masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Esoknya boleh guna.
Saya minum sehari sekali sebelum tidur untuk kurangkan kolestrol.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika nak buat pati lemon madu yang tak pahit, boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Bila dah buat stok mudah, boleh minum bila-bila masa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Sebenarnya walaupun dah bertahun-tahun berkahwin, pasangan suami isteri perlu cari waktu, luangkan masa berdua-duaan bersama-sama. Terutamanya hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan.
Tak kiralah bagaimana caranya pun sama ada keluar makan berdua, tengok wayang, jalan-jalan, mahupun sekadar berbual-bual mesra sebelum tidur. Namun jika ada bajet lebih, jadikan percutian bulan madu satu kewajipan diantara suami isteri setiap tahun dan wajib pergi berdua tanpa kehadiran anak-anak. Amalan ini mampu menyuburkan ikatan kasih sayang, cinta dan hubungan suami isteri.
Ingin merencana percutian bulan madu yang manis untuk dikenang pastinya perlu ada perancangan yang teliti.Pengalaman 30 tahun berkahwin dan merancang percutian bulan madu setiap tahun, Puan Mona Din yang merupakan seorang ikon usahawan wanita negara yang pernah mengendalikan lima perniagaan utama bersama suami sejak tahun 2004, iaitu Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, Butik Women of Jannah, dan KL International Hijab Fair (KLIHF) berbesar hati berkongsi tip percutian bulan madu untuk panduan bersama.
TIPS PERCUTIAN HONEYMOON / ANNIVERSARY TRIP
Alhamdulillah, asbab sejak kahwin 30 tahun yang dulu, saya & mr hubby telah merancang setiap tahun masa wedding anniversary kami wajib pergi bercuti berdua, tak kisahlah dalam atau luar negara dan Alhamdulillah semua impian tersebut betul-betul telah dapat dilaksana..maka sukalah saya nak share tips how to make a memorable honeymoon, untuk panduan semua.
1.Rancang 6 Bulan Awal
6 months before anniversary, mula buat planning. Tengok budget ada berapa. Kalau ada duit, boleh honeymoon ke luar negara. Kalau budget ciput, cukup bercuti dalam Malaysia saja.
2. Honeymoon Mesti Berdua
Belajar tinggalkan anak-anak sekejap, at least satu malam.
Kalau terpaksa bayar orang untuk jaga, bayarlah.
3. Pilih Hotel Ada Privasi
Pilih hotel yang kecil comel, ada privasi, yang bukan tumpuan ramai macam Hardrock hotel, sebab semak untuk honeymoon kalau suasana terlebih meriah, hilang nikmat syahdu suasana tenang.
Kalau boleh, cari boutique hotel, yang agak sunyi & private, dan mesti yang ada bath tub dalam bilik.
4. Pilihan Tempat
The best place for honeymoon, adalah samada di tepi laut, atau di pinggir tasik, atau di atas bukit, yang bercuaca sejuk.
5. Dekorasi ‘Honeymoon’ Di Bilik
Masa booking hotel, maklumkan yang kita datang for honeymoon.
Minta ( insist ) depa sediakan sepotong kek yang bertulis happy anniversary, katil yang ada angsa sepasang ( ni deco paling common semua hotel buat for tempahan honeymoon), minta petal roses di tabur di katil & bath tub.
Ni semua wajib ada. Cakap kalau depa tak boleh buat free, tell them we will pay. (Tapi selalunya dapat free je).
Kalau kita pi overseas, contoh 3 malam, kalau boleh tiap-tiap malam booking tidur hotel berbeza. Dan di setiap hotel, request perkara yang sama di sediakan, seperti di atas. (Jadi kita akan dapat mood honeymoon yang berterusan sepanjang percutian. Juga dengan cara ni, kita dapat rasa pengalaman yang berbeza di hotel yang berbeza.. best sangat tau).
6.’Booking’ Candle Light Dinner
Sebaik check-in, terus buat booking siap-siap untuk candle light untuk dinner malam tu.
Minta diaorang tunjukkan / cadangkan few lokasi romantis yang terbaik di hotel, then kita decide kat mana kita nak. Bila dah decide tempat, minta menu, pilih & order siap-siap juadah apa kita nak makan malam nanti.
Bagitau depa tepat jam 8 mlm kita akan turun.
Masa tu meja, lilin, bunga, sepotong kek & food yang di order mesti dah siap tersedia.
So, dressup lawa-lawa sikit, both pakai putih ke, enjoy your romantis candle light dinner ..!
7. ‘Private Breakfast’
Malam tu juga ( or masa check-in ), inform them you wanna have private breakfast, tak nak buffet, request for ala carte, samada dalam bilik ( kalau bilik cantik la), atau somewhere privacy macam kat terrace tepi pool, sebab you datang honeymoon / anniversary, selalu hotel akan layan je.
8. Berendam Dalam Bathtub Berdua
Sebelum / selepas dinner, kalau bilik ada bathtub, berendam berdua dalam hot water, best intimate moment, inshaAllah.
9. Buat ‘Treatment’ Sama-Sama
Esok after breakfast, jalan-jalan dalam compound hotel,
pi spa, buat any treatment sama-sama, busuk-busuk pun buat massage for two, request bilik yang sama massage bed next to each other.
10. Nikmati Masa Berdua
Masa bcuti honeymoon / anniversary, jangan sibuk hal-hal shopping. Jangan buat macam pi tour berkejar ke sana ke mari & balik hotel hanya dah malam. Ingat, kita bukan datang melancong, tapi kita datang nak bercuti berbulan madu.
Konsep bercuti mesti santai, mesti banyak berehat menikmati keindahan alam cara penuh rilex, berdua-duaan tanpa bekejar ke sana kemari.
11.Pilih Tempat Romantis
Kalau mahu pergi sightseeing, pilih only few places yang romantis, kalau boleh setiap tempat yang disinggahi ada cafe, cuba cari masa duduk minum-minum teh & kongsi sepotong kek, sambil menikmati keindahan dan keistimewaan tempat itu.
12. Upah Pemandu
Kalau boleh juga, hire kereta yang ada driver, yang kita boleh duduk bersandar di belakang berpegangan tangan, yang boleh bawa kita berdua melawat area-area yang kita sendiri decide to visit & to stay sana berapa lama kita suka, so tak payah cepat-cepat mengejar masa yang akhirnya mungkin boleh hilang keseronokan berhoneymoon.
13. Lokasi Dekat
Tempat untuk honeymoon / anniversary, kalau boleh tak payah jauh-jauh sangat, sebab long hours dalam flight & transit, akan sangat meletihkan, kecuali kalau percutian anda lama, more than a week, then ok. Tapi kalau tempoh singkat, hanya 2-3 malam, cukuplah tempat yang 2-3 jam dalam flight, tak buang masa.
Indonesia Destinasi Berbulan Madu Terbaik
The best place to honeymoon, pada pendapat peribadi saya, adalah Indonesia!! Ini kerana, negaranya sangat besar, sangat banyak places yang boleh kita pilih untuk pergi.
Selain itu, resort-resort eksklusif di sana, tersangat banyak! Kadang-kadang boutique hotel yang kecil pun dah sangat cantik, serta menyediakan layanan peribadi yang sangat eksklusif, tanpa kos yang mahal.
Begitu juga, lenggok melodi bahasanya seperti “ Silakan ibu, silakan bapa..” sudah cukup untuk kita merasakan seperti layanan 5 bintang.
Selain itu, mudah mendapat halal food. Citarasa mereka sangat hampir dengan citarasa kita. Kerana itu, kita boleh enjoy masa-masa berhoneymoon dengan menikmati sajian-sajian yang berhidang cantik, dan lazat. Ini dapat mnambah rasa bahagia kala berbulan madu.
Setiap tahun, tukar tempat honeymoon.Saya dulu bermula dengan Medan, kemudian Padang, kemudian Bandung, kemudian Phuket, kemudian Bali, kemudian Jogja, kemudian Surabaya, kemudian Bali semula.
Sepuluh tahun pertama, saya hanya bhoneymoon negara-negara jiran terdekat saja. Bila dah makin lama, jika ada rezeki lebih, baru bercuti semakin jauh, dan semakin lebih tempoh masa.
My favorite honeymoon places, Bali, Bandung & Jogja. Jangan menginap dalam bandar, ambil hotel-hotel yang outcircuit sikit, sebab hotel di sana sangat banyak, semua best-best, semua has its own aura & persona, tak pernah jemu pergi lagi & lagi.
Itu antara pengalaman saya.
Semoga bermanfaat buat yang mahu mencubanya.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tip percutian bulan madu ini bermanfaat bagi pasangan yang ingin pergi berbulan madu. Bahagia kita yang cipta. Paling penting kena cari masa dan luangkan waktu berdua, tanpa anak-anak untuk mengeratkan lagi hubungan diantara suami isteri.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...