Memang agak pelik bila lihat tanaman susah berbunga dan ada juga pokok yang tak berbuah. Walhal, tanaman ini sudah lama membesar, tapi ia tetap sama dan tak mengeluarkan hasil.
Jenuh jugalah mak-mak letak baja dan aneka campuran bahan untuk pokok mmbesar, berbunga atau berbuah. Hasilnya agak hampa.
Jadi, ada cara yang boleh mak-mak cuba untuk pastikan tanaman dan pokok berbunga serta berbuah. Melalui perkongsian Remy Soid, dia menggunakan teknik ‘sunat’ pokok agar ia membuahkan hasil.
Boleh cuba cara dia lakukan. Moga ia memberi manfaat dan membantu mak-mak di luar sana.
Musim hujan-hujan ni memang perut selalu lapar dan minta diisi. Jika nak buat sarapan atau minum petang yang mudah, mak-mak boleh cuba resipi Roti Telur Sardin viral yang sedap ni. Hanya guna 6 bahan utama je dan cukup mudah disediakan dan pastinya sedap terutamanya bila makan panas-panas.
Berikut perkongsian resipi oleh Nur Aisya sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
Sardin
3 biji telur
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Daun sup
Bawang merah (hiris)
Cili merah (hiris)
Telur
Roti Potong
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2.Celup roti dalam bancuhan telur, kemudian goreng dengan sedikit minyak.Goreng sehingga kekuningan.
Siap!
Info Ekstra!
Sardin tu, nak goreng dulu baru hancurkan pun boleh. Terus masukkan mentah pun boleh.
Makan dengan mayonis dan sos cili lebih sedap!
Semoga bermanfaat!
Mak-mak boleh lah cuba buat resipi roti sardin telur ini sendiri di rumah iya. Cukup mudah nak disediakan, anak-anak pun mesti suka!
Perkara pertama bila berlakunya banjir, selain selamatkan diri, sudah tentulah barang berharga. Bukan saja keperluan rumah tapi juga kenderaan yang kita naiki hari-hari.
Bagi kawasan yang biasa dinaiki air, mungkin akan ‘standby’ bila-bila masa untuk langkah berjaga-jaga dan sedaya upaya untuk selamatkan barang keperluan yang penting.
Paling menyedihkan bila berlaku banjir tentulah kenderaan yang digunakan setiap hari. Sebab kita tak tahu, bila sekali dimasuki air, nak baiki memang banyak kosnya.
Kali ini, ada tip yang boleh kita semua ambil tahu untuk selamatkan kenderaan daripada ditenggelami banjir.
Tip Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir
Sebelum Tenggelam
1. Jika kenderaan anda tidak boleh dibawa ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kereta masih belum ditenggelami air, anda bolehlah menyumbat lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Sebagai contoh, menutupnya menggunakan plastik.
2. Cabut terminal bateri kereta kerana anda tidak tahu berapa lama kenderaan tersebut akan dibiarkan tanpa dihidupkan sementara menunggu banjir surut.
3. Selamatkan barang-barang penting terutamanya yang mudah rosak akibat terkena air. Kalau boleh, selamatkan semua barang yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa tetapi air yang datang bersama lumpur.
Ketika Tenggelam
1. Jangan hidupkan enjin kenderaan yang sedang ditenggelami banjir terutama sekali apabila air banjir sudah menutupi ekzos kenderaan dan bahagian enjin. Elakkan juga dari memandu meredah banjir. Ingat tu!
Selepas Surut Banjir
1. Selepas banjir surut, jangan terburu-buru hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, JANGAN HIDUPKAN ENJIN!
2. Hubungi lori tunda untuk menunda kereta ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission kemungkinan rosak. Boleh jadi rosak teruk atau sedikit. Walau bagaimanapun, enjin tidak perlu overhaul, hanya flush minyak enjin beberapa kali. Sekali lagi diingatkan jangan hidupkan enjin ketika banjir. Enjin akan mengalami kerosakan lebih parah!
3. Jika sistem transmisi jenis manual, maka prosesnya lebih kurang sama seperti enjin tadi. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Ikuti nasihat mekanik. Mungkin perlu flush tiga hingga lima kali atau lebih.
Namun jikalau sistem transmisi jenis auto, anda mungkin mempunyai masalah besar. Kemungkinan perlu overhaul atau lebih teruk dari itu, ia tidak dapat diselamatkan lagi. Anda mungkin terpaksa tukar gear box baru dan lain-lain. Harap-harap tidaklah sampai macam tu
4. Sistem elektronik boleh diselamatkan jika bernasib baik. Namun harus menunggu dalam masa yang agak panjang untuk lihat kesannya.
5. Kusyen kereta seperti biasa akan berbau busuk dan kotor akibat lumpur. Anda tiada jalan lain selain mencucinya sendiri atau mengupah orang untuk mencucinya. Kadangkala pihak bengkel ada menawarkan khidmat mencuci kenderaan akibat banjir, namun kosnya agak mahal kerana mereka terpaksa membuka sarung kusyen kereta dan mencuci dengan teliti.
Selepas siap dicuci, tidak dijamin juga bau lumpur dan kotoran akan hilang dengan serta merta. Tapi lama kelamaan akan beransur baik. Semburlah Febreeze dan letak Ambi Pur banyak-banyak ye!
Mengenai kos pembaikan kereta, ia adalah subjektif kerana bergantung kepada keadaan enjin sama ada boleh dihidupkan atau tidak. Kos pembaikan akan menjadi tinggi jika komponen enjin banyak yang rosak.
Yang paling penting, pilihlah bengkel yang boleh dipercayai dan bukan jenis cekik darah!
Mingguan Wanita: Sedihnya bila tengok banyak kenderaan yang ditenggelami air. Nanti bolehlah guna tip ini untuk elak banyak komponen enjin banyak rosak.
Petua Mudahkan Urusan ‘Kerja’ Di Rumah, Guna Barang Yang Sedia Ada Je
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang ini, kita guna sahaja apa yang ada di rumah. Selain dapat memudahkan tugasan, ianya juga dapat memastikan hasil kerja lebih efektif.
Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah.
HILANGKAN BAU MASAKAN DI RUMAH
Berikut tip untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada ‘kitchen hood.’Selepas memasak tumis-tumis, memang akan bau satu rumah. Selepas mengemas dapur, boleh cuba rebus beberapa bahan ini untuk menghilangkan bau masakan di dalam rumah.
BAHAN-BAHAN:
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
CARA-CARA:
1.Rebus ke semua bahan dalam 10 hingga 15 minit.
2.Gunakan api yang kuat. Tujuannya ialah supaya wap naik ke seluruh rumah.
3.Apabila semua bahan telah masak, tutup api. Sejukkan selama satu malam.
4.Air rebusan itu bolehlah ditapis kemudian dimasukkan ke dalam botol spray. Bolehlah spray satu rumah.
Hilangkan semut dengan cara guna bahan semula jadi. Selepas guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula iaitu dengan menggunakan stoking lama dan juga penyembur halau serangga.
BAHAN-BAHAN:
Stoking lama
Ridsect atau Baygon
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dah tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.
Ramai yang masih bekum tahu cara-cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. Sebab itulah ramai yang malas hendak memasak siput sedut. Jika tidak kena dengan caranya, siput mungkin akan terasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membersihkan siput sedut sebelum dimasak. Paling penting kena sediakan kelapa parut.
1. Beli siput ini petang, bawa balik masukkan dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman (santannya simpan utk masak gulai nanti). Siput ni tak perlu basuh dulu pun.
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2. Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Tindih dengan lesung batu. Kalau tak, siput boleh merayap sampai satu rumah.
3.Esoknya sebelum cuci, kerat hujung ‘bontot’ siput tapi jangan pendek sangat, takut susah nak sedut. Boleh guna cutter.
4. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Boleh juga guna sental dengan menggunakan span cuci pinggan. Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak.
Periuk yang rentung dan berkerak boleh membuatkan mood memasak bakal ‘ke laut.’ Macam biasa, kaum wanita bila di dapur, tangan sudah macam ‘sotong.’ Dalam satu masa kalau boleh macam-macam kerja nak dibuat.
Dalam pada banyak-banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, mungkin akan terlupa masakan yang dimasak di atas dapur hingga rentung dan berasap. Jika periuk murah tidak mengapalah juga tapi kalau periuk mahal, memang terasa ralatnya.
Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
BAHAN-BAHAN:
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
CARA-CARA:
Mula-mula panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja sudah berkilat semula.
4. Inilah hasilnya.
Moga petua-petua ini membantu anda memudahkan dan melancarkan tugas-tugas di dapur.
Isteri langgar pelajar UiTM alami halusinasi lepas keguguguran anak, suami minta amaf atas tragedi. Kejadian tiga pelajar UiTM meninggal akibat diganggu wanita mengalami masalah...