Makan sayur kangkung, masak bening, masak kicap dan masukkan dalam mihun goreng memang sedap. Nak makan, kenalah beli kat pasar. Tapi beruntungnya bila kita tanam kangkung sendiri, boleh petik sahaja.
Sebenarnya, nak tanam kangkung tak susah dan ia antara sayuran yang senang nak tumbuh. Kalau kat kampung memang mudah untuk tanam dan kadang-kadang terlalu banyak dibiarkan sahaja kangkung itu.
Bagi mak-mak yang duduk di bandar dan bila teringin makan hanya beli sahaja. Apa kata cuba tanam sendiri kangkung terutamanya kangkung paya atau dipanggil kangkung kampung.
Perkongsian daripada Fatiman Naamat ini boleh dijadikan panduan dan lepas ni tak perlulah nak beli lagi, petik je dalam pasu dan boleh sediakan dengan aneka masakan.
Ads
Kangkung paya atau dikenali dengan kangkung kampung. Memang tumbuh liar di kawasan paya atau mana-mana hutan. Kalau nak beli pun selalu orang akan jual seikat RM2, boleh tahan harganya.
Jadi, daripada asyik beli setiap minggu, saya cuba tanam sendiri. Jimat belanja. Lagipun, kalau nak makan, petik sahaja.
Cara Tanam
1. Masa beli tu, ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk pada bahagian atas sekali dan batang dia. Ada pucuk pokok akan cepat tumbuh. Kalau terpotong pucuknya pun takpe.
Potong daunnya dan biarkan tumbuh semula. Nanti kita potong lagi..
2. Rendam dalam masa dua atau tiga hari untuk bagi akar keluar. Kadang-kadang boleh rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.Rendam dulu batang kangkung utk 2 atau 3 hari. Nanti akan tumbuh akar camtu..
Ads
3. Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau takde pasir pun takpe sebab kangkung nak air banyak.
4. Boleh juga tanam dalam air bertakung. Tim buat macam no 3 cuma tak tebuk lubang. Kiranya ada sepasu ada lubang. Ada sepasu lagi takde lubang. Cuma Tim rasa pasu yang ada lubang pokoknya lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
Tanam dalam tanah, pasir, kompos. Yang ni buat ada lubang bawah dia..
5. Tanam di tempat redup untuk 2 minggu. Kemudian pindahkan ke tempat panas. Tengok daunnya lecur ke tak bila kena panas. Kalau kelihatan layu atau lecur pindah balik tempat redup.Jenis kangkung yang lain. Tanam dalam bekas bertakung..
6. Boleh dah tuai lepas 4 minggu. Kemudian tuai lagi lepas 2 minggu. Atau tuai bebila nak. Batang pucuk yang potong tu boleh ditanam semula.
Ads
Boleh juga buat cara air bertakung. Cuma make sure nyamuk tak buat sarang la..
Kalau simpan pucuk dia, pokok akan tumbuh cepat. Namun kalau terpotong pucuk atas, it is okay. Pucuk baru akan tumbuh gak. Cuma lambat sikit..
Kangkung paya dah ready untuk di makan..
Kangkung ready untuk dimakan..
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanam lah banyak-banyak. Tim pun nak tanam lagi beberapa pasu. Supaya stok sentiasa banyak.
MW: Ingatkan kangkung perlukan tempat air yang banyak. Dalam pasu pun boleh. Bolehlah buat stok dan petik je kalau nak makan. Sihat pun sihat.
Semenjak kerajaan membenarkan aktiviti riadah dan rekreasi, ramai yang bertumpu di kawasan pantai, sungai, taman mahupun air terjun untuk berkelah bersama keluarga tersayang. Namun memang risau bila pergi berkhemah atau ‘camping’ di kawasan air terjun mahupun anak sungai.
Bukan apa memandangkan sekarang musim hujan kejadian ‘kepala air’ mungkin boleh berlaku. Sebenarnya kita perlu ambil tahu dan kenalpasti ada 3 jenis ‘kepala air’ bagi mengelakkan tragedi meragut nyawa dan kejadian yang tidak diingini terjadi. Sekaligus lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dan memilih lokasi perkelahan.
Baca perkongsian bagi mengenalpasti ‘Kepala Air’ daripada Iqbal Halim ini sebagai panduan.
Ramai yang risau nak camping di kawasan air terjun kerana takut dengan kejadian kepala air terutama kaum perempuan la.Jadi kat sini nak share sikit ilmu tak seberapa ni.Saya pernah merasai pengalaman ini sendiri sewaktu berkelah di Batu Hampar, Yan.
Kepala air terbahagi kepada 3 jenis.
1.Kepala Air Yang Boleh Dijangka
Contoh sewaktu kita camping, kawasan situ tengah hujan lebat.Sewaktu tu arus sungai kita boleh nampak lebih deras daripada biasa.Jadi waktu macam ni tak payah la pi mandi kat sungai, mandi air hujan jek sudah le.
2.Kepala Air Yang Ada Tanda
Kadang-kadang kawasan kita camping tak hujan pun, cerah saja tapi sebenarnya di kawasan atas bukit atau gunung tengah hujan lebat. Antara tanda-tanda nak jadi kepala air macam ni:
a-Akan datang buih putih.
b-Selepas buih datang daun-daun pokok.
c-Kemudian datang ranting kayu
d-Lepas tu air jadi amat keruh
e-Akhirnya baru datang kepala air bersama dahan pokok mati dan sampah.
Pengalaman ini saya rasai di Batu Hampar Yan. Kami baru saja turun untuk mandi, kemudian datang tanda-tanda kat atas. Ada adik yang baru sekolah menengah tak mau naik pasal baru saja turun.Tak puas mandi la katakan, lepas kena marah kaw-kaw baru terhegeh-hegeh nak naik. Sekali datang kepala air baru dia pucat lesi. Kalau dia tak dengar cakap kompom mati pasal dia bukan tahu berenang pun.
3.Kepala Air Yang Tidak Dijangka
Benda ni jadi bila ada tanah runtuh yang menutup laluan air sehingga terjadi empangan sementara. Air mula bertakung dan akhirnya bila empangan pecah terus datang kepala air yang turun dengan laju dan secara tiba-tiba. Tapi benda ni jarang sangat nak jadi.
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara untuk kenalpasti ‘Kepala Air’. Jadi jika ada perancangan untuk pergi berkelah atau berkhemah di air terjun mahupun anak sungai, lebih berhati-hati dengan keselamatan diri dengan perhatikan tanda-tanda ini iya. Semoga dapat mengelakkan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini.
Pokok pisang banyak kegunaannya. Baik dari segi daun, buah, batang, umbut, jantung dan sebagainya.Nak tanam pokok pisang pun ada caranya tersendiri, agar pokok hidup subur, daunnya sihat dan berbuah lebat. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Pengurus Ladang pisang yang menjaga Ladang Pisang seluas 65 ekar di Johor.
Antara tip tanam pokok pisang ialah:
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah yang besar dan berat yang maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
Lagi Info Berkaitan Cara Tanam Pokok Pisang
Pembajaan :
Mula menanam – letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam
Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15
Setelah umur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2
Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
Merumput :
Gunakan baja sentuh ICI atau BASTA. JANGAN gunakan racun serap. Pokok tidak perlu ditajak untuk merumput memadai hanya meracun sahaja. Tanah juga tidak perlu digemburkan di keliling pokok utk elakkan pokok tumbang. Untuk meracun bancuhan adalah 70ml bagi 18 liter air. Pasikan bancuhan dikacau hingga sebati sebelum digunakan bagi mendapatkan kesan ynag maksimum.
Penyakit :
Jika daun pisang berkarat kuning atau batang pisang berbintik-bintik hitam dan berlendir akibat serangan kulat sembur dengan bancuhan kapur seluruh pokok hingga pokok menjadi putih.
Memetik Buah :
Buah boleh dipetik apabila 2-3 daun telah layu atau kering.
Rupanya dengan menggunakan sudu penyukat antara tip cara cepat untuk gentel jem nenas supaya tak melekat-lekat di tangan.Malah ikut tip ni, sukatan elok semua sama, tart pun cantik nanti tak terkurang atau terlebih inti.
Bukan apa, setiap kali tibanya musim raya kuih tart nenas memang menjadi pilihan ramai. Buat sendiri tart nenas ni lebih jimat, puas hati dan berbaloi. Tapi bab renyahnya bila nak gentel jem nenas satu persatu sebelum diletakkan pada doh. Memang makan masa nak menggentelnya.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh puan Qhaira Afiahini sebagai rujukan;
Saya kongsikan sedikit cara cepat untuk gentel jem nenas tanpa melekat pada tangan.
Menu mudah yang sedap. Ramadan semakin mendekati puncaknya. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkahan!Berbuka puasa hari ke-16, mak-mak nak masak menu apa tu? Jom...