Siapa sangka dengan bajet bawah RM1000, dekorasi dalaman rumah flat 2 bilik yang terletak di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini mampu ‘setanding’ dekorasi kediaman lebih ‘mahal’ lain.

Lelaki yang menggunakan akaun Facebook Muhd Faddie ini berharap dekorasi bajetnya dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai impian untuk tinggal di dalam kediaman yang menepati citarasa sendiri.

“Saya berharap dapat memberi lebih banyak inspirasi kepada orang di luar sana bahawa lelaki bujang juga boleh ada rumah sendiri yang selesa. Saya juga mahu supaya orang luar lebih bekerja keras untuk mencapai apa yang diimpikan meski bukanlah dari keluarga yang serba berada dan mewah.Tapi usaha yang gigih, pasti akan dapat mencapai keinginan itu.”

Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Ruang tamu rumah sebelum dihias
Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Ruang tamu rumah selepas mendapat sentuhan pemilik

Muhd Faddie atau nama sebenarnya Sufriadi Sarifi berkata tempoh ubah suai kediamannya mengambil masa lebih kurang 3 bulan.

“Untuk cat, tidak sampai seminggu. Manakala untuk beli barang, beli sikit-sikit sahaja tiap bulan. Saya kena kumpul duit dulu dan cari mana yang sesuai dengan tema rumah.
Lagi pun saya bujang. Semua kena keluar duit poket sendiri. Nak beli sekali gus tu susah sikit. So setiap bulan saya akan spend 2-3 cabinet atau hiasan untuk cantikkan rumah. Dalam masa 3 bulan complete yang basic punya.

“Barang semua beli banyak yang terpakai. Beli dari carousel, Ikea, Kaison, Shopee. Ada juga diy sendiri je.”

Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Guna barang dekorasi yang dibeli secara murah
Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Ambil masa 3 bulan untuk cantikkan rumah sepenuhnya

Murah Tapi Berbaloi

Lelaki berusia 29 tahun ini berkata biar murah barang yang digunakan asalkan sesuai dengan tema rumahnya.

“Dengan bajet 1k, beli barang keperluan dengan harga yang paling minimum mungkin tapi berbaloi, biar murah, tapi tampak elegannya.

“Saya pun bukan kerja berjawatan tinggi. Kerja sebagai promoter biasa, dengan gaji bulanan 2000 ke bawah.

“Bukan semua saya boleh spend duit gaji untuk cantikkan rumah. Saya kena hulur kat parents, utilities and so on.”

Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Tidak lupa juga dekorasi di ruang makan
Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Ruang dapur sebelum dihias semula
Lelaki Bujang Ini Buktikan Bajet 1K, Dekorasi Flat 2 Bilik Tampak Elegan!
Tersusun barang-barang di dapur selepas ruang dapur dihias semula

Jangan Membazir

Jika ada yang ingin cuba menghias dan menyusun atur dekorasi dalaman rumah, ini tip yang dikongsi Sufriadi.

“Pada saya, apa yang perlu adalah jangan membazir, beli ikut bajet dan keperluan. Yang penting kena beli barang ikut kesesuaian rumah. Tak kisah kalau kita beli barang terpakai, asalkan kita tahu camne nak bagi kehidupan baru pada sesebuah perabot.

“Mungkin kita boleh diy, tukar warna, supaya ia kelihatan baru semula. Tip saya adalah kita kena tahu tema apa yang kita mahukan. Dari segi warna perabot, cat dinding, dan aksesori. Pastikan semua tampak selari.

Penggunaan ruang sangat penting, kita mesti nakkan rumah yang nampak luas walaupun hakikatnya kecil. Tapi kselesaan itu amat penting. Konsep rumah yang kita nak juga haruslah sepadan dengan kehendak.”

Sumber: Muhd Faddie

Baca lagi di sini:

Siti Fairuz Bijak Dekorasi Rumah, Sesuai Dengan Tiga Anak Lelakinya Sedang Membesar & Lasak

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI