Setiap pokok memerlukan baja untuk hidup lebih subur.Buat mak-mak yang suka berkebun, jika nak pokok gemuk-gemuk,daunnya banyak dan berbuah boleh cuba guna jenis baja-baja yang dikongsikan ini. Sangat berkesan, mudah dan jimat pula tu.

Perkongsian daripada Puan Lidya Izzati ini boleh dijadikan panduan;

“Hari ni Kekya nak share 8 jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua 8 jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Takpaa, cuba petua 8 jenis baja ni. Insya Allah sukses pokoknya. Selamat mencuba!”

1. Siram Air Ajinomoto

Pernah sekali kekya cuba petua siram dengan air ajinomoto. Sekali kekya tengok daun kari keluar besor-besor daunnya. Siap ada buah kari lagi.

Sukatan untuk baja air ajinamoto. Satu paket kecil ajinamoto 33g lepas tu kekya campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. Insya Allah menjadi.

Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut. Semua kekya siram air ajinamoto ni.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

2. Air Basuhan Beras

Jangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan tuu. Esok pagi boleh siram pokok atau pagi simpan dulu. Petang dah boleh siram. Nak peram satu hari pun boleh. Takda masalah.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

3. Baja Campuran Sisa Bawang, Telur, Nasi Basi

Baja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari. Esoknya siram dekat pokok. Ada orang kulit kentang, kulit buah dan macam-macam segala kulit diaorang rendam dan peram tapi baunya kekya tak boleh go lahh. Busuk yakmatt tapi pokok takyah citer memang gemok.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

IKLAN

4. Kulit Telur

Kalau kekya takda stock kulit bawang semua tu. Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya kekya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau. Kekya jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu kekya tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah

Kadang-kadang nasi yang tak habis kekya masukkan ke dalam botol kemudian biarkan selama 7 hari. Lepas kekya tapis dan sembur dekat pokok. Memang menjadi. Pokok jadi subur. Sembur dekat pokok limau purut, limau kasturi, limau nipis dan lemon.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

5. Baja Roti Tamat Tempoh

Kekya buat juga baja roti yang dah expired. Roti amik dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil rotinya dan rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah. Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya kena buka untuk buang gas tau. Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.

Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.

Tak lama tu pokok limau purut kekya pun keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut. Sebab tu jaa pokok kekya ada masa tuu. Elok ja berbuah.

IKLAN

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

6.Baja Tahi Ayam

Baja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok.

Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian.

Pokok kari memang suka air dan baja tahi ayam yang belum proses sebulan sekali kekya akan bagi baja ni. Kadang-kadang 2 minggu sekali.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

IKLAN

7. Baja Kopi

Ada juga tanam sayur guna baja tinja haiwan dan baja kopi. Kekya perasan sayur-sayur ni suka bila letak baja organik tinja haiwan process atau baja kopi. Baja kopi juga sesuai letak dekat pokok limau kasturi, limau nipis dan kedondong. Orang kita panggil Baja kopi tapi nama betulnya baja kopi ialah npk 888. Boleh beli dekat eco 2 ringgit atau nursery.

Pokok kobis, pokok terung, pokok bendi, bayam brazil, pokok kacang botol, pokok sawi, pokok kangkung, pokok tomato dan petola. Kekya gunakan baja AB. Boleh beli dekat online shopee. Guna kaedah siraman fertigasi.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

8. Baja AB

Kekya guna baja AB yang dah jadi cecair. Korang boleh beli serbuk baja AB. Balik rumah larutkan jadikan cecair boleh dapat 10 liter pati baja AB. Ada juga jual baja AB yang sudah siap dibancuh tapi rugi beli yang sudah siap dibancuh. Biasa kalau beli baja AB dia dah siap tulis sukatan bancuhannya. Boleh juga tanam sayur guna kaedah hydroponic bagi yang tiada tanah.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

Extra Tips

  • Biasanya kalau kita beli anak pokok Limau kasturi mesti siap ada yang berbuah lagi. Bila ada buah. Kita akan tertarik untuk membelinya tapi kita silap bila kita tanam. Lama kelamaan daunnya mula takda tinggal buah sahaja. Jadi pastikan bila tanam dalam pasu atau atas tanah kena buang semua buahnya tujuan untuk bagi pokok fokus kepada pembesaran pokok dan daunnya bukan buahnya
  • Kena rajin-rajin cantas dahan atau daun yang rosak supaya pokok keluarkan tunas yang baru.

Racun sayur kekya sembur yang organik. Kadang-kadang kekya guna juga ubat serangga brogard dan ubat cuka kayu. Bagus untuk halang serangga. Ada jual kat shopee. Kekya sembur ubat serangga ni pakai spray 2 minggu sekali.

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja Ini

Baca lagi Di Sini: Mona Din Kongsi Cara Buat Sendiri Baja Home Made Suburkan Tanaman, Guna Bahan Dapur!

Sumber: Lidya Izzati

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI