Semua rumah tentunya mempunyai aircond. Maklum sahaja dengan cuaca yang tidak menentu dan lebih-lebih lagi rumah batu. Habanya waktu malam, hangat betul. Jangan hanya pandai guna dan pasang saja tanpa membersihnya.

Biasanya untuk bersihkan aircond perlu dalam tempoh 6 bulan. Jadi, kalau ada rasa aircond tak sejuk dan suhu bilik, hanya keluar angin sahaja. Itu maknanya, aircond anda perlu dibersihkan atau gas sudah habiis. Nak tak nak kenalah panggil tukang aircond.

Sebenarnya, kalau nak jimat tak perlu panggil orang untuk bersihkan sebab, kita sendiri boleh bersihkan. Kalau minta orang bersihkan dah tentu-tentu dalam tangan perlu sediakan duit dalam RM150 untuk upahnya.

Jadi, apa kata bersihkan sendiri seperti yang dikongsikan oleh Susun Atur Sioca. Mungkin boleh membantu anda.

Baca di sini: DIY Almari Tiga Tingkat Edisi Anak Ramai, Kukuh Jimat Kos

4 Hari Siapkan DIY ‘Accent Wall Lawa, Bajet Kurang RM200!

INFO LEBIH LANJUT DI SINI

Cara Bersihkan Aircond Sendiri

1. Tutup suis aircond.
2. Cabut filter, flipper, dan casing (rujuk gambar).

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiGuna aircond cleaner seperti ini.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiInilah flipper (tak sure nama sebenar tapi yang boleh swing tu).

IKLAN

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSebelum cabut casing, buka skru belah kanan.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSkru belah kiri.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiCabut filter (biasanya orang bersihkan ni je, sebenarnya kena cabut casing semua kalau nak deep cleaning).

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiCabut casing (kena hati-hati sebab ketat sikit).

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiRupa lepas cabut casing.

3. Spray pencuci pada coil.
*pencuci bertindak membersihkan bahagian dalam aircond dengan mencairkan kotoran

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSpray pencuci pada coil.

IKLAN

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiBau dia agak kuat, wajib pakai mask!!.

4. Biarkan satu minit.
5. Bersihkan kotoran guna berus kecil dan kain lap.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSementara tu, bersihkan casing (tip dia guna lidi nak capai bahagian kecil macam ni).

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSebelum.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSelepas .

6. Lap casing dan bersihkan filter sebelum dipasang semula.

IKLAN

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat Lagi
Ini keadaan tempat keluar angin sejuk sebelum spray pencuci, jadi lepas spray, guna berus gigi dan lap dengan kain sampai bersih.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSelepas bersih.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSebelum bersih.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiSelepas cuci lagi.

7. Buka semula suis dan biarkan mode fan dan baki habuk akan keluar sedikit lagi.

Kongsi Cara Bersih Aircond Sendiri. Sejuk Semula Dan Jimat LagiBila aircond dah tak sejuk atau air mula menitik, tu menunjukkan habuk dah tebal, so dah boleh buat deep cleaning macam ni..

8. Bersihkan dan voila! Aircond akan sejuk semula dan bil elektrik juga bertambah jimat!

Selamat mencuba!

MW: Lepas ini bolehlah buat sendiri kat rumah. Minta bantuan suami tersayang bersihkan ye.

Sumber: Susun Atur Sioca

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI