“Ketika kecil saya hidup membantu keluarga, melihat bagaimana ibu yang bergelar ibu tunggal mencari wang demi keluarga.
“Saya melihat ibu seorang yang sangat kuat. Macam-macam usaha yang dilakukan oleh ibu demi mencari sesuap nasi antaranya menoreh getah, berkebun dan menjual kuih-kuih kampung.”
Sebagai seorang yang banyak melalui pengalaman hidup yang sukar semasa kecil, Puan Sri Normala turut berpesan kepada kaum wanita terutamanya para gadis agar berdikari dan tahu menguruskan kerja-kerja rumah.
Ads
“Bagi saya orang perempuan kena ada usaha untuk belajar memasak. Sedap atau tak bukan perkara utama. Yang penting usaha walaupun tak pernah pegang senduk.”
“Saya sendiri sejak usia 9 tahun sudah pandai memasak. Sebagai anak sulung pagi-pagi lagi saya sudah ke dapur untuk masak cekodok dan lempeng pisang.
Ads
“Sejak kecil, saya dan adik perempuan diajar untuk tahu memasak Bukan hanya belajar tanak nasi atas dapur kayu dan buat kuih-kuih kampung malah kami juga belajar cara kukur kelapa.”
Suami isteri didakwa edar ganja RM3.1 juta, berselindung di sebalik bisnes ayam segar. Mahu kaya cepat membawa pasangan suami isteri ke tali gantung jika sabit kesalahan selepas ditangkap memiliki ganja seberat 67.75kg.
Bukan saja ganja namun keduanya menyimpan methampitamine seberat 15.10 gram ketika keduanya ditahan di tepi jalan Padang Sembilan di sini pada 11 Julai lalu.
Kesalahan memiliki ganja dan pil kuda jenis methampitamine boleh digantung sampai mati mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati perlu dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.
Ketika didakwa di Mahkamah Majistret pagi ini, kedua-dua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkmah.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh Wan Muhammad Aziem Wan Mustafa, 31, dan Wan Matraf Azlinda Wan Mat, 49 selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.
Memetik pendedahan Sinar Harian, mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah jenis ganja dengan berat kasar 67.75 kg di tepi jalan Padang Sembilan di sini jam 4 pagi pada 11 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjara seumur hidup
Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 15.1 gram pada hari dan lokasi yang sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 hukuman dibawah Seksyen 39A(I) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan huhukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Pengakuan tidak direkodkan oleh kesemua tertuduh berikutan kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Nor dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Semasa prosiding perbicaraan, mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 23 September untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Sinar Harian pada 13 Julai lalu melaporkan taktik suami isteri berselindung di sebalik perniagaan ayam segar dan menjadi pemandu e-hailing akhirnya tumpas apabila Polis Kelantan berjaya menghidu perbuatan mereka sebagai dalang sindiket jualan dadah.
Dadah bernilai RM3.1 juta itu dirampas bersama pasangan berusia 31 dan 49 tahun yang ditahan pada jam 4 pagi di Jalan Padang Sembilan, Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kuala Krai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Kita Sendiri Tidak Tahu Mati Bila” itulah antara pengakuan Amyra Rosli berhubung dirinya pernah terdetik hendak buka tudung namun bersyukur kerana sokongan keluarga sangat kuat.
Tidak dapat dinafikan, bukan mudah untuk kekal berhijab terutama bagi mereka yang baru sahaja berhijab. Saat kita berbicara tentang hijab ia selalunya dikaitkan dengan menutup aurat. Namun tidak semua orang mampu istiqamah dengan sebenar-benarnya sehingga ramai yang bertanya “Bagaimana cara agar istiqamah berhijab?”
Perlu diketahui bahawa hijab bukanlah hanya sekadar hiasan akan tetapi menjadi ‘gaun kehormatan’ untuk para Muslimah. Hijab merupakan suatu bentuk betapa cara Islam sangat menjaga dan memuliakan wanita.
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, Amyra akui bukannya mudah bagi seorang wanita mahu kekal istiqamah memandangkan dahulu pernah ‘freehair’.
“Bermula ‘freehair’ kepada bertudung memang agar sukar pada mulanya untuk istiqamah. Enam bulan pertama saya pakai tudung itu macam-macam saya fikir. Macam saya ketika awal bertudung, ambil masa enam bulan untuk biasakan diri. Pernah juga dalam tempoh itu rasa nak buka tudung,” luah Amyra yang sangat bersyukur kerana suami dan keluarga sentiasa memberi sokongan dan membuatkan hatinya tidak bolak-balik dalam mengenakan hijab.
Sebagai seorang muslim Amyra akui perlu ambil kira soal dosa dan pahala.
“Sebenarnya memakai tudung merupakan satu kewajipan untuk seorang wanita Muslim. Apa jua kewajipan yang sudah ditetapkan oleh Allah, kita kena paksa diri kita. Jadi, lama-kelamaan dengan usia yang semakin matang, saya tahu untuk berfikir bagaimana mahu istiqamah, perlu paksa diri.
“Jangan sesekali salahkan orang lain atau cakap tunggu masa yang sesuai, kita sendiri tidak tahu mati bila,” luahnya yang sering hadiri kelas agama bagi menambahkan iman dalam diri.
Ibu kepada dua orang cahaya mata dan isteri kepada pelakon Amar Baharin ini juga ke kelas agama bagi menambah ilmu di dada.
“Cara saya istiqamah juga adalah dengan mengikuti banyak kelas agama dan berbual dengan keluarga mengenai tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini. Semua itu membuatkan saya kuat dan istiqamah hingga ke hari ini serta belajar mengenali diri yang sebenar,” kongsinya yang memaksa diri menghadiri kelas agama.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa menjadi wanita bukan hanya tentang kelembutan dan pengorbanan, malah ia tentang keberanian dan kebangkitan seorang wanita dalam mempertahankan cintanya.
Thariq Ridzuwan: His Treasure merupakan drama terbaru yang bakal ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada 23 Julai 2025, setiap Rabu & Khamis, jam 9 malam. Drama ini dijangka mencetus fenomena baharu dalam kalangan peminat drama Melayu.
Menerusi produksi MIG Production Sdn Bhd dan diarah oleh Eyra Rahman mengisahkan tentang Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri.
Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya.
Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.
Diadaptasi daripada sensasi online dengan lebih 10 juta bacaan dan novel laris, drama ini dibintangi Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes dan ramai lagi.
“Radwa harungi banyak cabaran dan dugaan dalam hidup. Saya berasa emosi sebab sewaktu melakonkan watak ini banyak yang saya lalui. Radwa setia menunggu Thariq macam-macam mak dia buat untuk kahwinkan dengan orang lain tapi dia tetap tungu Thariq. Bukan perjalanan mudah untuk jayakan watak Radwa.
“Hampir setiap hari ada watak anxiety, menangis dan lalui mental illness. Radwa seperti wanita lain yang lalui pelbagai cabaran hidup. Watak Radwa lain dari lain, dalam drama ini perasaan gembira sangat kurang kerana penuh dengan kesedihan, pemarah dan penuh dengan emosi,” terang Qasrina Karim yang memegang watak utama sebagai Radwa.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, “Astro terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju kandungan tempatan premium dengan menyajikan pelbagai cerita yang penuh emosi, relevan dan dekat dengan penonton, mencetuskan perbualan serta mencerminkan isu-isu masyarakat sebenar. Menerusi kempen Home of Drama, kami ingin mengetengahkan drama-drama berkualiti tinggi yang bukan sahaja mencetuskan fenomena, malah membawa nilai impak sosial yang mendalam.
“Astro meraikan kepelbagaian penonton dengan pelbagai genre yang dekat di hati. Dari cinta, kekeluargaan hingga isu kehidupan, Home of Drama Astro ialah estinasi utama anda untuk karya tempatan yang bermutu dan bermakna. Ini hanyalah permulaan,dengan lebih banyak pelancaran drama dan aktiviti berfokuskan peminat bakal berlangsung, termasuk kemuncak kempen kami seterusnya pada bulan Ogos.
“Kami memulakan kempen ini dengan dua naskhah hebat iaitu Mandul Bukan Pilihan, sebuah drama kekeluargaan yang sarat dengan mesej sosial, dan Thariq Ridzuwan: His Treasure, sebuah kisah romantik aksi yang diadaptasi daripada novel pemenang anugerah. Mandul Bukan Pilihan mengangkat suara wanita dan stigma masyarakat, manakala Thariq Ridzuwan: His Treasure menyentuh sisi gelap cinta dan dendam. Kedua-dua judul ini menjadi pembuka tirai kepada deretan karya menarik yang akan diteruskan sehingga hujung tahun seperti Rumah Tanpa Luka, Generasi Perfect 10, Jutawan Ekspres, 2 Bride From The Past, Mutiara Dalam Debuan Kabus dan banyak lagi, memperlihatkan kekuatanpenceritaan tempatan yang kami banggakan,” tambah Raqim.
Thariq Ridzuwan: His Treasure boleh disaksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke
Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!