Kebiasaannya bila kita simpan santan yang tak habis dalam peti sejuk ruang beku, ia akan jadi cair dan berketul-ketul bila dinyahbeku. Malah kuah pun jadi tak cantik bila santan beku ini digunakan. Tak kiralah santan kotak atau santan segar. Malah ada juga yang beranggapan bila santan begini ia dah rosak dan perlu dibuang.
Sebenarnya bila jadi berketul-ketul begini, santan ini masih digunakan dalam masakan selagi mana ia tidak berubah rasa masam, berbau dan basi.
Perkongsian tip dari video TikTok Wan Norhasni Wan Hanini ada tunjukkan caranya supaya santan jadi elok cantik tak berketul-ketul.
Cara-Caranya:
1. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan ia dinyahbeku seketika.
2.Kacau rata, bau dan pastikan ia masih elok tak masam atau basi.
3. Masukkan ke dalam bekas blender dan masukkan sedikit air panas.
4. Kisar halus seperti biasa.
6. Hasilnya, santan kembali cantik dan halus.
Ads
7. Bolehlah dimasukkan ke dalam kuah seperti biasa.
Mingguan Wanita: Jika santan tak habis dan sejukkan di tempat beku, jika nak gunakan semula ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah santan elok cantik tak berketul.
Bila tiba bulan Ramadan, inilah masa untuk turunkan berat badan. Tapi ada sesetengah kita berat badan naik pula. Pelik bin ajaib. Sedangkan apa yang dimakan semasa berbuka tak adalah banyak sangat.
Jangan terkejut kalau berat badan naik. Bukan setakat ambil makanan yang terlalu banyak tapi ia mungkin melibatkan pengambilan minuman bergas atau kordial. Inilah boleh jadi satu sebabnya.
Lagi menyedihkan berat badan naik dan timbul pula masalah kesihatan lain. Kena tahu, semua ini boleh berpunca dari pengambilan minuman bergas yang biasa diambil bukan setakat bulan Ramadan tapi juga pada bulan-bulan biasa.
Ikuti penjelasan daripada pakar dietitian Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok tentnag pengambilan minuman bergas semasa bulan Ramadan.
Seperti yang kita tahu, minuman bergas ini mengandungi sehingga 6 sudu gula untuk setiap gelas dan kandungan gula yang terlalu tinggi ini dapat meningkatkan risiko kepada penyakit tidak berjangkit.
Pengambilan air bergas dalam kuantiti yang banyak dan berterusan di dalam bulan Ramadan dapat menyebabkan seseorang menghadapi penyakit kencing manis malah boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.
Jika pengambilan ini tidak dihentikan seterusnya ia dapat mengakibatkan kerosakkan buah pinggang seperti yang dikatakan oleh Ketua Hospital Kerajaan Dr. Adib Risvi, pakar buah pinggang.
Minuman berkarbonat/bergas dikategorikan sebagai minuman berkafein dan semasa bulan Ramadan, pengambilan air berkafein perlulah dikurangkan bagi mengelakkan kehilangan air dari badan justeru dapat menyebabkan dihidrasi.
Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Pengambilan air bergas dalam jangka panjang boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan di mana ia dapat meningkatkan berat badan dan seterusnya menyebabkan penyakit obesiti. Kesan kepada penyakit obesiti dan berlebihan berat badan dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Selain daripada risiko penyakit tidak berjangkit, kesan jangka masa panjang pengambilan air bergas juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah dehidrasi.
Dehidrasi perlu dielakkan semasa bulan Ramadan kerana ia dapat menyebabkan seseorang berasa cepat haus atau dahagakan air manis, mengalami keletihan dan mudah mengamuk, gangguan emosi seperti mudah marah dan mengurangkan fungsi otak untuk berfikir. Selain itu, ia juga menjadikan bibir dan kulit cepat kering, air kencing menjadi keruh dan mengganggu degupan jantung dan pernafasan menjadi laju.
Elak Ketagih Minuam Bergas
Ada cara menangani masalah ‘addict’ pengambilan minuman bergas adalah seseorang boleh menggantikan air berkarbonat anda dengan:
1. Melebihkan minum air kosong iaitu dengan mengambil 8 gelas air kosong dalam sehari. Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman bergas.
2. Menggantikan minuman bergas dengan minuman bersusu di mana ia lebih berkhasiat untuk kebaikan sumber kalsium, tulang dan gigi yang kuat.
3. Menukarkan minuman bergas dengan jus buah-buahan asli dan segar bagi membantu menambahkankan sumber vitamin dan mineral di dalam badan.
4. Memilih minuman isotonik yang tidak berkarbonat, rendah gula dan tanpa pemanis serta perisa tambahan.
Perlulah diingatkan bahawa minum air bergas dalam kuantiti sedikit tidak menimbulkan masalah, yang penting jangan jadikan ia sebagai tabiat atau ketagih untuk minum minuman berkarbonat setiap waktu.
Minuman terbaik di bulan Ramadan.
1. Lebihkan pengambilan air kosong. • Minum air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas. Ia dapat membantu mennghidratkan tubuh badan selepas seharian berpuasa.
2. Jus buah-buahan • Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Mingguan Wanita : Ingat, bagi yang ambil peluang nak turunkan berat badan di bulan Ramadan, elakkan minuman bergas, kordial mahupun minuman manis lain.
Sumber: Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok.
Sesetengah mak-mak, minum ais kosong atau minuman berais boleh segarkan badan kembali. Maklum saja dalam sehari-hari, tentu badan mak-mak penat dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Kadang-kadang tak sempat nak makan pun.
Nak segarkan badan, jangan sesekali amalkan minuman berais. Tak baik untuk kesihatan. Aada cara lain yang boleh membuatkan mak-mak kembali segar. Tak perlu ambil minuman berais pun. Yelah, sejuk kan!
Sebenarnya, ada cara nak segarkan badan, plus untuk mak-mak nampak awet muda dan kulit cantik. Tak perlu nak ke pusat rawatan, dengan hanya guna bahan di dapur saja. Boleh amalkan setiap hari.
Inilah yang dikongsikan oleh No Or tentang bagaimana nak segarkan badan yang lemah dan rasa macam nak demam. Amalkan minuman campuran biji selasih, kayu manis dan limau kasturi saja.
Sudah 2 hari, badan rasa lemah macam nak demam. Teringat kat dapur ada biji selasih.
Kalau ikut petua orang tua, selasih boleh sejuk kan badan dan tingkatkan daya ketahanan badan jugak.
Dalam kajian perubatan pun dah terbukti biji selasih ini boleh rangsang penyerapan, tingkatkan aliran darah, legakan sawan, demam dan sebagai pembersih toksin.
Selasih juga mampu kurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, dalam kajian tabung uji pula, ekstrak biji selasih mampu bunuh bakteria berbahaya dan mencetuskan kematian sel barah. Haaa, kan ada banyak tu khasiatnya.
Tiada Rasa
Biji selasih ini tak ada rasa. Nak dapat kan rasa yang sedap dan khasiat yang lagi power, Cik No tambah Kayu manis Ceylon (KMC) dengan limau kasturi.
Bau harum wangi bau KMC tu, bila bergabung dengan limau kasturi. Memang nyaman. Bila dah minum memang sedap. Memang automatik rasa segar terus ke seluruh badan.
Bagi khasiat limau kasturi pula, ia boleh haluskan kulit dan tingkatkan penghasilan kolagen dalam badan kita. Boleh buat kulit nampak cantik dan muka kita awet muda.
Kalau kayu manis pula, tak dinafikan banyak khasiatnya. Petua ini baik untuk kita amalkan
Resipi: 1/2 batang Kayu Manis Ceylon 1/2 sudu teh biji selasih 2 biji limau kasturi
Cara Membuat: 1. Rebus Kayu Manis Ceylon dengan 1 gelas air hingga didih. Dah tutup api, tunggu suam. 2. Masukkan biji selasih, tunggu seketika. 3. Bila nak minum, baru perahkan limau kasturi.
Ingat, guna Kayu Manis Ceylon, sebab nak minum selalu.
Kulit Kayu Manis yang biasa itu, tak boleh minum banyak. Nanti boleh rosakkan organ hati.
Lagi satu, kalau limau kasturi tak ada, bolehlah gantikan dengan lemon
Kalau nak sihat, buat pilihan tepat. Jangan pilih yang mudarat
#PetuaSihatCik No Or
Mingguan Wanita : Nak sihat, kenalah ada usaha dan bukannya ambil jalan mudah. Kan…
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bawang merah antara bahan wajib yang sering digunakan dalam masakan. Bila nak masak banyak menggunakan bawang merah, memang jenuh nak kupas kulitnya sebab kulitnya kering dan mudah melekat. Ada cara mudah dan cepat nak kupas bawang merah ni. Hanya perlu rendamkan sekejap dalam air panas.
Dalam perkongsian di Tiktok Awang Dapurada kongsikan tip mudah dan pantas nak kupas bawang merah ni.
Cara-Caranya:
1. Ambil bawang merah yang nak dikupas dan letak dalam mangkuk.
2. Curah air panas dan biarkan seketika semua bawang merah terendam dalam mangkuk tadi.
3. Selepas beberapa minit cuba kupas bawang tersebut.Potong bahagian atas dan bawah bawang tersebut.
4.Hasilnya kulit bawang lebih mudah dikupas sekeping-sekeping dan tertarik semua. Tak mudah terkoyak.
Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Sesuai sangat jika nak masak menggunakan banyak bawang merah. Kerja mengupas kulit bawang merah ni jadi lebih mudah dan pantas.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.