Cara Betul Simpan Lebihan Santan Segar, Taklah Rosak Bila Nak Guna
Cara Betul Simpan Lebihan Santan Segar, Taklah Rosak Bila Nak Guna

Ada mak-mak memang tak pandai dan takkan guna santan kotak waktu memasak hidangan masakan yang memerlukan santan. Lebih serasi guna santan segar dari buah kelapa original.

Cumanya, bila beli banyak, macam mana cara mak-mak simpan. Waktu nak masak nanti pun tak guna semua. Sebahagian saja. Kalau salah simpan lebihan santan segar tu, boleh rosakkan santan.

Lilissuriati Mohamed Tahir berkongsi dua cara menyimpan santan dengan betul. Nanti santan tak rosak malah mempunyai kualiti yang sama macam baru beli di kedai kelapa.

Kata Puan Lilis lagi, “saya sejenis yang tak pandai masak guna santan segera yang jenis kotak sebab saya tau saya bukanlah jenis orang yang pandai masak.

Jadi better guna kelapa yang original. Sejak kawen, rasanya baru 2 kali pakai yang jenis segera. Tu pun sebab stok kelapa parut dah habis kat kedai.”

Cara Simpan, Bekukan Lebihan Santan Segar

Saya guna 2 cara simpan stok kelapa.

Cara Pertama : Simpan Terus Dalam Peti Sejuk Beku

Saya simpan kelapa parut yang dibeli kat kedai terus kat tempat beku. Setiap kali nak pakai, saya masukkan kelapa dalam blender + air panas supaya kelapa tu cair.

Sebelum ni tak tau cara, saya pergi la blend ngan air biasa. Hasilnya kelapa tu tak keluarkan santan pun. Rasa macam nyesal pulak bekukan.

IKLAN

Tapi bila dah tau tips letak air panas kat kelapa, baru la dapat perah santan macam biasa.

Oleh kerana saya guna jug blender jenis stainless steel so tak risau masukkan terus air panas pada kelapa. Dah blend halus-halus baru saya perah dan guna untuk masak.

Kalau guna jug blender yang jernih tu, boleh je cairkan kelapa parut kat dalam mangkuk kaca @ periuk. Bila airnya dah sejuk dan kelapa parut dah lembut baru blend.

Cara Kedua : Simpan Lebihan Santan Segar Dalam Bekas Ziplock

 

 

IKLAN

Santan lebihan yang dah diblend saya akan masukkan dalam bekas simpan ais yang kecik-kecik. Sebelum bekukan, saya buat anggaran dulu contohnya satu cawan boleh simpan berapa banyak ketul. Senang nak masak, boleh agak nak masukkan berapa ketul.

 

Cara Betul Simpan Lebihan Santan Segar, Taklah Rosak Bila Nak Guna
Masukkan santan-santan tadi dalam ziplock jenis silicon & simpan semula dalam freezer. Nak masak baru guna.

 

Nanti bila santan dah beku saya pindahkan dalam ziplock jenis silicon. Nak masak baru guna.

Alhamdulillah sejak guna cara camni, time nak masak saya tak perlu buang masa gi kedai cari kelapa parut. Benda ni dapat jimatkan masa & orang yang nak makan pun tak sempat kebuluran.

IKLAN

 

Cara Betul Simpan Lebihan Santan Segar, Taklah Rosak Bila Nak Guna
Ni bekas besar yang boleh simpan ziplock-ziplock yang diisi makanan. Bekas-bekas makanan yang kecil pun boleh simpan dalam ni supaya tak jatuh & bersepah

 

Nota kaki : untuk jimatkan space simpan makanan dalam ziplock ni boleh masukkan dalam satu bekas besar dan susun ziplock tu elok-elok. Contoh bekas boleh tengok kat gambar. Bekas saya beli kat Daiso.

 

Cara Betul Simpan Lebihan Santan Segar, Taklah Rosak Bila Nak Guna
Selain daripada santan, ziplock ni saya guna untuk simpan makanan lain contoh halia, tomato ceri, kacang bendi dan lain-lain.

 

MW : Semoga membantu mak-mak yang suka masak guna santan segar dari kelapa ya.

Sumber/Foto : Lilissuriati Mohamed Tahir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI