Cili kisar ini, bahan yang wajib mak-mak ada semasa memasak. Ada yang suka buat sendiri dan tak kurang yang nak cepat beli saja yang ada kat pasaran.
Namun, ada mak-mak lebih suka buat sendiri cili kisar, baru puas hati. Nak yang pedas atau biasa-biasa saja. Sebab kadang-kadang yang jual di pasaran tak tentu juga kepedasannya.
Lagi pun buat sendiri stok cili kisar lagi memudahkan kerja mak-mak. Cuma yang memeningkan kepada mak-mak bila cili kisar ini cepat sangat berkulat dan bau masam. Rasanya segala petua dah digunakan untuk elak dari ‘kejadian’ itu.
Tak perlu risau, boleh ikut cara Aisha Shukor ini dalam berkongsi buat sendiri cili kisar. Paling penting, ikut caranya boleh bantu cili kisar itu tahan untuk dua minggu. Kalau nak lagi lama boleh letak di bahagian sejuk beku.
2. Cili kering sepaket yang berharga RM5. Cuci bersih, selawat dan rendam dengan air panas dalam 10 minit.
3. Gunting dan ramas untuk buang bijinya. Tak adalah semua biji masuk ke dalam blender. Tuangkan 1/2 cawan minyak masak.
Ads
4. Kemudian, masukkan air panas sebanyak ½ daripada paras blender tersebut.
5. Kisar sehingga halus.
6. Boleh juga nak guna blender yang kecil, kisarlah separuh-separuh.
7. Masukkan 5 biji bawang merah yang dipotong kecil, 6 ulas bawang putih dan belacan sebesar ibu jari.
Ads
8. Kisar secara on dan off . Jangan tambah air lagi sebab kalau terlalu halus dan banyak air, masa memasak ia akan merecik.
9. Selepas siap, masukkan ke dalam bekas. Pastikan bekas itu kering, barulah tuang stok cili kisar.
10. Ambil satu sudu garam dan tabur pada permukaan stok.
11. Letakkan juga dua atau tiga asam keping. Tak perlu basuh asam keping itu. Tujuan garam dan asam keping ini adalah untuk pastikan stok cili kisar tak mudah rosak atau cepat masam. Bila nak guna, buang lapisan atas yang ada asam dan garam itu.
12. Sejukkan dalam masa 5 minit. Selepas itu, barulah tutup dan masuk dalam peti ais. Boleh letak di bahagian bawah dan tahan selama 2 minggu. Kalau letak bahagian sejuk beku, mampu bertahan lebih sebulan.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Ada pelbagai petua dan cara yang boleh kita lakukan untuk elak estok cili kisar itu tak masam atau berkulat. Bolehlah guna cara ini pula.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ibu anak enam ini berkongsi cara susun dan simpan barang dapur termasuk bahan basah. Selama 16 tahun praktikkan tip ini dan hasilnya mudahkan kegunaan ahli keluarganya.
Cikgu Nida berkongsi cara. Sila hadamkan perkongsian ini ya mak-mak.
Haaa..
Cerita jatuh cinta lagilah.
Bukan pada masakan tapi untuk memudahkan percintaan mokcik masak-memasak.
Kesnya masa tu mokcik kena berkursus di Terengganu 3 bulan. Tinggalkan suami bersama 6 orang anak; yang ketika itu Abanglong baru darjah 4.
Dahlah 5 daripadanya anak jantan. Masuk bapaknya 6 hero dalam hidup mokcik.
Waktu tu seminggu sekali balik, mokcik masak stok lauk utama untuk seminggu terus. Buat sejuk beku. Encik Sommi hanya panaskan, dan tambah lauk sampingan saja. Tapi bila dengar cerita suami yang beliau kadang kerja- kerja menyiapkan bahan masak agak mengambil masa di samping tugas di tempat kerja dan menguruskan 6 anak masih kecil, mokcik simpati.
Maklum nak ambik bibik tak mampu.
Nak cari madu kang melayang lesung batu.
Ehhh….
Hinggalah kemudiannya, seorang rakan, doktor perubatan berkongsi bagaimana beliau memudahkan urusan sehariannya. Sebenarnya sama macam mokcik, beliau ingin memudahkan urusan si suami yang juga seorang guru; dek kesibukan tugasnya yang tak kenal masa.
Maka itulah cara mokcik sampai sekarang dah 16 tahun jatuh cinta,dan mestilah terus setia. Mokcik, kan?
Biasanya mokcik ambik satu hari yakni hari minggu untuk memenuhkan peti atau mengganti stok. Tidak perlulah setiap minggu melainkan kau hari-hari masak macam nak menyambut menantu atau madu.. Ehhh…
Mokcik dah asingkan bahagian bahan mentah tersebut untuk sekali masak mengikut menu kesukaan isi rumah. Dari sebesar-besar, hingga sekecil-kecil seperti bahagian tulang ayam untuk dimasukkan dalam sup sayur atau mi dan bihun goreng.
Hat paling besar tu janganlah korang masukkan sekor kambing hatta ayam belanda sekalipun ya!
Bila nak masak, boleh di ‘defrost’ kan dulu atau ada je yang boleh terus masuk je dalam periuk dessinni disssana korang tu…haaa .
Boleh juga sejukbekukan daun kari,daun sup,daun kesum atau seangkatan dengannya untuk sekali masak. Asalkan bukan hati kau yang beku malas memasakkk….
Ohhh..ada yang pertikai, konon stok tak fresh?
Mungkin yang pertikai tu abam nelayan yang pi ke laut tangkap ikan sendiri,atau suri dan surarumah yang tunggu kat jeti dan pasar.
Maafkanlah depa.
Sambil tunggu ikan baru sampai dari laut sambil tengok menu masak apa hari ini atau puaka mana yang memasak tuuu ..
Hahaha….mokcik mulut puaka pulak!
Walhal ironinya, tanpa sedar sebenarnya kita banyak beli dan makan barang basah yang entah berapa lama disejukbekukan. Teknologi kian memudahkan; justeru pilihan di tangan kita.
Yang pasti pilihan mokcik, bukan awak..haha ..
So tak perlulah klise sangat bagi komen menpertikaikan atau mempersoalkan. Kita tambah baikkan ikut cara kita,kan.
Cara mokcik untuk memudahkan pengurusan di dapur, ketika waktu sibuk bekerja dan punya anak ramai. Yang sesuai dengan situasi mokcik kini ialah mengemas menyiapkan apa-apa patut sementara tengah sihat.
Hargai masa sihatmu sebelum masa sakitmu.
Jika bermanfaat, alhamdulillah.
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak.
Itu peribahasa orang lama.
Soal pengurusan masa dalam kehidupan.
Berpepatah agar kita menghargai masa.
Kalau korang taknak tanam padi atau jagung, pi je kedai beli.
Ehhhh lagi…haha….
Juga untuk memudahkan isi rumah yang lain mencari apabila perlu. Maklum anak-anak jantan mokcik yang dah besar panjang sekarang, suka memasak terutama tengah malam buta. Bela puaka ke apa depa ni.
So tak payah cari dengan mulut. Kalau tak depa akan dapat berteh goreng dari mulut mak depa.
Hahaha …
Kita buat dia kan.
Kita je tau macamana nak mudahkan diri kita.
Pengurusan hidup kita. Terserah cara kita. Mungkin kalian ada cara yang lebih super dan sistematik. Mana yang baik ambik. Tapi baik pada kita,belum tentu sesuai untuk orang pula.
Itu sifir asas.
Selebihnya jaga hati.
Jaga keluarga kita lagi utama.
Nak-nak waktu PKP ni.
Mokcik tak keluar pi pasar dah tapi siap tempah bekalan atas talian.Siapkan. Labelkan.
Juga takkan suruh encik sommi atau anak ke pasar mencari bahan mentah dan bahan basah pada masa-masa begini.
Pandemik ini menakutkan.
Kita dah tak tahu arah datang. Dah sporadik.
Kita pun tak tahu adakah kita ini pembawa atau mangsa.
Bacaan dah melangkaui unjuran.
Duduk je kat rumah.
Semua benda di hujung jari.
Tak perlu merisikokan diri, apatah orang lain.
Kalau malas, tempah jela. Biar stok dalam peti tu jadi mumia atau puaka!
” Mi, ni apesal label daging tetel. Tapi orang bukak tengok dalam ada udang galah!”
Hahaha ..
Itu biasa jugak berlaku bila angin malas mokcik datang!
Hahh..
Awak masaklah udang tu.
Gitu je mokcik bagi jawapan bela diri.
Hahaha….
#bilacikgunidamasak
~ bukan apa, bila,di mana dan bagaimana tetapi mengapa
#kitajagakita
#kitajagahatikita
Tapi sekarang dah kena upgrade juga. Kena boh tarikh. Nanti mokcik dok ingat benda tu ada lagi. Padahal benda tu baru beli. Benda tu ada berapa kali masak dah.
( Baca : mokcik pelupa nau sekarang)
Untuk ikan atau bahan mentah yang bersaiz besar, boleh isikan dalam plastik ( zipper bag). Banyak yang dijual siap sekali ada tempat tulis nama dan tarikh.
Biasanya mokcik susun ikut keutamaan menu yang lebih kerap dimasak.
Mokcik gunakan warna bekas berbeza untuk jenis bahan basah yakni aneka makanan laut, ikan,ayam atau daging bagi memudahkan pencarian.
Yang pasti mokcik takkan cari anak mokcik menyorok dalam ni.
Serai, daun kesum, daun bawang dan seumpamanya pun mokcik susun ikut sekali masak.
Balutkan saja dalam tisu dapur ikut sukatan dikehendaki dan bubuh dalam bekas kedap udara.
Cili, lemon dan seumpamanya jika perlu dibasuh sebelum disimpan, pastikan dalam keadaan kering sebelum dimasukkan dalam peti.
Aneka sos mokcik beli yang paket dan boh dalam botol dua hengget je. Maklum anak ramai dan bela puaka atau saka tah berapa ekor sorang..hahaha ..
Hat ni saja mokcik tayang apa ada kat rak tepi peti ni.
Kang korang tanya plak kan?
Oh ya.. walau anak-anak kadang perasan depa tekak omputih, tapi mokcik tekak melayu tetap makan budu.
Resepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
Menurut Bro Ohsem, Akhtar Syamir Charcuterie ini adalah kombinasi pelbagai makanan yang boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak. Tetapi, jika melibatkan penggunaan telur, makanan itu perlu juga dimasak dengan betul.
Mudah saja penyediaannya. Dan Bro Ohsem kongsikan contoh hidangan yang boleh anda cuba. Sedap dinikmati bersama seisi keluarga.
Sesekali bolehlah cuba nikmatinya ya.
Inilah yang dipanggil Charcuterie. Ianya satu gabungan hidangan makanan yang sedia untuk dimakan. Makan dia santai je. Ambil sini sikit, sana sikit. Kalau nak, gabungkan beberapa jenis makanan dan makan.
Gambar yang pertama ialah Charcuterie yang terkini isteri saya buat. Lebih pelbagai dari yang sebelum ni. Antara makanan yang boleh dikombinasikan adalah ayam atau daging, roti, biskut, telur, pelbagai jenis cheese, buah dan sayur. Kombinasi makanan ni bebas ikut selera kita.
Sebagai contoh, untuk gambar yang pertama tu ada :
1. Chicken slice
2. Chicken pepperoni
3. Smokey Beef Slice
4. Beef Sausage
5. Grilled Tomatoes
6. Scramble Eggs
7. Garlic Bread
8. Blue Cheese
9. Cheddar Cheese
10. Mozrella Cheese
11. Brie Cheese
12. Feta Cheese marinated in Olive Oil
Cheese memang ada banyak jenis. Saya dan isteri Nora Azni memang suka cheese. Tapi kami kalah kat blue cheese. Tengik sikit. Yang lain best.
Daging atau ayam slice tu banyak ada jual kat pasaraya, kat family mart pun ada. Cheese pun sama. Tak perlu masak pun. Ini dalam kategori cold dish jugak la. Cuma kalau ada telur tu kena la masak dulu.