Tomato Ceri memang selalu digunakan dalam masakan, dimakan begitu sahaja mahupun dicampurkan dalam salad. Mudah rupanya nak tanam Pokok Tomato Ceri sendiri, semai daripada biji benih, 4 bulan dah boleh dapat hasilnya.

Mak-mak yang suka bercucuk tanam, nak cuba semai sendiri pokok tomato ceri di rumah boleh cuba ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin ini. Paling penting bebas baja kimia, lebih organik dan jimat kos belanja dapur. Petik segar terus je dari pasu.

3 Cara Mudah Tanam Tomato Ceri dan dapat hasil dalam masa 4 bulan

Cara-Caranya:

1. Hiris tomato ceri lepas tu letak hirisan tomato dalam bekas semaian(aida guna container dia je).

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sebenarnya lupa sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

IKLAN

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

4.Aida letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

Info Ekstra:

  • Sebenarnya ni pun lambat sebab lambat alih rasanya kalau orang lain tanam mesti lagi cepat dapa hasilnya.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

IKLAN
  • Tomato ni memang perlu air yang banyak. So siram la 2 atau 3 kali sehari kalau tak nanti pokok jadi cepat kering.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

  • Dalam masa 4 bulan ni Aida pun tak jaga sangat. Siram je kejenya.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

  • Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ni bawang putih sebab binantang tak suka kan bau dia. Kita tak nak ada putih-putih bena tu nanti rosak pokok dan daun jadi kecut.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

IKLAN
  • Perlu kena matahari juga tapi awal-awal bagi tempat teduh. Saya letak baja bahan dapur.
  • Boleh juga letak Baja air compost. Iaitu compost pereputan dari bahan-bahan yang kita buang dalam tong compost.Tong compost tu tak boleh bubuh buah-buah citrus dan tulang-tulang ikan, ayam, kulit udang semua sebab nanti busuk.

Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

  • Sebab tong compost ni kita guna macam sayur-sayur yang buruk, busuk kita layerkan dengan tanah yang ada bakteria. Ambil masa dalam 2-3 bulan untuk bahan-bahan tu mereput dan compost.Dalam masa tu air tu kita buang dan boleh guna untuk siram pokok.

Baca lagi di sini:

TEKNIK Cantas Pucuk Luruhkan Semua Daun, Tip Pokok Mulberry Berbuah Lebat!

Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

TANAM Bayam Brazil Dalam Botol Plastik, Cantik Merimbun, Senang Nak Petik!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang nak cuba tanam pokok tomato ceri di rumah boleh ikut cara dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Nur Aida Md Zainuddin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI