Tempe mempunyai banyak khasiatnya, jadi tidak hairanlah ramai yang sukakannya. Tempe goreng cicah dengan sambal kicap pun dah mampu untuk membuka selera. Namun walaupun sekadar tempe goreng, ada caranya untuk pastikan ia garing di luar dan lembut macam kacang rebus di dalam. Bukan apa, ada kalanya bila kita goreng tempe dan ia terlalu garing, tempe tersebut jadi keras.
Boleh ikut tip mudah goreng tempe seperti yang dikongsikan oleh Puan Norizam Salinaini.
Siapa peminat tempe!
Tip Goreng tempe dalam lembut.
Kalau tempe nak sedap. Goreng tak nak keras.
Cara-Caranya:
1.Rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia.
2.Rendam 30 minit atau 1 jam boleh je.
3.Nanti goreng macam biasa. Dalam dia lembut, sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.
Mingguan Wanita: Boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan rendam dulu tempe sebelum goreng, barulah luarnya garing dan dalamnya pula lembut macam kacang rebus!
Ada masanya memang kita memang terpaksa beli sayur yang dah layu di kedai sebab tiada pilihan dan dan digunakan untuk memasak. Bahkan ada juga sayur-sayuran yang dalam peti sejuk, yang tak sempat dimasak jadi layu dan hampir kering.
Menerusi perkongsian di TikTok @muaketom jika sayur-sayuran yang layu jangan dibuang, membazir. Sebaliknya boleh rendam seketika dengan pencuci Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Verauntuk kembalikan kesegarannya dan sekaligus membersihkan kotoran pada sayur tersebut. Memang terbukti berkesan! Ia akan kembali segar bugar, macam baru lepas dipetik
Menurut wanita ini lagi, kebiasaannya sayur atau buah dicuci dengan garam, namun boleh juga guna pencuci Sunghlight Extra Nature Mineral Salt & Aloe Vera yang memang selamat dan khas untuk mencuci botol susu, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Mingguan Wanita: Wahh boleh cuba tip ni. Dedaun yang layu tu, terus nampak segar bugar macam baru lepas dipetik malah dapat bersihkan kotoran dan mikroorganisma yang kita tak nampak dengan mata kasar juga.
Bagi yang pernah alami kemalangan atau terlihat kemalangan di depan mata, sedikit sebanyak akan rasa trauma. Terbayang-bayang dan mula fikirkan, mungkin kalau tak ada orang selamatkan kita, belum tentu kita ada lagi di dunia ini. Minta dijauhkan. Perkara yang kita sendiri tidak jangka.
Kita tahu, jodoh, ajal, maut dan rezeki semua di tangan Allah. Tapi, kalau belum sampai masanya dan untuk kita diberi ‘peringatan’, kita akan lebih berhati-hati lagi terutamanya bila berlaku kemalangan.
Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada kemalangan yang berlaku di jalan raya. Masalah yang utama tentulah jalan raya akan menjadi ‘jem’ dengan ramai yang berhneti di tepi jalan dan tak kurang juga yang perlahan kereta untuk melihat apa yang berlaku.
Tak kisah apun, kita sebagai orang yang melihat atau pernah terlibat, apakah tindakan kita bila mengalami situasi begini. Apa yang patut kita buat. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin apabila kita terlihat kemalangan dan apa yang perlu kita elakkan.
Apabila kita terlihat kemalangan berlaku, lakukan 3S ini.
1. SELAMAT
Pastikan tiada di sekeliling anda apa-apa yang boleh anda, mangsa atau sesiapa berhampiran. Jika ada bahaya, alihkan penyebabnya. Jika bahaya tidak boleh dialihkan, maka elakkan berada di kawasan berkenaan.
2. SEDAR
Periksa keadaan pesakit. Lihat sama ada mangsa sedar atau tidak. Sapa, tepuk bahu atau goyang tubuh sedikit mangsa. Jika pesakit memberi respon, tanya sama ada dia OK atau tidak. Jika tidak sedar, dapatkan bantuan.
3. Hubungi 999
Ini untuk dapatkan bantuan. Anda akan disambungkan ke pusat Khidmat Respon Kecemasan Malaysia. Beritahu operator tentang butir diri anda, kecemasan, lokasi dan keadaan mangsa. Ikut arahan operator di talian.
Jika pesakit tak sedarkan diri dan anda tahu serta yakin untuk lakukan bantuan kecemasan(CPR), maka berilah bantuan sewajarnya. Jika tidak, serahkan pada yang mampu.
1. SANGSI
Elakkan sangsi dan buruk sangka pada mangsa. Ia akan mempengaruhi pertimbangan serta tindakan kita sebagai penyelamat/pembantu/saksi. Tindakan pantas kita pula boleh mengubah nasib mangsa atau nasib kita.
2. SEBAR
Elakkan merakam keadaan mangsa kerana ia melibatkan privasi dan kehormatan mereka. Jauhi juga perbuatan menyebarkan rakaman yang paparkan keadaan mangsa melalui media sosial tidak kira tas niat apa sekali pun.
3. SONGLAP
Elakkan cubaan mengambil apa-apa dari kawasan kemalangan. Kawasan kemalangan adalah kawasan siasatan. Mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain boleh menyusahkan mangsa dan diri sendiri.
Jika tak elakkan 3S ini, maka anda berisiko mendapat S keempat, iaitu SESAL.
Mingguan Wanita : Bukan setakat ‘jem’ dan jalan sesak. Bimbangnya kalau leka kita pula yang terlibat. Berhati-hatilah.
Daun pandan mempunyai aroma wangi yang tersendiri dan sering digunakan dalam masakan harian mahupun pembuatan kuih muih. Tapi selalunya kita nak gunakan daun ni sikit je mungkin sehelai dua, jadi eloklah tanam sendiri pokok pandan ini di rumah. Jimat dan taklah terbuang membazir.
Namun nak tanam pokok pandan ada cara yang betul, barulah ia mudah ‘hidup’, daun lebar dan subur. Boleh gunakan samada keratan berakar atau pucuk pangkal pokok, malah boleh juga ditanam dalam pasu mahupun terus dalam tanah.
Jadi sebelum tanam Pokok Pandan, kena ada ilmu dan asas dalam menanamnya.
Tanaman ini tidak rumit untuk diusahakan kerana ianya mudah tumbuh di atas apa-apa jenis tanah berikutan daripada ciri akarnya iaitu akar udara.
Ianya tidak rumit dari segi suhu, pH, kelembapan, taburan hujan dan sebagainya. Akan tetapi, untuk jaminan kesuburan dan kualiti hasil yang terbaik, ianya perlu diusahakan di kawasan tanah lapang dan mempunyai kadar naungan terhadap matahari yang sederhana.
Ianya sesuai pada pelbagai jenis tanah. Tiada sebarang kekangan untuk mengusahakan penanaman secara terus ke tanah, dalam polibeg ataupun pasu.
a) Tanam Dalam Pasu
Untuk penghasilan yang terbaik, saya mengesyorkan menggunakan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Kemudian, penuhkan pasu ataupun polibeg dengan mengisi tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari bahagian permukaan sebelum ditanam.
b) Tanam Terus Dalam Tanah
Untuk secara terus atas tanah, sediakan lubang berukuran 25cm x 25cm dan benih pandan sudah boleh terus ditanam.
Kemudian boleh terus tanam pada tanah, polibeg ataupun pasu seperti yang dinyatakan tadi dengan memasukkan pada lubang yang berukuran 25cm x 25cm.
Seterusnya, timbus dan padatkan tanah keliling bersama dengan benih pandan. Akhir sekali, siram benih yang ditanam pada kadar yang mencukupi sehingga kelihatan basah dan lembap.
Siram tanaman sebanyak 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Keperluan air perlulah mencukup bagi memastikan daun yang terhasil lebih lebar dan kekal subur.
Bagi mengelakkan serangga perosak, haiwan berbahaya dan penyakit serius pada pokok pandan, penting mencantas daun kering dengan kerap. Sekiranya tidak dilakukan, berkemungkinan kawasan tanaman akan mengundang kehadiran haiwan tidak diingini seperti ular, tikus dan sebagainya.
Jika telah tumbuh tunas baru pada rumpun yang sama, potong sahaja rumpun yang lama dan pindah untuk penanaman baru.
Sebagai langkah kawalan rumpai, cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Sebaiknya gunakan kaedah manual samada menggunakan tangan ataupun mesin rumput. Ini bagi mengelakkan tempias semburan racun secara terus yang boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap pokok pandan.
Tabur baja dengan menggunakan baja NPK (21:21:21) yang dikhaskan untuk pertumbuhan daun. Baja perlu digunakan sebanyak 5g sepokok bagi tanaman dalam pasu ataupun polibeg dan 10g sepokok bagi tanaman di atas tanah.
Daun boleh dipetik selepas 12 bulan ditanam dengan memotong bahagian pangkal rumpun menggunakan pisau yang tajam. Untuk pemprosesan yang lebih baik, sebaiknya pangkal tersebut dibuang terlebih dahulu.