Setiap kali kita beli roti mesti akan tengok tarikh luput. Biasanya roti yang dibeli hanya bertahan seminggu saja. Sebab tu, kalau dah tamat tempoh jangan sayang nak buang. Kita tak tahu apa dah jadi pada roti tersebut.

Ada juga mak-mak yang jadikan roti hampir tarikh luput tu jadikan bahan makanan lain. Bukan apa, rasa membazir pula bila buang roti tersebut.

Jangan sayang nak buang roti yang dah nampak berkulat. Walaupun hanya sedikit dan buang pada bahagian berkulat itu saja, kita tak tahu ia boleh bahayakan kesihatan, lebih-lebih lagi kalau anak yang makan.

Inilah antar perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan dengan roti hampir berkulat ini. Jangan sayang nak buang ye.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Penggemar Organ Dalaman, Dinasihatkan Jangan Makan Selalu Sebab Ada Kesannya

Telur Ada Kuman: Kalau Sistem Imun Tak Kuat, Jangan Makan Telur Separuh Masak

Info Lebih Menarik DI SINI

Roti Berkulat, Jangan Sayang, Buang Saja!

“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”

Inilah yang terjadi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!

IKLAN

Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.

Jangan buat macam tu.

Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.

Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.

Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.

IKLAN

Jangan buat macam tu.

Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.

Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.

Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.

Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.

IKLAN

Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.

Mingguan Wanita : Selalunya tarikh luput yang diberikan itu adalah anggaran saja dan masih lagi boleh dimakan. Tapi kalau dah nampak berkulat, jangan sesekali pertaruhkan nyawa. Bahaya…

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI