Memang geram bila dedaun hijau pada tanaman berlubang-lubang, ‘dikerjakan’ oleh serangga perosak. Baik siput, ulat, bena dan sebagainya. Rupanya salah satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku, mak-mak boleh buat sendiri racun serangga organik yang mesra alam dengan menggunakan air rebusan Bunga Cengkih.

Bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman dan antara pilihan racun serangga organik yang paling mudah untuk disediakan. Cara membuatnya pula cukup mudah.

Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!

Bahan-Bahan Diperlukan;

2 Sudu Besar Bunga Cengkih
1 Liter Air

Cara Membuat:

1.Reneh 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1 liter air.

Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!
Kredit Gambar:Azlina Ahmad

2.Biarkan air rebus mendidih sepenuhnya dan matikan api.

IKLAN

Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!

3.Biarkan air rebusan sejuk sepenuhnya.
4.Selepas itu, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol semburan.

Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!
Kredit Gambar:Azlina Ahmad

Cara Semburan:

  • Sembur air rebusan bunga cengkih tadi di seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.
  • Sembur air rebusan ini 2 kali sehari selepas siram air pada tanaman, setiap pagi dan petang

3 Cara Super Mudah Buat Racun Organik Bawang Putih Dan Daun Semambu, Cubalah!

IKLAN

Selain itu, antara kegunaan lain Bunga Cengkih juga ialah;

  • Mencegah Semut

Cara untuk atasi semut dengan menggunakan bunga cengkih sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan ia di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.Semut-semut pasti tiada lagi kerana tak sukakan baunya.

  • Mencegah Lalat

Bagi mencegah lalat yang sering menghurung makanan pada atas meja pula, cara juga mudah. Ambil limau nipis/limau purut/lemon kemudian belah dua bahagian.Cucuk bunga cengkih pada permukaan buah yang dipotong tersebut. Letakkan buah yang telah di cucuk bunga cengkih tadi di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Nak lebih berkesan, letakkan lebih dari satu biji buah di cucuk cengkih.

Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!

IKLAN
  • Mengawal Rumpai

Selain menggunakan racun serangga yang mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan persekitaran, boleh juga gunakan ramuan bahan dapur dengan bunga cengkih ini. Untuk menyediakan racun rumpai organik, hanya perlu sediakan pati minyak Bunga Cengkih terlebih dahulu. Kemudian, campurkan secubit garam bersama 20 titik minyak pati Bunga Cengkih bersama 500ml cuka di dalam botol penyembur. Kocak sehingga semua bahan rata dan sebati kemudian sembur pada rumpai yang hendak dimusnahkan.

Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!

MW: Banyak kegunaan Bunga Cengkih ni pada tanaman. Boleh cuba tip dan petua yang dikongsikan ini.

Siapa Sangka Campuran Bawang Putih, Cili Padi, Minyak Masak & Sabun Mampu Jadi Racun Berguna

Banyak lagi artikel menarik di sini:

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI