Hendak makan buah tin atau ara ini perlu betul untuk pilih, sedia dan makannya. Buah ini mempunyai rasa yang sedikit manis dan aroma yang sangat manis.
Dikenali dengan nama fig di peringkat global, buah ini paling popular apabila dikeringkan. Namun begitu buah segar juga agak enak.
Kita boleh menikmati buah tin begitu sahaja, atau padankan ia dengan makanan lain,seperti produk tenusu atau kek.
Berikut adalah cara terbaik untuk memakan buah tin atau ara.
Cara Pilih Dan Sediakan
1-Makan buah ara segar atau kering.
Buah tin sensitif terhadap suhu sejuk. Jadi sukar untuk mencari buah segar di iklim yang lebih sejuk, terutama di luar musim panas. Buah kering terdapat di kebanyakan kedai runcit sepanjang tahun.
Ads
Buah tin menyihatkan tidak kira bagaimana anda memakannya. Terdapat 37 kalori untuk setiap (50 g, dan jumlah yang sama menghasilkan rata-rata 1.45 g serat, 116 mg kalium, 0.06 mg mangan, dan 0.06 mg vitamin B6.
2-Pilih buah tin masak untuk dimakan.
Ukuran dan warna yang tepat dari buah tin matang berbeza-beza berdasarkan varieti, tetapi semua varieti lembut ketika matang.
Buah matang atau masak akan apabila dipicit akan mempunyai bau yang sangat kuat dan manis.
• Elakkan buah yang keras atau buah yang mudah lebam. Buah yang terguris sedikit itu elok kerana ia tidak akan mempengaruhi rasa atau kualiti buah.
• Jika boleh elakkan juga buah yang kelihatan seperti ada kulat atau berbau masam dan busuk
• Buah matang atau masak boleh berwarna hijau, coklat, kuning, atau ungu tua.
• Anda mesti makan buah sesegar mungkin. Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 atau 3 hari selepas dipetik tetapi ia akan mula jadi tidak elok atau rosak selepas itu. Kita boleh pastikan buah tin itu disimpan dengan lama melalui cara membekukannya atau mengeringkannya.
Ads
3-Bersihkan buah tin segar sebelum memakannya.
Bilas buah tin di bawah air sejuk dan lap dengan lembut dengan tuala kertas yang bersih.
• Oleh kerana buah tin sangat mudah rosak, jangan sekali-kali menggosoknya dengan berus pencuci sayur. Buang kotoran yang anda lihat dengan menggosoknya dengan lembut menggunakan jari anda.
• Tanggalkan batang semasa anda mencuci buah dengan memusingnya dengan lembut menggunakan jari anda.
4-Keluarkan sebarang hablur atau kristal gula.
Kristal gula dapat dikeluarkan dengan menaburkan 1/2 cawan (125 ml) buah ara dengan 1 sudu makan (5 ml) air. Masukkan buah ini ke dalam ketuhar gelombang mikro pada suhu tinggi selama 1 minit.
Ads
kredit foto: www.wikihow
• Buah masak sering mengeluarkan cecair rasa manis yang boleh mengkristal di permukaan. Buah ini masih sedap dimakan, tetapi untuk nampak lebih cantik biasanya tekstur kristal ini biasanya dikeluarkan.
1-Makan keseluruhan. Buah tin mempunyai rasa yang agak manis dan dapat dinikmati segar begitu sahaja.
• Kulit buah tin boleh dimakan. Anda tidak perlu mengupas buah sebelum memakannya. Hanya buang batangnya dan makan kesemua buah termasuk kulit.
• Sekiranya anda tidak menyukai tekstur kulit, anda boleh mengupasnya sebelum memakan buah. Setelah membuang batang, gunakan jari anda dengan berhati-hati untuk mengupas kulit bermula dari bahagian atas yang terdedah.
• Untuk menikmati rasa dalaman tanpa membuang kulit, potong buah menjadi separuh. Pegang buah dengan lembut dengan satu tangan dan gunakan pisau tajam untuk memotongnya separuh panjang. Cara ini akan mendedahkan bahagian dalam yang manis, bolehlah terus makan.
Cara Guna Buah Tin Kering
Segarkan semula buah tin. Apabila menggunakan buah kering untuk resipi, lebih baik untuk menyegarkannya semula agar ia jadi lebih berjus dan mengembang.
kredit foto: www.wikihow
• Anda boleh merendam buah kering di dalam air atau jus buah semalaman.
• Kaedah menyegarkan buah yang lebih sempurna adalah dengan merendamnya selama beberapa minit di dalam air atau jus buah.
• Semasa menggunakan kedua kaedah tersebut, tambahkan cukup cecair untuk menutupi semua bahagian buah.
Jangan tak percaya, benih jagung manis dari kedai Eco pun boleh jadi rasa sedap macam beli jagung dari Cameron Highlands. Yang penting ada usaha nak tanam jagung.
Berkongsi cerita dengan Mingguan Wanita, Siti Rohaiza Ibrahim Sitinik cuma menanam benih jagung di ruang tepi lot banglo kediamannya saja.
“Hobi saya, mini garden tanam jagung. Di ruang tepi lot banglo, bebas racun cuma bermodal RM10. Saya nak sharekan.” Ceritanya yang menetap di bandar Kota Bharu, Kelantan.
“Anak-anak 2 orang suka sangat makan jagung.”
Macam Ini Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah
Beli benih dari kedai Eco RM2. Saya beli RM10 semua.
2. Mula-mula saya gali tanah sikit saja. Letakkan benih dalam 4 ke 5 biji. Kemudian, tutup dengan tanah dan jirus.
3. Jirus pokok tiap petang. Dalam 4 ke 5 hari akan ada banyak anak pokok tumbuh.
4. Masa ini tabur baja asli, baja bekas kita bakar, yang hitam-hitam tu.
5. Dalam sebulan lebih dah mula berbuah. Tak sampai 2 bulan dah boleh makan hasilnya.
Punya Sedap Rasa Jagung Ni, Macam Dari ‘Cameron Highlands’
“Rasa jagung fresh dan sangat manis. Sedap macam jagung ‘Cameron’. Boleh hidang untuk anak-anak tanpa bimbang dan ragu.”
Ketika ditanya, bagaimana dengan kawalan serangga perosak. Akuinya, “Setakat ini tiada serangga. Subur je pokok.”
“Saya tak guna racun. Baja saja organik. Memang sihat je daun-daunnya.” Kalau tengok pada gambar pokok jagung dan hasil jagungnya memang subur dan padat isinya.
Tanam sendiri itu lebih puas hati kan.. benihnya pun murah saja.
Rupanya budaya viral sudah mula sejak dulu lagi, namanya bawa mulut.Ikuti kupasan tentang isu Budaya Viral daripada Pakar Motivasi, Prof Madya Dr. Haji Mohd Nor Mamat.
“Sebenarnya budaya viral mula sejak dulu lagi, namanya bawa mulut. Akan ada watak mulut murai atau sinonim dengan nama ‘joyah’ yang jadi tukang bawa cerita ke merata ceruk kampung untuk tujuan viral. Hari ini, viral menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi yang pantas dan terbuka tanpa sempadan.
“Viral boleh jadi bawa cerita jahat, fitnah ataupun perkara baik. Promosi sesuatu perkara ataupun perniagaan kita juga adalah termasuk budaya viral. Pada saya, agak sukar utk menghentikan budaya viral sebab fitrah manusia sukakan berita atau cerita yang menarik perhatian dan barangkali menghiburkan. Apa yg boleh dibuat ialah, gunakan fitrah manusia yang sukakan viral itu dengan menyediakan berita dan cerita yang baik-baik dalam bentuk yang menarik supaya mudah diviralkan untuk manfaat ramai.
“Ada beberapa jenis kategori yang suka viral, iaitu yang dengan niat untuk tujuan jahat. Mereka jadikan viral untuk tujuan kepentingan peribadi dan tidak mengambil kira kesan negatif yang timbul. Kategori kedua, mereka bertujuan baik tetapi tidak bijak mengurus maklumat yang benar-benar betul dan bermanfaat. Manakala kategori ketiga, mereka menjadikan kerja-kerja voral untuk mencari publisiti dan perhatian orang ramai. Mereka tidak kisah sama ada maklumat yang diviralkan betul atau salah, tetapi tujuan utamanya adalah untuk menonjollan dirinya.
“Ya setiap kita bertanggungjawab terhadap maklumat yang kita cari ataupun yang kita beri. Dalam buku saya bertajuk Perspektif Sains Komunikasi dan Teknologi Maklumat, adalah penting utk kita beretika seperti murid dalam pencarian maklumat dan sebagai guru yang mursyid dlm menyediakan maklumat. Ajaran Islam agar kita hanya mencari dan menyebarkan ilmu atau maklumat yg sahih dari sumbernya dan yang bermanfaat sahaja serta sumbernya yang diiktiraf (autoritatif).
Sebarkan Fitnah Tetap Salah
“Ya, walaupun teknologi, media dan instrumen dalam kehidupan kita semakin berubah tetapi falsafah hukum dalam Islam adalah tetap. Menyebarkan perkara keaiban orang untuk diketahui oleh orang lain, adalah salah. Menyebarkan fitnah tetap salah walaupun dengan penggunaan media ataupun tulisan. Menyebarkan sesuatu yg boleh menimbulkan fitnah dan perpecahan juga adalah salah dan dilarang dalam Islam. Tidak ada orang lain yang boleh mengubah kita, kecuali kita sendiri. Mulakan dengan diri kita supaya tidak menyebarkan viral dan tidak menggunakan berita viral secara membuta tuli. Kalaulah setiap rakyat Malaysia memulakan, barangkali media sosial akan hanya tinggal berkongsi perkara atau berita yang baik-baik sahaja.
“Pada saya, viralkan promosi perniagaan adalah sesuatu yg sangat baik. Setiap perniagaan memerlukan kpd hebahan berita kepada pelanggan atau orang ramai ttg produk yg dijual, dan viral adalah salah satu kaedah yg efektif. Persoalan yg timbul adalah apabila promosi yg menipu dan keterlaluan mengganggu orang ramai, ini akan menjadi viral yang negatif.
“Budaya viral akan berterusan kerana ia adalah keperluan dan fitrah dalam kehidupan manusia. Namun trend aplikasi dan instrumen teknologi mungkin akan berubah. Evolusi aplikasi media sosial juga sudahpun melalui peralihan dan berubah dari masa ke semasa. Viral dulu menerusi van dengan pembesar suara, akhbar, poster, flyer, televisyen, website, blog sehinggalah kepada FB, IG, Whatsapp dan lain-lain yang lebih pantas. Budaya viral akan terus relevan tetapi tugas kita adalah menjadi generasi manusia yang semakin berperadaban dan menguruskan teknologi untuk kebaikan semua.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudah je rupanya nak buat udang kering sendiri dirumah yang pastinya puas hati berbaloi, lebih segar, terjamin kebersihan dan kesuciannya. Tak perlu lagi ragu-ragu dengan proses pembuatannya. Bukan apa jika beli di kedai, selalunya udang keringnya berbau hapak, sudah lama serta diragui cara pemprosesannya. Boleh guna teknik rebus, kukus atau sangai.
Boleh ikut cara membuat udang kering sendiri dirumah yang dikongsikan oleh Faizah Husain sebagai panduan.
Udang kering homemade. Kalau nak dikira berbaloi ke tidak buat sendiri saya rasa berbaloi.
Walaupun sekilo udang bila dah dikeringkan hanya tinggal 200gm tapi di pasaran harga 200gm pun 20 ringgit. Saya beli udang basah ni 8 ringgit sahaja.
Sebenarnya lebih kepada kepuasan bila kita boleh buat sendiri. Pembuatan yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.
Bahan-Bahan:
1kg udang merah kulit keras
1 sudu garam kasar
1/2 cawan air
Cara Membuat:
1.Buang kepala udang supaya boleh basuh bersih-bersih. Tujuannya untuk mengurangkan alahan bagi yang tak tahan makan seafood.
2. Udang yang dah siap basuh.
3. Letak udang dalam periuk. Masukkan setengah cawan air.
4. Letak sesudu garam kasar. Garam ni supaya udang tidak busuk.
5. Rebus hingga air udang kering.Selain rebus boleh juga guna teknik mengukus dan boleh juga disangai.
6. Jemur udang dibawah cahaya matahari hingga kulit udang rapuh. Jika cuaca mendung masukkan udang dalam oven.
7. Masukkan udang dalam plastik. Saya lenyekkan sikit dengan anak lesung. Kemudian ketuk-ketuk di lantai/meja. Keluarkan dari dalam plastik tampi.
8. Inilah hasil kejadiannya. Udang kering buat sendiri. Udang ni dah bersih jadi asyik masuk mulut je. Sedappp.
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...