Pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora memang ada peminatnya yang tersendiri. Ada macam-macam warna dan cantik kiranya tanam ros Jepun sebagai pokok hiasan di halaman rumah. Uniknya bunga Ros Jepun ni akan kembang penuh pada waktu pagi dan menguncup selepas pukul 10 pagi.
Pokok ini mudah dibiakkan dengan kaedah keratan batang, namun kena ikut cara yang betul.Barulah pokoknya berbunga meriah dan cantik merimbun. Mak-mak yang berminat nak tanam pokok Ros Jepun di rumah, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Mohd Shaifful ini. Barulah pokoknya subur berbunga meriah!
Keratan pendek diperlukan untuk merangsang pokok tumbuh dengan cepat. Tunasnya akan membesar dengan cepat. Pokok akan bercabang banyak. Lagi banyak cabang. Lagi cepat pokok menutupi pasu. Keratan pendek akan menghasil kan pokok yang tumbuh secara menegak.
Apa jadi kalau saya tak kerat pendek, cucuk je ke tanah?
Ads
Tak salah. Pokok tumbuh macam biasa. Tapi tak akan cantik atau naik secantik tanam pendek-pendek.
Pokok juga lambat besar kerana akar yang tumbuh terpaksa menyerap nutrisi untuk bunga yang masih ada pada keratan yang ditanam. Kalau anda kerat, nutrisi itu digunakan untuk membesarkan tunas/pucuk baru disisi keratan pokok.(rujuk gambar). Saya buang semua bunga pada keratan.
2. Tanam Jarak-Jarak
Kenapa perlu tanam jarak-jarak dalam pasu ?
Supaya pokok tidak bersaing ( berebut ) baja dalam tanah. Bila pokok tiada persaingan maka tumbuh dengan sihat.
Ads
3. Perlukan Tempat Panas Matahari
Rumah tak kena panas pagi dan terlindung, lupakan niat untuk tanam rose jepun. Rose jepun 100% nak panas. Baja dan panas akan menghasilkan pokok berbunga banyak. Pastikan tempat anda tanam Rose Jepun kena panas. Jangan tanam bawah pokok atau tepi rumah yang redup. Matahari dan Rose jepun berpisah tiada.
Nak tanam boleh, tak ada masalah. Tapi tak de lah secantik kena panas pagi.
4. Letak Tempat Panas Selepas 4 Hari
Lepas tanam apa saya perlu buat ?
Siram keratan batang yang telah dicucuk ke tanah dan letak tempat redup. Letak tempat panas hanya selepas 4 hari. Masa ni pokok dah tumbuh akar dan kuat. Namun, lepas tanam nak letak tengah panas terus pun boleh.
Ads
*Siram tiap-tiap pagi kecuali hujan.
*Baja 1 kali setiap seminggu. Paling lewat 1 kali setiap 2 minggu.
Pada peminat ros jepun. Cuba lah Insha Allah menjadi.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak peminat pokok bunga Ros Jepun boleh cuba tanam di rumah, ikut tip yang dikongsikan ini. Barulah pokoknya subur, bunga cantik merimbun.
Sesekali jika mak-mak nak tukar selera ala western, nak cuba buat menu baru untuk hidangan keluarga boleh cuba resipi Chicken Meatball Bolognese With Cheese Ala Pizza Hut ini. Memang puas hati makan bila buat sendiri, malah lebih jimat dan berbaloi berbanding beli di restoran makanan segera ni. Terutamanya buat peminat keju yang meleleh dan cair dimulut! Nak buat pun senang dan bahan-bahan pun tak banyak.
Boleh ikut perkongsian resipi oleh Puan Anith Syazwani ini;
Bahan-Bahan:
Bebola daging (saya guna chicken meatball Ayamas, cari jenama Ramly x jumpa)
1 tin sos bolognese Prego (saya guna kimball )
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar)
Mozarella cheese
Cara-Cara Penyediaan:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
3. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
4. Masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
5. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese.
6. Masak sos bolognese sehingga mendidih dan pekat.
7. Masukkan pula 1/2 cawan susu segar dan lada hitam.
8. Tuangkan sos bolognese sehingga menutupi meatball.
9. Taburkan cheese. Bakar 10-15 minit pada suhu 170°c.
10. Siap untuk dimakan meatball bolognese ala pizza hut.
Siap! Selamat Mencuba!
Mak-mak bolehlah sediakan bahan-bahan dan boleh cuba buat nanti!
Susah nak dapat ikan bilis yang kekal rangup. Biasanya kalau rangup pun sekejap je, sewaktu baru angkat selepas digoreng.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan.
Rupanya gaulkan ikan bilis dengan tepung gandum sedikit adalah antara rahsia bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.
Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Mis Bieini.
Rahsia Ikan Bilis Rangup
“Ramai lagi yang tak tahu rupanya macam mana untuk ikan bilis kekal rangup walaupun dicuci bersih. Sebab ramai yang memilih untuk tak cuci ikan bilis terus masuk dalam minyak untuk mantain rangup.”
“Halalan Toiyiba” sayangku.Suka saya share disini untuk manfaat semua.
Bahan Diperlukan:
Tepung Gandum secukupnya
Cara Membuat:
1.Cuci ikan bilis bersih sebersihnya.
2. Tapis, tos kan bagi kering sedikit, saya tos lebih kurang setengah jam, sebab kalau tak tos nanti bergumpal dengan tepung jadi cekodok pulak ikan bilis.
3.Lepas dah tos campak je dalam pinggan yang dah letak tepung.Tepung apa?? Tepung gandum je.suka hati la cap apa, cap sauh ke lili ke janji tepung gandum.
Tip Ekstra!
* Pastikan gaul dengan tepung, ikan bilis tu tak bergumpal kalau tak nanti dalam kuali memang tak habis wristling la gamaknya.
* Ikan bilis yang tak terlalu basah comfirm tak bergumpal punya. Toskan jela elok-elok.
4. Masukkan ikan bilis yang dah digaul dalam tepung tadi kedalam minyak panas.Api jangan besar ye, just nice je. Baru la ikan bilis tu masak elok and rangup.
Ikan bilis ni boleh la makan dengan nasi lemak/buat sambal..rangup nye tu memang power, tak caya cubalah.
Langsir jenis ring yang menggunakan batang rod kayu biasanya lebih nampak kemas, moden dan cantik berbanding langsir guna dawai. Namun nak guna rod kayu tu agak mahal dan bajet besar. Bagi mak-mak yang nak pakai langsir jenis ring tapi dengan bajet terhad boleh cuba DIY batang langsir menggunakan Paip PVC ni.
“Yang mana teringin nak pakai langsir ring macam ni. Tapi tak dak modai nak beli kayu tu, boleh buat guna paip modai tak mahai sangat.Guna paip saiz 20mm, besi L tu boleh dapatkan di kedai eco. Yang lain-lain tu kedai hardware. Langsir saya beli kat d.i.y je”
“Boleh guna besi L yang agak kuat sikit.Terpulang masing-masing nak guna macam mana yang agak selamat.Yang ni percubaan pertama saya buat.”
“Saya cuma buat untuk satu bilik. Paip pun pakai yang dah ada saja, untuk langsir panjang 140cmx250cm. Kalau nak kira anggaran untuk 1 tingkap yang dua daun tu dalam RM5 macam tu saja.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
Paip PVC saiz 20mm (tebal) lebih kurang panjang 59 inci.
Besi L
Penutup hujung paip
Mesin drill
Skru dan nat secukupnya (untuk ikat besi L dan U plastik)
Cable tie
Cara Membuat:
1.Pasang Besi L dan U plastik serta skru sebegini.
2. Kemudian pasang/ tebuk pada dinding ikut kesukaan tuan rumah nak letak tinggi mana. Ukuran saiz panjang tingkap lebih kurang 54 inci.
3.Selepas itu, letakkan paip pvc dan pasang penutup paip kiri dan kanan.
4. Kemudian ikat dengan cable tie pada bahagian skru. Fungsinya untuk mengikat kedua-dua skru tersebut supaya lebih kukuh lagi.Risiko bahaya pada kanak-kanak, Insyaa allah selamat… Jika kain langsir yang berat perlu tambah kan besi L pada tengah tingkap supaya paip pvc tidak melentur.
Siap!
Penambahbaikan:
1. Boleh tukar Besi L lebih tebal dan U plastik tu boleh tukar kepada besi ikut pada saiz paip.
2.Gantikan U plastik tu dengan U besi. Penutup paip bahagian hujung tu pakai U paip yang lekat dekat dinding. Ataupun U plastik tu letak dua-dua telinga tu atas besi L tu. Ia lebih kukuh.
3. Besi L bergantung saiz tingkap.Kalau tingkap panjang kita perlu tambah supaya takut melentur. Besi L saya pasang tu hanya dua sahaja sebab kain nipis.Kalau kain tu berat baru pasang 3.Cari yang besi punya kalau untuk kain yang tebal.Satu tingkap lekat besi L tu sekurang-kurangnya 3.
4.Boleh pasang selak untuk tujuan keselamatan jika risau anak-anak tarik nanti.
Info Ekstra!
Dekat hardware ada jual batang besi yang bulat untuk sidai towel, boleh juga tukar kepada tu lebih nampak kemas. Jimat juga sebatang 6 kaki x RM2 = 12 + endcap RM3.50 kiri kanan.Dah ok boleh pakai langsir ring. Besi ni ada 2 jenis, nipis dan tebal, elok amik yang tebal kalau langsir berat sikit boleh lah tampung.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak guna langsir jenis ring, boleh cuba buat sendiri rod langsir guna batang PVC paip ni. Lebih jimat kos.
Tarif elektrik dah naik, mak-mak jangan seterika baju & buka aircon waktu pantang ini. Menangis bil melambung.kena tahu bila tarif elektrik naik mulai 1...