Berakhir pencarian kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang, mayat Putra Faris ditemui 50 meter sahaja dari lokasi selipar yang dijumpai sekitar Sungai Ganggarak.
Mayat Putra Faris Ditemui Terapung Abang Sendiri
Mangsa, Putra Faris Suhaimi, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 3.30 petang, hanya sekitar 50 meter dari lokasi selipar yang dipercayai miliknya ditemui semalam.
Penemuan itu merungkai misteri kehilangan Faris, namun pada masa yang sama meruntun hati ahli keluarga yang tidak putus-putus berharap agar anak kecil itu ditemukan dalam keadaan selamat.
Ads
Cuma 50 Meter Dari Lokasi Selipar Yang Dijumpai
Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sejurus pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 6.36 petang semalam. Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Layangan bersama polis, Pasukan Bomba Komuniti Atas Air Tanjung Aru, Jabatan Hidupan Liar serta penduduk kampung berganding bahu mencari mangsa.
Ads
Pelbagai usaha dilakukan termasuk menyusuri sungai menggunakan bot kecil dan bot besar, selain pemantauan keadaan sekitar sungai yang dipercayai mempunyai risiko kehadiran buaya.
Ads
Namun, takdir Allah mengatasi segala-galanya apabila Faris akhirnya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.
Tidak mudah untuk menerima takdir Allah ini, namun segalanya sudah tertulis di lut mahfuz. Jenazah mangsa telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat. Apa pun, doakan moga ahli keluarga mangsa kuat hadapi ujian kehilangan anaknya dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan soleh.
Terkejut dengan kes pelajar perempuan meninggal jatuh bangunan sekolah semalam, ramai zahir rasa simpati dan ingin tahu punca kejadian yang berlaku. Nak-nak pula apabila tahu kes berlaku waktu pagi.
Suasana tenang di sekolah menengah di Sendayan bertukar pilu apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Insiden tragis berkenaan menggemparkan seluruh warga sekolah serta penduduk sekitar apabila orang ramai dilihat mula berkumpul di kawasan sekolah sejurus selepas kejadian berlaku.
Seorang penduduk yang tinggal berhampiran sekolah berkata, dia hanya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila melihat ramai orang berkerumun di kawasan berkenaan.
“Rumah saya bersebelahan sahaja dengan sekolah ini. Saya nampak ramai orang berkumpul. Tak sangka pula ada kes pelajar terjatuh,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai dijalankan.
Tragedi yang berlaku ketika perjumpaan tiga penjuru sedang berlangsung ini benar-benar meninggalkan kesan mendalam. Keutamaan KPM saat ini adalah memastikan kebajikan dan sokongan emosi (psikososial) terbaik diberikan kepada keluarga serta warga sekolah yang trauma.
Kes kini dalam siasatan penuh pihak polis dan JPNS turut menjalankan siasatan dalaman. Mohon ruang dan privasi diberikan kepada keluarga arwah.
Kejadian itu turut mengundang rasa sedih dalam kalangan netizen yang menzahirkan ucapan takziah serta berharap keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Sebuah video yang dimuat naik di Threads baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai apabila memaparkan seorang wanita yang sedang melihat koleksi patung lama di sebuah premis menjual barangan terpakai atau lebih dikenali sebagai kedai bundle.
Walaupun rakaman tersebut kelihatan biasa pada awalnya, ia bertukar menjadi topik hangat apabila sudut kamera telefon bimbit wanita berkenaan dilihat berubah secara tiba-tiba ketika dia menghampiri salah satu patung yang dipamerkan.
Momen singkat itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen sehingga ramai mula berkongsi pengalaman masing-masing ketika mengunjungi kedai bundle yang menjual barangan lama, antik dan koleksi vintaj.
Dalam video yang tular itu, wanita berkenaan dilihat menghampiri sebuah patung berambut panjang sambil bergurau mahu menyentuh rambut patung tersebut untuk memastikan sama ada rambut yang digunakan adalah asli atau sekadar replika.
Namun sebelum sempat berbuat demikian, rakaman telefonnya dikatakan berubah arah secara tiba-tiba sehingga mengundang pelbagai spekulasi daripada pengguna media sosial.
Walaupun tiada bukti jelas mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan kemungkinan besar mempunyai penjelasan teknikal yang mudah, video tersebut tetap menjadi bahan perbualan ramai.
Bagi penggemar kedai bundle, situasi seperti ini bukanlah sesuatu yang asing untuk dibincangkan.
Malah ramai yang mengakui antara tarikan utama membeli-belah di kedai bundle adalah kerana setiap barangan mempunyai sejarah tersendiri yang tidak diketahui umum.
Ada pakaian, patung, perhiasan rumah, koleksi permainan, kamera lama dan pelbagai objek unik yang pernah dimiliki oleh individu lain sebelum dijual semula.
Disebabkan itulah, ramai pelanggan sering tertanya-tanya mengenai kisah di sebalik sesuatu barangan yang ditemui.
Siapakah pemilik asalnya? Dari negara mana ia datang? Apakah kenangan yang pernah tercipta bersama barangan tersebut?
Persoalan-persoalan inilah yang menjadikan pengalaman membeli-belah di kedai bundle terasa lebih menarik dan berbeza.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen mula berkongsi pengalaman yang mereka alami sendiri ketika mengunjungi kedai bundle.
Ada yang mendakwa berasa kurang selesa apabila memasuki bahagian tertentu yang mempamerkan koleksi patung lama atau permainan vintaj.
Ada juga yang berkongsi pengalaman melihat barang-barang pameran jatuh secara tiba-tiba walaupun tiada sesiapa menyentuhnya.
Bagaimanapun, semua cerita yang dikongsikan hanyalah pengalaman peribadi dan tidak dapat disahkan kesahihannya.
Tiada bukti saintifik yang boleh mengaitkan kejadian tersebut dengan sebarang unsur tertentu.
Sebahagian netizen pula mengambil pendekatan lebih rasional dengan menyatakan bahawa banyak faktor biasa boleh menyebabkan sesuatu objek bergerak atau terjatuh termasuk kedudukan yang tidak stabil, getaran persekitaran atau faktor teknikal lain.
Selain kisah yang dianggap misteri, terdapat juga pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman unik ketika membeli barangan di kedai bundle.
Antara kisah yang paling kerap diceritakan ialah penemuan wang kertas lama, syiling asing, resit pembelian, nota tulisan tangan dan pelbagai objek kecil yang tertinggal dalam poket pakaian terpakai.
Malah ada yang mendakwa menemui gambar lama keluarga, tiket pengangkutan awam dan surat peribadi yang dipercayai milik pemilik asal pakaian tersebut.
Penemuan seperti ini sering mengundang rasa teruja kerana seolah-olah membuka peluang untuk mengenali sedikit latar belakang kehidupan individu yang pernah menggunakan barangan tersebut sebelum ini.
Inilah antara sebab mengapa ramai pencinta kedai bundle menganggap aktiviti membeli-belah di premis sebegitu seperti satu bentuk pencarian harta karun moden.
Dalam budaya popular, patung lama sering dijadikan elemen utama dalam filem seram dan kisah paranormal.
Faktor inilah yang menyebabkan sesetengah individu lebih mudah berasa tidak selesa apabila melihat koleksi patung antik yang mempunyai ekspresi wajah tertentu atau reka bentuk yang unik.
Namun begitu, pakar psikologi menjelaskan bahawa perasaan tersebut banyak dipengaruhi oleh persepsi dan pengalaman individu sendiri.
Apabila seseorang telah terdedah kepada cerita seram berkaitan patung sejak kecil, minda secara automatik boleh mengaitkan objek tersebut dengan rasa takut walaupun tiada sebarang ancaman sebenar.
Atas sebab itu, tidak semua orang mempunyai reaksi yang sama apabila melihat patung lama di kedai bundle.