Cili dan bawang kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan. Bila dah buat stok banyak-banyak cili dan bawang kisar ni, sangatlah memudahkan kerja memasak dan menjimatkan masa. Tinggal ambil dan ‘campak’ je dalam kuali. Tak perlu nak kupas kulit bawang atau gunting cili kering dan kisar.

Namun nak buat cili dan bawang kisar untuk dijadikan stok ni ada caranya. Bukan apa, salah caranya nanti ia tah tahan lama,jadi mudah rosak, masam dan berkulat.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Raden Nor Kamalia ini, barulah cili dan bawang kisar tahan lebih lama.

“Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama.Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun dan goreng kue tiaw tinggal cedok jer. Stok untuk seminggu.”

CILI KISAR

Bahan-Bahan:

100 gm cili kering
3 biji bawang besar
Satu labu bawang putih (8@9 ulas)
Asam keping

Cara Membuat:

1.Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
2.Masukkan ke dalAm tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
3.Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
4.Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
5.Bila telah mendidih, tutup api.
6.Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
7.Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih.
8.Blender menggunakan air tapis.
9.Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais.

*Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.

BAWANG MERAH KISAR

Bahan-Bahan:

6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak Masak
Satu sudu garam

Cara Membuat:

1.Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
2.Blender bawang bersama minyak masak.
3.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
4.Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
5.Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
6.Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.

*Boleh tahan seminggu atau 2 minggu bawang kisar tersebut.

BAWANG PUTIH KISAR

Bahan-Bahan:

5 labu bawang putih
Minyak masak
Satu sudu garam

Cara Membuat:

1.Kupas bawang, cuci ,keringkan dan hiris kecil
2.Blender bawang bersama minyak masak.
3.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
4.Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
5.Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
6.Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.

*Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.

Cara SIMPAN Cili, Bawang Kisar Agar Tahan Lebih Lama, Stok Untuk Seminggu!

Baca Lagi Di Sini:

Guna Air Tapisan & Bawang Putih, Rahsia Cili Kisar Tahan Lama, Berbulan Tak Masam Berkulat

Jimat Guna Bawang, Kisar Kasar Dengan Minyak Boleh Tahan 2 Minggu!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak buat stok banyak untuk bawang dan cili kisar, boleh ikut cara yang dikongsikan ini barulah tahan lebih lama,tak masak, rosak mahupun berkulat.

Sumber:Raden Nor Kamalia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI