Peranan warna dan ruang amat berkait rapat. Ia penting untuk mengukuhkan personaliti dan individualiti sesebuah sudut di dalam kediaman.

Warna mampu mencetus mood dan persekitaran sama anda untuk mencerahkan, menaikkan ghairah, melegakan atau merehatkan. Jadi kali ini kami kongsikan 8 peranan warna pada ruang kediaman anda. Diharap artikel ini dapat membantu anda menambah pengetahuan anda tentang warna dan ruang.

Gambaran Diri Pemilik

Menggambarkan identiti, ekspresi, minat, budaya, karakter dan keperibadian seseorang. Bayangkan jika keseluruhan ruang kosong tidak ada warna, pastinya ia membosankan.

Peranan Warna, Bukan Sekadar Tambah Seri Ruang KediamanPeranan untuk menyerlahkan ruang

Sebagai contohnya ruang tersebut mempunyai reka seni binanya unik dan menarik, serlahkannya dengan warna yang sesuai.

Penyamaran

Ia juga ibarat sapuan concealer pada wajah yang berfungsi untuk menutup cela pada ruang tersebut. Sebagai contohnya ruang yang sempit dan terlalu panjang. Permainan warna yang bijak boleh menampakkan ruangan nampak lebih luas.

Pernan Untuk menambahkan cahaya

Jika kekurangan cahaya semula jadi, rona ruang mampu memberikan kecerahan secara tidak langsung. Material berkilat, metalik atau dinding yang dicat dengan warna cerah akan memberikan ilusi reflek cahaya dan ruangyang lebih berangin dan luas.

Peranan Warna, Bukan Sekadar Tambah Seri Ruang Kediaman

Lagi artikel menarik di sini:

Dekorasi Idaman, Rona Putih & Pastel Mendamaikan Jiwa

Wow, 80 Peratus Rumah Wanita Ini Dipenuhi Dekorasi Hello Kitty!

Jangan lupa FOLLOW MINGGUAN WANITA di instagram

Menjadi titik tumpu

Kusyen berwarna terang pada sofa berupholsteri rona neutral akan menjadikan tersebut sebagai tumpuan atau titik fokal pada ruang. Begitu juga permaidani warna terang atau jambangan bunga dalam vas mampu menjadi titik tumpu pada ruang.

Mengukuhkan tema

Sebagai contohnya jika mahu sentuhan klasik, gunakan rona kuning. Manakala untuk tampil dengan deko urban dan moden, gunakan warna mono-tone seperti hitam, putih dan kelabu konkrit di samping sentuhan aksesori aluminium dan krom.

Wujudkan mood dan ambience

Penggunaan warna mempunyai kesan psikolgi kepada khalayak secara tidak langsung. Setiap warna menghasilkan tenaga yang berbeza sama ada menenangkan atau merangsang. Sebagai contoh jingga dan dan kuning akan menyegarkan. Manakala biru air dan hijau ibarat meditasi yang menenangkan.

Peranan sebagai simbol

Warna bukan sahaja untuk dekorasi, ia juga boleh menjadi alat untuk menunjukkan budaya dan kepercayaan pemilik.