Jika ada ada laman yang terhad, tapi berhajat nak tanam nanas MD2 dalam pasu jangan susah hati. Jika betul caranya, nenas MD2 yang ditanam dekat laman rumah dalam pasu itu boleh berbuah cepat dan manis leting buahnya.
Lelaki ini, Azuan Abdullah yang berlatar pendidikan dari Universiti Putra Malaysia berkongsi panduan menanam nanas MD2 dalam pasu.
“Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je.” Walau pun cuma 5 pasu, hasil buah nenas MD2 ini akan lebih cepat berbuah.
Begini Cara Tanam Nanas MD2 Dalam Pasu
Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci. Pasu dari kedai Mr Diy.
Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk @ reput pangkal.
Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.
Gambar 4 (selepas)
Sebelum tanam nanas dalam pasu, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gambar 3 (sebelum) dan gambar 4 (selepas).
Masa nak tanam sulur tu, kita ada 2 pilihan samada nak buang akar atau tak. Terpulang pada diri kita. Usah kita jadikan ia satu isu yang besar. Ilmu pertanian ini sangat luas.
Ads
Macam saya, saya pilih untuk buang akar sebelum tanam. Ianya berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya.
Saya ada juga merujuk kepada sifu saya yang ada ladang beratus ekar, beliau pun buang juga akar sebelum tanam nanas.
Akar yang sedia ada tidak akan berfungsi bila kita tanam. Maksudnya akar ini akan mati dan kering. Akar yang sedia ada akan mati dan kering dalam tempoh 1 – 2 minggu lepas tanam. Bila akar ni dah kering, barulah akar baru akan tumbuh.
Senang cerita, akar yang sedia ada ni akan melambatkan proses pertumbuhan akar baru.
Sebab tu la saya buang akar sebelum tanam. Ia boleh mempercepatkan pertumbuhan akar baru.
Biasanya dalam masa 1-2 minggu lepas tanam, pokok dah berakar.
Lagi cepat berakar, lagi cepat pokok besar.
Lebih cepat pokok besar, lagi cepat boleh hormon.
Lagi cepat hormon, lagi cepat boleh harvest.
Lebih cepat harvest, lagi cepat boleh jual.
Lagi cepat jual, lagi cepat boleh duit.
Bila cepat boleh duit, kita pun banyak happy.
Mingguan Wanita : Dah fahamkan caranya. Selepas ini, bolehlah cuba tanam nanas tepi rumah pula ya.
Tak sangka, rupanya ada tip mudah nak cuci toilet bagi bersih. Yang penting murah dan berkesan, malah boleh guna buat macam-macam selain daripada cuci toilet.
Sebelum ini memang Hakak suka pergi Eco tetapi tak pernah pula jumpa eraser sponge yang dikongsikan Puan Khairiah Yusof ini.
Idea Cuci Toilet
Sangat membantu mudahkah kerja mak-mak, rasanya setiap rumah kena ada benda ini. Nah, tengok dulu macam mana nak guna eraser sponge ini untuk cuci toilet di rumah.
Ni carrie nak share.
Benda alah ni lah yang dok viral sangat kat Kedai ECO RM2.
So kelmarin pergi lah cari, memang berkesan sungguh!! Pagi ni dah try cuci toilet hilang habis kerak-kerak karat, daki ayaq, lantai toilet bersih putih. Lantai toilet warna putih kan so kalau kotor tu memang jelas nampak lah.
Berbaloi jugak beli. Sebab cost RM6. 1 item RM2. Dulu dok beli Clorox sebotoi sampai RM8 jenuh.
Satu lagi Eraser Sponge tu atau depa kata Magic Sponge memang betul-betul magic, lap dapur gas sekali lalu ja mereliqqq baqq anggg!
Yang suka masak tau lah camna berminyaknya dapur bila kita sudah masak, berbaloi sangat sebab RM2 ada 4 biji sponge dalam tu. Memang lap dapur yang minyak tu, guna pakai buang saja.
Cara guna cuci toilet:
Tuang Stain Remover dan clorin dalam botol spray, asing-asing botol ya. Spray tempat yang kotor, make sure pakai mask, glove dan selipar, biar 5-10 minit. Jangan masuk. Dan jangan bagi anak-anak dekat ya.
Lepas tu, terus juruih dengan air, yang kerak melekat tu boleh tonyoh dengan Eraser Sponge ya. Make sure juruih air sampai hilang rasa rengsa clorin tu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Beberapa hari saja lagi, Aidilfitri bakal menjelang tiba. Bagi mak ayah, cuti sekolah yang sudah pun bermula memudahkan mereka mengatur cuti untuk pulang beraya. Bahkan ada yang sudah pun berada di kampung dengan mengambil cuti seminggu lebih awal, selaras dengan cuti persekolahan anak-anak.
Ada sebab tu. Apa lagi kalau tak sebab nak menggelakkan kesesakan lalu lintas bila semua orang berpusu-pusu balik kampung nanti. Saya turut merasai pengalaman pulang beraya dalam kesesakan bila tiba giliran beraya di sebelah keluarga saya di Terengganu.
Sebaik memasuki lebuh raya, sudah terasa bahang beraya. Silap percaturan, memang berdepan dengan kesesakan yang teruk. Pernah terpaksa berbuka berlapikkan tikar di tepi jalan di hentian rehat. Mana taknya, hentian rehat penuh sesak dan tempat duduk untuk makan pun dah penuh.
Nasib baik ‘stand by’ tikar, bolehlah piknik di tepi jalan. Seronok tau! Sebab itu, sangat penting untuk mengatur perjalanan.
Memandangkan saya tidak ada anak kecil, lagi mudah untuk saya, suami dan anak bujang untuk bertolak pada bila-bila masa yang kami mahu. Suami lebih suka bertolak sebelum subuh dan akan berhenti solat serta sahur di mana-mana perhentian atau stesen minyak.
Ketika itu biasanya jalan raya tidak begitu sesak. Tapi ikut nasib juga lah. Cuma tahun ini saya tak ‘merasa’ menempuh jem yang teruk kerana akan beraya di Selangor di sebelah suami.
Pelbagai Jenis Juadah
Hari raya seolah-olah tiada seri tanpa hidangan hari raya. Selain itu, sudah tentu kehadiran aneka jenis kuih raya mencuri tumpuan. Ada orang yang lebih suka biskut tradisi dan ada pula yang mengikut trend.
Tahun ini biskut bertemakan haiwan viral seperti biskut ulat bulu. Untuk saya? Tetap kuih tradisi seperti semperit dan biskut Arab. Terus terang, saya memang penggemar biskut raya. Kalau ke rumah saudara mara dan rakan taulan, meja kuih raya dahulu saya akan terjah, bukan meja hidangan utama.
Tapi saya tak suka yang berinti. Jadi tart takkan termasuk dalam senarai untuk saya cuba. Di rumah, saya tidaklah beli terlalu banyak kuih raya sebaliknya lebih gemar membeli aneka kerepek. Tapi biskut raya yang saya beli itu adalah yang saya suka. Jadi, saya yang akan habiskan di penghujung Syawal nanti jika masih berbaki. Suami dan anak?
Hmm..mereka tak pandang pun! Apa pun, dalam menyambut Ramadan nanti, berbelanjalah dengan bijak. Sampai selepas raya nanti ada yang tak cukup belanja. Duit raya pun beri sekadar mampu. Yang penting ikhlas dan kita ingin meraikan kanak-kanak yang datang beraya nanti. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. Jangan lupa puasa sunat Syawal ye!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya bila ada masalah kesan terbakar pada seterika ia boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan panadol. Petua ini cukup mudah dan diakui terbukti berkesan mampu menghilangkan kesan terbakar tersebut. Bukan apa, bila seterika ada kesan terbakar pakaian, selendang dan sebagainya permukaannya jadi kasar dan kesat.Nak menggosok pun jadi payah.
Kalau dan guna macam-macam cara tak jadi juga, boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Chik Salbiah ini;
“Alhamdulillah..Selesai dah pasal seterika berdaki. Terima kasih yang empunya petuanya.Memang berkesan guna panadol ni. Siapa-siapa yang ada panadol lama tu jangan la buang”
“Dah macam-macam cara saya cuba nak hilang kesan hitam dekat seterika. Guna garam kasar pun tak berkesan. Last-last terbiar macam tu. Tu jadi lagi tebal kesan hitam. Terima kasih pada yang bagi petua guna panadol. Ingatkan dia main-main suruh guna ubat panadol”.
Bahan-Bahan:
Panadol
Kain Batik lama
Cara Membuat:
1.Hidupkan suis ‘on’ macam nak seterika baju.
2.Patah-patahkan je panadol tu tabur atas kain batik.
3.Selepas itu, gosokkan seterika panas atas panadol tersebut.
4.Buat sampai kesan hitam terbakar tersebut hilang.
Siap!
Perlu tahu!
*Tak perlu gosok panadol pada seterika panas, panas takut terkena jari.
*Cara ini untuk hilangkan kesan terbakar daripada kertas gam yang silap letak atau seterika terlebih panas menyebabkan kain trbakar.
Selamat Mencuba!
MW: Menarik juga tips dan petua yang dikongsikan ini. Jadi buat mak-mak yang ada masalah seterika berkerak atau mempunyai kesan terbakar bolehlah cuba yang dikongsikan ini, hanya menggunakan panadol.
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.