Sebagai seorang pelakon menghafal setiap baris skrip bagaikan satu kemestian dalam melengkapkan watak yang dibawa. Atas ‘keazaman’ mampu menghafal setiap skrip yang diberikan, pelakon Amar Baharin,35 menyahut cabaran #AlMulkChallenge dengan menghafal surah ini sebagai pencapaian peribadi dan seorang Muslim.
“Skrip 30 episod boleh hafal takkan Al Mulk 30 ayat tak boleh.Come on Amar, u can do it. Dengan izin Allah.”
“Maaf kalau ada tersalah atau tersilap dalam sebutan atau tajwid. Sila tegur ye. Al-Mulk ayat 1-15.” ujar pelakon ini dalam posting di Instagramnya.
Sebagai seorang peminat Sheikh Mishari, lenggok bacaan hafazan Surah Almulk pelakon tersebut seperti Qari tersebut. Amar juga ada berkongsi tip cara dia tersendiri agar mudah ingat dan hafal surah Al-Mulk ini dengan membaca 5 ayat berulang dalam kereta setiap pagi.
IKLAN
“Saya suka mendengar hafal Surah Al Mulk di Youtube. 5 ayat berulang kali. Biasanya waktu tengah driving nak pergi shooting setiap pagi dalam kereta. Lama-lama melekat. Malam lepas maghrib semak balik kat Al Quran,” ujarnya yang berazam menghafal Surah Al-Kahfi 1-10 pula nanti.
Memang terbaik usaha suami kepada pelakon Amyra Rosli,29 ini dalam usaha memperbaiki diri dengan menghafaz ayat-ayat suci Alquran. Antara kelebihan bagi mereka yang menjadikan Surah Al-Mulk sebagai bacaan harian, di kubur kelak ia akan menjadi penghalang pengamalnya daripada diseksa.
IKLAN
Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli ini baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat pada 11 November lepas. Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata Aqeef Anaqi,3 dan Ayra Arissa 9 bulan.
MW: Tahniah Amar atas usaha menghafaz Surah Al Mulk ini. Tersalah dan tersilap itu lumrah dalam belajar, yang penting usaha dalam memperbaiki sebutan, tajwid dan hafazan. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain untuk menghafaz kita suci AlQuran ini, tak mengira peringkat usia.
Setiap bulan apabila mendapat gaji pasti ada caruman gaji bulanan ke PERKESO. Sangat rugi sebenarnya apabila tidak merebut peluang membuat tuntutan di PERKESO apabila berlakunya kemalangan, sakit mahupun kematian.
Ini kerana PERKESO ditubuhkan untuk bagi bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau jatuh sakit. Lagi-lagi, apabila ia boleh mengurangkan kebolehanbekerja. PERKESO juga memberikan bantuan kepada ahli tanggungan pekerja melalui pencen sekiranya berlaku kematian.
Tak susah sebenarnya jika tahu cara proses untuk buat tuntutan PERKESO. Paling penting kena dokumen lengkap dan buatlah tuntutan secepat yang mungkin.
Baca perkongsian daripada Puan Dewi Mas Tina ini sebagai rujukan dan panduan apabila ingin membuat tuntutan PERKESO.
Since saya sakit few months ni ramai juga rakan-rakan yang pm bagi semangat dan ucap selamat..TQ semua yang prihatin.Sedihnya, ramai juga sahabat kita, dalam diam rupanya suffer slip disc macam saya juga.
When come to soalan, “Ko claim tak SOCSO?” Most of my fren says tak claim sebab tak tau layak ke dan tak tau cara.
Rugi tak claim.
Me my self pernah bantu orang claim socso sebab slip disc dan dia dapat 20k, few weeks after submit borang yang lengkap.
Nape setiap bulan, akan tolak sikit untuk socso out of gaji Kita ? dan out of million contributers, berapa peratus yang akan injured atau accident dalam masa berkerja?
So,today.. I’m gonna share few tips.
Jenis-Jenis Tuntutan:
1. Skim Bencana Pekerjaan
Skim ni kasi perlindungan pada pekerja yang ada kemalangan atau penyakit khidmat yang berpunca waktu kerja. Tak kisah lah tengah kerja atau on the way, skim ni cover.
2. Skim Keilatan
Skim ni beri perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan – ada keuzuran kekal. Contohnya, sakit teruk macam kanser, strok dan lain-lain.
3. Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
Skim ni kasi perlindungan orang yang kerja sendiri dari segala bencana pekerjaan. Termasuklah kalau dapat penyakit atau kemalangan waktu bekerja.
4. Skim Bencana Kerja Pekerja Asing
Skim ni adalah untuk pekerja asing. Jumlah caruman sebulan adalah 1.25% dari gaji bulanan – at least, pekerja asing dapatlah enjoy faedah kerja di negara kita ni.
INGAT: Sekiranya ada pape berlaku kat korang (baca: pekerja) dan keluarga, better buat tuntutan secepat yang mungkin. Nak senang, boleh contact jabatan sumber manusia (HR) syarikat untuk tahu proses tuntutan dia macam mana dari A sampai Z.
Tapi, tak ke lagi bagus kalau sendiri paham proses tuntutan dia camne? Hah, ni proses buat tuntutan PERKESO:
1. Check nama dan nombor kad pengenalan boleh buat tuntutan ke tak.
2. Dapatkan borang tuntutan (download je dari website PERKESO).
3. Make sure ada laporan perubatan doktor dari hospital.
4. Hantar borang dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke PERKESO.
PERKESO akan kasi surat dan tarikh untuk hadap Jemaah Doktor Panel (kalau situasi istimewa, PERKESO akan buat lawatan).
5. Selepas 2 hingga 3 minggu, PERKESO akan bagi jawapan – tuntutan lulus ke tak.
6. Kalau lulus, perlu bawa salinan buku/penyata bank supaya boleh disahkan untuk dapat duit tuntutan.
7. Sebaliknya, kalau gagal, boleh buat rayuan (jangan risau!)
P/s: Korang boleh buat tuntutan PERKESO dalam tempoh 12 bulan dari tarikh akhir kat sijil cuti sakit (MC).
Selain tu, saya listkan sekali langkah-langkah buat tuntutan PERKESO yang perlu tahu ikut situasi.
Situasi #1: Makan gaji & first time nak buat tuntutan.
Kalau dah berjaya mohon, rawatan selepas eksiden/sakit jadi percuma kalau pergi ke klinik panel PERKESO atau hospital/klinik gomen. Yang pentingnya, hantar dokumen-dokumen ni:
Laporan kemalangan Borang 21 atau laporan penyakit khidmat Borang PKS 68/69
Borang tuntutan – Borang 10
Surat pengenalan dari majikan
Rekod kehadiran kerja
Surat cuti sakit
Salinan kad pengenalan
Laporan polis dan peta lakar yang menunjukkan arah perjalanan (bagi kemalangan yang berlaku sewaktu pergi atau pulang dari tempat kerja).
Macam mana pulak kalau dapatkan rawatan kat klinik panel bukan PERKESO? Mesti nak claim bayaran tu balik, kan? Ni list dokumen yang kena ada:
In case tak boleh kerja selama 4 hari, layak dapat faedah hilang upaya sementara. Kiranya, akan dapat duit sepanjang tempoh tu (nasib baik!).
Situasi #2: Makan gaji tapi hilang upaya yang kekal
Jika benda ni berlaku, boleh buat tuntutan faedah hilang upaya kekal, tak kisahlah kehilangan upaya tu affect buat kerja ke tak. Korang hanya perlu mohon secara bertulis ke PERKESO dengan rujukan dari Jemaah Doktor.
Jangan lupa sekalikan dokumen-dokumen ni jugak:
Laporan perubatan dari hospital/klinik yang rawat pekerja
Borang permohonan
Salinan kad pengenalan
Borang tuntutan – Borang 10
Borang PKS (F) 1 dengan maklumat caruman PERKESO dan penyata gaji
Butiran akaun bank pekerja buat tujuan deposit
Kadar faedah yang korang dapat dari tuntutan ni adalah 90% dari gaji bulanan (jumlah minimum RM10 ke RM88.50 sehari). Katakan lah tak bersetuju dengan keputusan, boleh buat rayuan ke Jemaah Doktor Rayuan dalam masa 90 hari.
Lebih-lebih lagi kalau hilang 100% kemampuan bekerja, layak untuk terima elaun layanan sentiasa. Cuma, Jemaah Doktor kena sahkan dulu lah. Selepas tu baru korang akan terima elaun sebanyak 40% dari gaji – paling tinggi akan dapat RM500.
Situasi #3: Kerja sendiri dan nak buat tuntutan.
Untuk skim pekerjaan sendiri, korang ada 1 borang je kena isi iaitu Borang Tuntutan Faedah – PS 2. Alang-alang tu, sekalikan jugak salinan pengenalan diri dan bank statement sendiri. Kalau kerja makan gaji, tengok situasi #1 dan #2, ok?
Beza untuk situasi ni adalah dia depends sebab apa nak tuntut – atas sebab kemalangan ke sakit atau kematian. Boleh tengok kat bawah ni:
Tuntutan kemalangan
Sijil cuti/nota sakit
Laporan polis asal (jika ada)
Tuntutan sakit
Laporan perubatan
Tuntutan kematian
Sijil kematian
Resit perbelanjaan pengurusan mayat
Dokumen sokongan hubungan dengan si mati
Situasi #4: Pekerja asing yang nak buat tuntutan
Dokumen-dokumen yang pekerja asing kena hantar lain. Ya lah, dia ikut jugak sebab kenapa nak tuntut. Kalau perlu je, masukkan. Boleh tengok kat bawah:
Tuntut kemalangan & penyakit khidmat
Borang notis kemalangan & penyakit khidmat pekerja asing
Salinan muka hadapan passport
Salinan permit kerja
Surat perakuan perubatan
Laporan polis asal/salinan (polis kena sahkan)
Laporan perubatan
Salinan sijil kematian (jika ada)
Resit perbelanjaan pengurusan mayat (jika ada)
Dokumen sokongan hubungan dengan si mati (jika ada)
Salinan penyata bank
Tuntut faedah orang tanggungan pekerja asing & pengurusan mayat
Borang tuntutan faedah orang tanggungan pekerja asing & pengurusan mayat
Salinan muka hadapan passport
Salinan sijil kematian yang disahkan) (jika ada)
Dokumen sokongan hubungan dengan si mati (jika ada)
Salinan penyata bank
Resit perbelanjaan pengurusan mayat (jika ada)
Tuntut kos penghantaran pulang jenazah
Borang tuntutan kos penghantaran pulang jenazah (PPJ)
Salinan sijil kematian yang disahkan (jika ada)
Kad pengenalan penuntut/pendaftaran syarikat (ada pengesahan)
Resit asal kos hantar balik
Salinan bank statement
Dokumen pengesahan pulang jenazah dari gomen
Untuk makluman, sekarang ni takde sebarang had masa untuk buat tuntutan faedah PERKESO – asalkan penuhi segala keperluan yang dah ditetapkan.
Kalau semua dah ok dan cukup, boleh proceed buat tuntutan. Bagus jugak tahu benda-benda ni. Nanti takde lah buat kerja 2 kali bila kena buat tuntutan PERKESO nanti.
Jangan lupa jugak share artikel ni, ok? Mana tau ada ahli keluarga atau member yang tak tahu lagi ke. Selamat buat tuntutan.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan sekiranya ingin membuat tuntutan PERKESO disebabkan kemalangan, sakit ataupun berlakunya kematian.
Bila dah jadi mak-mak ni, ‘ilmu’ memilih barangan segar baik di pasar basah mahupun pasaraya bagaikan suatu kemestian.Bila ada ilmu barulah, barulah barangan yang dipilih benar-benar segar dan berbaloi dengan harga yang dibayar.
Salah satu bahan mentah yang sering dibeli dan menjadi kemestian ialah ayam segar. Ayam sering dijadikan menu hidangan kegemaran seisi keluarga. Namun seringkali juga ayam yang dibeli sudah berbau dan lagi tidak segar setelah dibeli.
Menurut perkongsian seorang dietitian di sebuah hospital, yang juga menyelia makanan di bahagian dapur, RuQayyah Muhdtelah kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam memilih ayam segar ini.
Berikut merupakan antara perkongsian dari beliau;
“Sejak saya mula bertugas menyelia perkhidmatan makanan di dapur hospital di samping memberi rawatan terapi diet kepada pesakit di wad, salah satu tugasan adalah memeriksa bekalan makanan yang sampai. Antaranya adalah ayam.
Setiap pagi bekalan ayam segar akan tiba ke dapur kami dan penyelia bertugas harus memastikan bekalan mentah yang sampai memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Ayam mesti segar. Tidak beku dan tidak ada bau. Dan baru disembelih pastinya.
Memastikan ayam itu elok untuk diterima pihak kami adalah satu ilmu baru yang saya tidak arif. Selalu saya main tunjuk saja ayam di pasar. Tak kisah betul segar atau tidak. Ilmu memilih ayam ini saya belajar daripada Chef saya di dapur dan daripada penyelia perkhidmatan makanan. Mujur ada mereka yang rajin turun ilmu. Kalau tak, sampai ke tua pun tak pandai pilih ayam”.
Lima Tip Memilih Ayam Segar
1. Warna Ayam
Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.
2. Tekstur Ayam
Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.
Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama. Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.
3. Darah Ayam
Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.
4. Bau Ayam
Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.
5. Lalat
Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.
Selamat membeli ayam segar.
Mingguan Wanita : Semoga tip berguna ini boleh dijadikan panduan buat mak-mak dalam memilih ayam yang benar-benar segar untuk hidangan keluarga tersayang.
Jika kita beli barangan atau makanan secara online, dan apabila sampai pesanan yang kita order itu tidak seperti yang kita pesan. Apa kita boleh buat?
Menurut Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman dalam temubual berkaitan topik Trend Penghantaran Makanan di Mingguan Wanita Talkshow Selasa 20 Ogos 2019, berikut adalah perkara yang pengguna boleh lakukan :
1-Kita ada hak untuk tidak membayar barangan yang dipesan itu. Sebagai contohnya, jika pesanan itu memerlukan kita membayarnya apabila barang sampai di rumah, kita ada hak untuk tidak membayarnya jika barang itu tidak seperti apa yang kita pesan.
2-Jika kita tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, kita boleh minta supaya pihak yang menjual untuk memberi sesuatu balasan seperti baucer yang mungkin kita boleh gunakan kemudian.
3-Dan jika tidak berpuas hati dengan apa balasan yang diberikan oleh pihak penjual, kita boleh bawakan kes itu kepada Tribunal Pengguna dan sebagainya.
Banyak lagi kupasan menarik yang telah dibuat oleh tetamu undangan seperti Izzue Islam, Amirul Syafieq mengenai topik Trend Penghantaran Makanan ini.
Sempena bulan Kemerdekaan pula, Tan Sri Dato’ Seri Rafidah Aziz pula berkongsi pandangannya bagaimana golongan millenial dan generasi akan datang dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka pada masa akan datang.
Siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini boleh diikuti pada pukul 5.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 122 pada pukul 5.00 petang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Adik beradik terkahwin sesama sendiri angkara ayah, peguam syarie dedah bahaya kahwin senyap-senyap. Ramai suka mengambil risiko bernikah secara senyap di Selatan Thailand dan...