Sebenarnya kabinet dapur tak besar mana pun tak kisah, tetapi kena pastikan pandai susun barang. Dan bila tengok ruangan dapur milik PuanĀ Nurulbadiah Lai, jatuh cinta pula. Memang tersusun dan nampak kemas.
Ini bukan hanya mata sedap memandang, mood nak masak pun boleh ‘mari’ dengan suasana tenang.
Cara Susun Barang Kabinet Dapur
Pepatah mengatakan ākitchen is the heart of the homeā so penting sangat to keep your kitchen clean and charming??
Rumah teres petak memanjang +ruang yang sangat limited. Decided buat kabinet yang tinggi sampai atas syiling dan banyakkan compartment dan rak-rak kat dalam kabinet agar semua barang well organised kat dalam.
So bila beli rumah, memang tak terus duduk sebab tak cukup ‘fulus’ nak buat sekali gus. Jadi menyimpan dulu dekat setahun untuk cari dana nak buat kabinet. Sebab jenis nurul tak suka pegang pada prinsip-asal ada.
Nurul sejenis – nak buat benda biar puas hati dan praktikal-lambat tak apa nurul boleh tunggu asalkan bila dapat biar betul-betul puas hati?
Jadi, macam ni hari ni.. walaupun tak berdesign sangat tapi sangat praktikal sebab semua benda susun dan sorak kat dalam kabinet.
Tip Paling Penting
Jangan beli periuk kuali banyak, cukup cukup untuk yang kita guna je. Pertambahan periuk bermakna pertambahan ruang nak simpan.
Paperbag/plastik/tin-tin/botol-botol jangan nak simpan semua ya. Selalu rasa sayang nak buang tapi tak pernah terguna pun. Akhirnya ruang dipenuhi benda-benda yang tak digunakan pun. Just simpan cukup-cukup saja. 4/5 items dah. Yang lain buang (kitar semula)
Cuba bedah siasat semula dapur anda. Mesti banyak barang-barang yang tak digunakan pun yang korang simpan sebab tu rasa ruang tak cukup dan terpaksa sumbat-sumbat je asal muat.
Ads
Bila ruang dapur kemas dan tak serabut, so apa lagi suka hatilah nak decor macam mana pun. Nak ubah seminggu sekali pun easy je??
Nak tidur, nak melepak pun tak ada hal kat dapur??
1. View the whole kitchen.
Nampak mcm luas tapi sebenarnya sempit je. Warna dan cara susunan kabinet mainkan peranan. Kalau perasan ruang ini sangat compact sebab kat sini je lah ruang dapur rumah.
2. Barang-barang dan peralatan memasak semua sorok dalam, yang ada kat atas semua hiasan. Periuk-periuk nurul letak kabinet bawah sinki tu.
3. Perkakas memasak dalam troli kayu tu.
Ads
4. Ruang kabinet yang sangat sempit tapi nurul letak rak-rak di pintu dan dalam. Jadi walaupun ruang kecil, tapi cukup untyk letak semua ubat-ubat, sos-sos, peralatan nak buat air. Rempah ratus, ikan bilis dan sebagainya.
Ruang ni nurul dah bahagikan siap-siap so nak masak ke apa senang je ambil. Siap ada beberapa ruang kosong lagi smpai kena letak hiasan dalam tu.
5. Simpan stock kat almari paling bawah. Ini stock makanan kering. Nurul suka beli lebih and stanby if barang-barang kering habis.
6. Kabinet sebelah tepi peti tempat simpan pasu-pasu atau alat-alat nak mendecor rumah.
Atas tu tempat simpan bekas-bekas nak basuh sayur ke ayam. Nurul tak beli banyak, beli yang nak guna je untuk jimatkan ruang.
7. Kat bawah dapur memasak tempat simpan all tr plates. Talam pun kat sini. Dah susun elok-elok kat mana pianggan dan mangkuk.
8. Tempat simpan sudu, cukup-cukup je tak yah banyak. Pisau pun cukup-cukup je. Pastikan kat dapur ada barang yang perlu sahaja.
Ads
9. Rak paling bawah tempat simpan plastik sampah,plastik-plastik atau paperbag. Tak banyak just cukup-cukup je. Rak no 2 tempat simpan kitchen towel.
10. Di sebelah coway tempat simpan mug yang digunakan hari-hari.
Rak no 2 jug nak buat air
Rak no 3 tempat simpan bekas anak-anak.
11. Ni view termasuk peti sejuk. Barang-barang yang sangat jarang guna letak dekat kabinet paling atas.
12. Atas penyedut asap tu ada dua compartment kabinet. Belah kiri tempat simpan segala botol-botol.. Belah kanan ade blender & mixer.
13. Rak letak segala peralatan memasak seperti senduk. Garam gula semua kt sini
Bawang pun kat sini.
Kat bawah tu actually tempat letak sos tapi remember tadi Nurul dh tunjuk sos-sos semua dah simpan kat dalam kabinet satu lagi.
14. Ugly truth dibelakang kabinet .di tepi pintu belakang. Tempat simpan sampah-sampah penyapu. Nurul jenis asingkan sampah ye.
15. Peti nurul tak ada botol sos ye sebab nurul simpan dalam kabinet. Peti nurul banyak sayur dan buah and bunga.
Haaa… macam mana mak-mak? Jatuh cinta tak dengan hiasan dari ibu muda ini? Yang penting minat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak yang sedang mencari idea mendeko itu, boleh cuba 9 tip deko yang dikongsikan Siti Mariam Kamsan ini. Pesannya, sebelum mulakan mendeko, tolong pastikan buang barang rosak atau yang semak di mata terlebih dulu.
Betul juga itu kan, salah satu masalah ramai di kalangan mak-mak ini, sayang betul dengan barang yang ada dalam rumah itu. Walhal tak pakai pun. Jadi, Sediakan satu plastik sampah besar untuk cleankan semua barang yang āmenyakitkan mataā. Lepas tu dah boleh plan untuk next step.
Kata Siti Mariam, āselepas posting viral, ramai yang minta saya dekokan rumah mereka. Tapi saya tak sedia lagi. Jadi, saya nak share tips deko ini untuk mereka yang memerlukan.ā
Jom semak infonya ya. Lebih mudah, sebab disertakan gambar untuk pemahaman yang lebih jelas.
9 Tips Deko Untuk Anda, Jangan Lupa Buang Barang Rosak
Pening kepala nak mulakan deko? Nah! 9 tips deko untuk anda.
1) PILIH STYLE
Ok korang boleh start google style apa yang korang suka untuk rumah korang. Tak tahu nak pilih style apa? Korang boleh google je. TAIP – STYLE DECORATION.
Yang kat gambar ni style Scandinavian.
Nanti melambak keluar . Antaranya style yang IN sekarang
Modern
Nordic
Scandinavian
English
Industrial
Dan macam-macam lagi. Pilihlah yang cantik di mata korang. Lagi ringkas,lagi simple, lagi sedap mata memandang.
2) PEMILIHAN LANTAI
Untuk deco nampak lagi wow, pemilihan lantai sangat penting. Untuk yang save badjet macam aku, memang pakai tikar getah pilih warna kayu macam ni.
Kalau korang ada badjet, boleh pilih viynl. Yang memang tak nak tukar apa-apa nak kekalkan mozek yang ada pun tak apa. Nanti karpet boleh jadi penyeri lantai korang.
3) WARNA
Pastikan warna yang dipilih tidak melebihi dari 2 warna gaiss! Kalau lebih memang jadi carca marba. Untuk ruang rumah yang kecil, boleh pilih warna putih untuk nampak effect besar pada rumah kita.
4) LAMPU
Lampu sangat main peranan. Untuk decoratioan ruang tamu, gunakan lampu warna KUNING. Korang pernah pergi IKEA. Rasa syok kan tengok deco dalam tu? Rahsia dia hanya guna lampu kuning bagi naikkan mood romantic dalam sesuatu ruang .
Lampu putih digunakan dalam toilet dan ruang dapur. Tapi untuk kita yang dah biasa guna lampu putih tu, jangan dibuang lampu tu. Just add on lampu kuning.
Bila ada tetamu baru pasang lampu kuning tu.
Yang ini lampu untuk picture wall ya! Kompem rumah korang nampak macam hotel or studio!
5) PICTURE WALL
Pastikan ada satu sudut PICTURE WALL yang korang kena pilih untuk rumah korang.
Cara tepat untuk pemilihan picture wall , korang bukak pintu rumah je, terus nampak dindind pertama. So itulah picture wall untuk rumah korang.
Pemilihan cat untuk picture wall sepatutnya dicat warna lebih gelap sedikit dari warna dinding yang lain. Lampu kuning juga digunakan untuk ruang picture wall . Memang boom rumah korang!
Pemilihan perabot berdasarkan style apa yang korang pilih. Selarikan dengan badjet korang. Kalau sabar, boleh beli online. Kalau nak puas hati , pergi kedai perabot.
7) SOFT FINISHING
Tips nak warna langsir , ikut sahaja warna dinding picture wall rumah korang. Kalau nak rumah nampak modern pilih langsir plain sahaja. Tak perlu bunga-bunga atau corak. Tapi ikut citarasa masing-masing.
Karpet juga dipilih berdasarkan pemilihan style. Karpet jenis geomatrik memberi effect ruang nampak lagi besar dalam rumah kita.
Pilihlah bantal yang comel untuk ruang tamu rumah anda.
DECO EKSOSARI
Daun besar diletakkan pada sudut spot ruang makan atau pun di picture wall rumah anda. Cari hotspot yang boleh orang nampak terus pokok ni.
9) FRESH FLOWER/ ARTIFICIAL FLOWER
Last sekali , Korang yang jenis suka menanam letak lah fresh flower dalam rumah. Kalau macam aku ni malas, carilah kat Ikea pokok ros ni. Pasu cari yang kilat ya.
Rasanya masih belum reda lagi pasal hobi tanam pokok hiasan dalam rumah. Masing-masing sibuk dok mencari pokok yang sesuai untuk letak dalam rumah. Maklumlah, tak perlu nak bersiram setiap hari dan penjagaannya pun senang.
Ingat, walaupun ia tidak memerlukan penjagaan hari-hari, kita sebagai tuannya kena ada tanggungjawab. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam, selepas itu, mulalah malas nak āmembelaā. Akhirnya pokok itu mati begitu sahaja.
Eddie Putera berkongsi tentang tip penting dalam menjaga pokok dalam rumah. Boleh dijadikan panduan untuk anda di luar sana.
Pastikan Sihat
Ramai yang sekarang teruja dan terjebak dengan indoor plants. Satu elemen yang amat best dalam rumah, menyihatkan mental dan merangsang kesihatan minda.
Tapi kena ingat, pokok ialah benda hidup. Apabila kita sudah commit untuk membela benda hidup, ia jadi tanggungjawab untuk kita pastikan dia sihat dan tidak mati. Sama macam bela kucing atau hamster. Kita dah jadi mami dan papa pokok. Kejam kalau kita beli dan pokok mati.
Tip untuk jaga pokok dalam rumah
1. Cahaya, cahaya dan cahaya. Cahaya jauh lebih penting dari air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari. Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis.
2. Ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap sedap.
3. Pastikan ada udara mengalir. Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.
4. JANGAN over siram. Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower..mandikan.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Buat 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari.
5. Tak payah baja memahal. Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambing 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.
6. Alat alat menanam dan trimmimg kena cukup. Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.
7. Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik. Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok.
MW: Jangan kita kejam pada pokok dan jangan terlalu ikut perasaan. Orang lain deko pokok dalam rumah kita pun nak juga. Akhirnya, pokok tu mati tidak ‘terbela’.
Setiap insan sememangnya mahukan keselesaan tempat tinggal. Apatah lagi buat mereka yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan pendirian Siti Aisya Kamaruddin, 28, dalam menguruskan rumah tangganya dengan baik, bukan sahaja suami dan anak yang perlu dijaga, bahkan kediaman juga harus dijaga rapi. Bak kata pepatah āRumahku Syurgakuā, maka tidak hairanlah Siti Aisya dan suaminya, Mohamad Fahmi Misroh, 28 ini sanggup berhabis untuk rumahnya bagi mendapatkan keselesaan dan ketenangan.
Siti Aisya dan suami idamkan kediaman yang ringkas dan moden.
āAlhamdulillah, rumah kediaman kami ini mencukupi untuk kami sekeluarga berehat. Malah saya juga bersyukur akhirnya saya dapat memiliki rumah pertama dan baru saja berpindah beberapa bulan yang lalu,ā ujar Siti Aisya memulakan perbualan.
Ketika melangkah masuk ke kediaman ini sememangnya, penulis berasa agak kagum, walaupun ruang rumah sederhana namun susun atur cukup moden dan menarik.
āKami meminati konsep ringkas, minimalisĀ dan moden. Tidak terlalu feminin ataupun maskulin.Ā Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu ADCSĀ (AD Creative Studio)Ā untuk menghasilkan rekaanĀ yang sesuai untuk kami berdasarkan konsep yang dipilih. ADCS kemudian drafkan beberapa cadangan untuk kami pilih dan membuat keputusan.Ā Konsep yang dipilih juga mudah untuk kami kekalkan penjagaan dan kebersihan. Kos juga rendah untuk mendapatkan hasil yang moden dan minimalis.Ā Sesuai untuk kami, generasi muda yang masih baru dalam mendirikan keluarga,ā ungkap ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini.
Bilik mainan puteri mereka yang cukup selesa.
Sanggup Berhabis
Mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 untuk pengubahsuaian Siti Aisya mula minat melakukan dekorasi rumah dari rancangan TV, Casa Impian. Sejak daripada itu,Ā dia jugaĀ telah berhasrat untuk mendapatkan rumah idaman apabila sudah memiliki rumah sendiri.
āSumber inspirasi banyak datang dari mediaĀ sosialĀ seperti Instagram, FacebookĀ dan Ā Pinterest.Ā ADCS juga banyak memberi idea dan cadangan.Ā Alhamdulillah, bajet kami cukup untuk menghasilkan sentuhan sebegini buat kediaman kami. Tidak salah untuk berbelanja sedikit demi kediaman idaman.Ā KamiĀ jugaĀ tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membersihkan dan mengemas rumah,ā sambung Siti Aisya.
Ditanya tentang ruang kesayangannya, Siti Aisya menerangkan ruang ruang vanity diĀ bilik tidur utama menjadi kegemarannya. Manakala suami pula gemarkan panel helmet di ruangan makan.
Siti Aisya juga berasa sangat bersyukur kerana syarikat pereka dalaman yang dilantik telahk mentafsirkan rekaan yang sesuai buat ruang yang terdapat di kediamannya. Warna yang dipilih juga berdasarkan pilihanĀ dia dan suamiĀ yang gemarkan warna semulajadiĀ dan warna perabot yang dibeli.
Siti Aisya dan suami gembira miliki rumah pertama dan dekorasi yang diidamkan.
"Jika ada masalah, tenangkan diriā¦ā Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...