Nak cantikkan dan deko dapur tak semestinya kena beli baru. Guna barang-barang terpakai yang ada di rumah pun boleh jadi cantik, yang penting kena kreatif. Antaranya, jika ada banyak botol-botol kaca tu, jangan dibuang boleh buat bekas rempah ratus tergantung macam yang dihasilkan oleh Fridie Yusop ini. Nampak kemas dan jimat ruang di dapur.

“Dari buang ke tong sampah botol-botol kaca, ada juga menfaat. Yang penting ada efforts.Tak banyak modal pun boleh la bubuh rempah ratus omputeh abang.”

Bahan Diperlukan:

Cat spray (Spray Paint)
skru secukpnya
kayu
L metal
Label Sticker
Screwdriver

Cara Membuat:

1. Sembur/cat Spray Paint pada keseluruhan botol dan biarkan sehingga kering.

2. Pasangkan L Metal pada plat besi dan ukur, buat lubang untuk jarak botol.

IKLAN

3. Skrukan pula tutup botol pada plat besi tersebut.

4. Boleh masukkan rempah ratus yang ada dan lekatkan pula dengan Label Sticker.

Siap!

Baca Lagi Di Sini:
‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!
DIY Meja TV Guna PVC,Cat Hitam Terus Nampak Lawa Macam Besi!

MW: Menariknya. Kreatif sungguh dari botol kaca boleh jadi bekas rempah ratus yang cantik ni. Nampak kemas je, paling penting jimat ruang di dapur.

Sumber: Fridie Yusop