‘Mengandung selepas berendam dalam tasik dayang bunting.’ Hati-hati takut terpesong akidah.

Sejak dulu lagi, wujud golongan yang percaya dan menjadikan ikhtiar untuk hamil dengan berendam di Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah.

Namun begitu, berhati-hatilah takut jatuh syirik dan akhirnya memesongkan akidah.

Artikel Berkaitan : 7 Tahun Ikhtiar Hamil, Duit Habis Beribu Sampai Izinkan Suami Kahwin Lain, Sudahnya..

Mengandung Selepas Berendam

Sudah pasti pasangan berkahwin menginginkan cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga sehingga ada segelintir yang sanggup ikhtiar dan mula percaya dengan perkara mitos.

“Orang kata kalau tengah usaha nak dapatkan zuriat boleh cuba berendam dalam tasik Dayang Bunting,” itulah ungkapan yang sering diucapkan.

Dalam Tasik Dayang Bunting

Perkongsian seorang pengguna di pengguna media sosial, Malissa Ali menasihatkan pasangan berkahwin untuk tidak sewenang-wenang percaya dengan benda yang memesongkan agama.

IKLAN

Wanita itu berpendapat ia adalah merupakan satu kenyataan yang mendorong kepada khurafat sehingga boleh menggoyahkan iman seseorang individu.

Baca Di Sini : Ikhtiar Hamil Dengan Kelapa Bakar, Jika Lepas Minum Perut Memulas, Sendawa Atau Muntah Itu Tanda Ada Gangguan

Hati-Hati Takut

“Inilah padah internet, benda khurafat macam ini boleh memesongkan orang,” tulisnya.

Sementara itu, mitos yang membawa kepada perkara khurafat ini mendapat kecaman netizen yang mempersoalkan perkara itu.

IKLAN

Artikel Menarik: 

Ini Cara Belah Buah Zuriat, Buat Air Rebusan Dan Minum Suami Isteri, Bacalah Surah Ali Imran Ayat 38 & 200 Untuk Ikhtiar Hamil

“Ini Ikhtiar Nak Dapat Bayi Perempuan…” Pengalaman Hamil Ibu Anak Sembilan

Terpesong Akidah

“Syirik kalau percaya benda sebegitu, kalau mengandung itu asbab dari Allah bukan sebab Tasik Dayang Bunting,” komen seorang pengguna.

IKLAN

“Jaga-jaga takut kita tergolong dari golongan syirik,” tulis pengguna lain.

Mingguan Wanita : Mengandung atau tidak segalanya bergantung kepada Ketentuan Allah. Jika ada di kalangan kita yang mengandung selepas berendam di situ, mungkin ianya hanyalah kebetulan.

Sumber : Kosmo Online

Orang Yang Jauh Dari Bau Syurga:

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI