7 Tahun Ikhtiar Hamil, Duit Habis Beribu Sampai Izinkan Suami Kahwin Lain, Sudahnya..

Ujian suami isteri ikhtiar hamil, yang begitu menantikan cahaya mata lagi-lagi yang dah bertahun kahwin masih juga ‘kosong’, sungguh tak dapat dizahirkan perasaan itu.

Macam-macam perasaannya, antara tak sanggup mendengar pertanyaan ‘orang’, rasa bersalah tak dapat beri yang terbaik untuk suami atau isteri, rasa tertanya mengapa Allah uji begitu begini.

Sungguh! emosinya cukup berat. Demi cahaya mata, sebut saja apa ikhtiar yang ada pasti akan dicuba. Bukan sedikit duit yang keluar, ada yang sampai puluhan ribu ringgit pun pernah dihabiskan. Ya.. demi cahaya mata, pernah juga mengizinkan suami berkahwin lain.

Mereka apa tahunya? Bertanya tanpa sedar, ‘soalan itu’ bisa bunyinya.. menghiris hati. Dan inilah yang dilalui oleh pesakit Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin. Seusai rawatan ruqyah dengan ustaz, wanita ini meluah rasa.

Suami Isteri Habis Beribu Ikhtiar Hamil, Kesudahannya..

Ustaz, hari ini saya buat rawatan dengan ustaz terasa sakit sangat. Ya Allah tak sangka, saya ada gangguan macam ini. Ustaz nak tahu, kami suami isteri dah habis beribu duit nak ikhtiar dapatkan zuriat.”

Dari rawatan di hospital. Jangan cakap lah.. sampai ke IVF pun kami dah buat tapi masih belum berjaya.

Dua kali kami buat IVF dengan kos yang agak tinggi. Bukan mudah kami nak dapat duit. Suami kakitangan kerajaan. Dia sanggup buat pinjaman di bank semata-mata untuk ikhtiar rawatan IVF. Tetapi apakan daya, masih belum rezeki kami juga.”

Pasangan suami isteri ini sudah membuat pemeriksaan menyeluruh. Dan keduanya normal tanpa masalah.

Kami juga cuba urutan bidan. Macam biasa kata bidan, peranakan jatuh, peranakan senget. Puas juga macam-macam. Pergi urut.. masih belum rezeki juga.”

Kami ikhtiar juga makan ubat tradisional, jamu-jamu, ubat-ubat di pasaran. Ubat-ubatan jangan cakap lah kos beribu juga kami habis.”

 

7 Tahun Ikhtiar Hamil, Duit Habis Beribu Sampai Izinkan Suami Kahwin Lain, Sudahnya..

Jelajah Satu Malaysia Ikhtiar Rawatan Islam

Sebelum ini, pasangan ini tak berapa percaya dengan rawatan Islam. “Saya pergi ke satu rawatan Islam. Ustaz tu tepuk keluar. Ya Allah banyak seperti habuk kaca keluar.”

Masa tu berulang juga setiap minggu jumpa ustaz tersebut untuk buang apa yang ada dalam badan. Tapi masih belum ada rezeki juga.”

Sakit ketika itu, alhamdulillah akuinya makin berkurangan. Sebelum ini kerap sakit kepala. Lepas buat rawatan tepuk, sakit kepala hilang. Tapi sukar tidur malam dan mimpi buruk masih ada lagi.

IKLAN

Sejak dari tu macam-macam saya jumpa perawat Islam. Sebab nak ikhtiar buang apa yang menganggu kami dan ikhtiar untuk hamil.”

Ada yang letakkan harga sampai beribu. Kami bayar pun ada. Sebabnya kami terlalu inginkan anak. Masa tu kami tak fikir lagi perawat itu betul ke tak, tipu ke tak asal apa yang kami inginkan tercapai.”

Ke Selatan, ke Utara, ke Timur dan ke Barat kami pergi cari perawat Islam. Tapi masih hampa. Masih menemui jalan buntu.”

Kebanyakan daripada perawatan Islam itu kata, sebaik discan kami tiada apa-apa. Jika jumpa tok bomoh, kata ada pula. Tapi cas duit lepas rawatan jangan cakap lah.

Duit Simpanan Makin Menyusut

Sejak dari itu, duit simpanan kami makin menyusut. Harap duit gaji bulanan je lah.”

Bila usia perkahwinan dah masuk 7 tahun. Asal jumpa kawan-kawan, tiada soalan lain yang di tanya.

Berapa orang dah anak kau sekarang?”

Walaupun ia hanya satu soalan, tapi amat buat diri ini terasa. Tambah-tambah lagi soalan itu di tanya oleh ipar duai, pakcik makcik, jiran tetangga.

Bila mereka bertanya terasa diri dan hati ini amat sukar nak diluahkan. Hati menangis tapi mulut masih berusaha mengukirkan senyuman.

Biasanya saya akan jawab, “Belum ada rezeki untuk saya dan suami ada anak lagi.”

IKLAN

Mana yang faham terus bagi semangat, bagi pandangan pun banyak. Saya hargai pada mereka yang bagi semangat.

Tapi ada juga menyindir di belakang, tarik muka bila berdepan. Kata tak pandai buat anak lah dan macam-macam lagi.

Sudahnya Izinkan Suami Kahwin Lain

Kalau nak tadah air mata ini, dah berbaldi air mata ini keluar. Mujur ada suami, mak abah, mak ayah mertua yang amat memahami diri ini.”

Pada mereka lah diri ini menumpang kasih. Syukur sangat pada Allah mereka amat memahami saya. Lagi-lagi suami dah berkorban dari segi wang ringgit, masa dan banyak lagi semata-mata untuk saya.”

Pernah satu masa saya meluahkan pada suami. “Abang jika abang nak sangat zuriat dari abang. Abang kahwin lah lain saya izinkan.”

Apa yang suami saya jawab, Ustaz nak tahu?

Selagi sayang ada rahim, selagi itulah sayang boleh hamil. Cepat dengan lambat je. Abang amat sayangkan sayang. Susah senang walau apa pun terjadi abang nak hanya bersama sayang. Tak sanggup nak lukakan hati sayang..”

Lepas dengar jawapan dari suami. “Ya Allah rasa amat disayangi sangat-sangat. Rasa diri ini dihargai walaupun tak mampu bagi cahaya mata untuknya.”

Hati isteri mana yang sanggup bermadu Ustaz? Tapi jika terpaksa demi kebahagiaan suami, saya sanggup berkorban Ustaz. Jika itu yang dapat bahagiakan suami.”

IKLAN

Sebab saya amat sayangkan suami saya.”

 

7 Tahun Ikhtiar Hamil, Duit Habis Beribu Sampai Izinkan Suami Kahwin Lain, Sudahnya..
Kredit foto : babyology.com.au

Cemburunya.. Tengok Kawan, Baru Kahwin Dah Dapat Cahaya Mata

Bila tengok kawan-kawan baru kahwin, tak lama lepas tu dengar mereka hamil. Cemburu sangat hati ini pada mereka.

Sekejap je kahwin dah dapat merasa jadi seorang ibu. Tapi yang membuatkan saya jadi kuat dan sabar adalah suami saya. Dialah yang akan memeluk tubuh saya ketika saya dalam kesedihan.”

Bila dah jadi begini, sifat saya pada suami pun jadi berubah. Saya jadi kuat cemburu. Saya jadi cepat fikir bukan-bukan pada suami. Saya takut kehilangan suami.

Bila suami salah sikit pun saya cepat marah sebab emosi saya amat terganggu. Bila jauh amat rindu, bila dekat ada sahaja yang serba tak kena.

Ya Allah.. saya sayang suami saya Ustaz. Saya tak nak kehilangan dia.” (Terus suami pesakit saya tadi peluk isterinya, kucup dahi beliau ) Berlinar air mata mereka.

Menitis juga air mata saya melihat keadaan mereka berdua tika itu.

Rupanya Wanita Tadi Alami Gangguan Saka Keturunan

Itulah cerita salah seorang pesakit yang datang terima rawatan dengan saya. Beliau datang ikhtiar hamil. Beliau bila di ruqyah rupanya mengalami gangguan saka keturunan.

Meracau beliau bila di ruqyah. Kesakitan yang amat sangat bila di ruqyah di perut dan di belakang beliau. Beliau diganggu oleh Saka Keturunan Nenek Kebayan.

Disebabkan gangguan itu menjadi salah satu asbab yang membuatkannya sukar hamil.

Saya yakin di luar sana ada yang mempunyai masalah yang sama seperti cerita di atas. Jika anda tidak keberatan boleh kongsikan cerita anda.”

Ya Allah..
Kau Hadirkanlah benih zuriat pada Rahim semua pesakit-pesakit ku.
Permudahkanlah mereka mendapat cahaya mata yang pertama.
Cahaya mata yang soleh dan solehah.
Aamiin Ya Allah..

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI