Mak-mak boleh belajar dan buat sendiri lempeng legend yang lembut gebu dan sedap, malah cantik bila guna ‘pan’ saiz 18 ni.Lempeng memang kesukaan ramai apatah lagi bila dicicah dengan sambal sardin atau kuah kari.
Nak sediakan untuk keluarga atau nak buat berniaga pun boleh sangat. Ikut resipi ni mesti jadi.
Nak buat lempeng yang sedap dan cantik, boleh cuba resipi dan tip buat lempeng lembut gebu daripada Puan Suzana Othmanini.
Lempeng Legend Lembut Gebu Airtangan Mak Buyong.
Setiap kali up gamba lempeng mesti ramai yang cakap lempeng kita cantik. Alahai.. Rasa macam nak belanja lempeng je kat semua yang komen tu tau. Tapi apekan daya, dok dalam fesbuk dapat jamu mata aje.
Harini kita belanja resepi dan tutorial buat lempeng supaya semua orang boleh buat sendiri kat rumah. Kira belanja jugak la tu kan.
Yang ini kita buat jual. 1set 6 keping rm5. Kalau nak jual jugak boleh letak harga ikut budi bicara masing-masing.
Ads
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat lempeng legend yang cantik, lembut gebu dan sedap. Boleh cuba buat nanti di rumah. Nak buat jual untuk berniaga pun boleh sangat.
Sekali pandang nampak macam kek batik, tapi sebenarnya ia merupakan Puding Biskut Marie yang sedap lagi kaw! Jika selalu kita makan biskut batik, teksturnya keras namun jika buat puding ini rasanya seperti kek batik namun teksturnya lebih lembut!Orang tua mahupun kanak-kanak pun lebih mudah nak makan bila teksturnya lembut.
Mak-mak boleh cuba buat puding biskut marie ini seperti yang dikongsikan oleh Nur Haziqah menerusi group Masak Apa Hari Ni (MAHN);
“Ini bukan kek batik , tapi puding biskut marie.Rasa macam kek batik cuma tekstur puding.Resepi ni saya dapat dari group ni juga ( sorry tak ingat nama ) cuma saya olah ikut citarasa sebab nak dapatkan rasa lebih kaw gituu.”
RESEPI PUDING BISKUT MARIE :
Bahan-Bahan:
Biskut marie original
10gm Serbuk agar-agar (saya guna cap bunga raya)
2 1/2 cawan air
1 cawan Susu Segar / susu cair
1/2 cawan susu pekat (kalau nak manis jadikan 1/4 cawan)
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
120gm butter (nak guna marjerin pun boleh)
3 sudu besar serbuk koko
12 sudu besar milo
Cara Membuat:
1.Blend susu segar, susu pekat , telur dan tepung kastard sehingga sebati.
2.Bancuh serbuk koko dan milo bersama 1/2 cawan air panas.
3.Masak serbuk agar-agar dengan 2 1/2 cawan air sehingga larut. Kemudian tapis.
4.Masukkan semula adunan agar-agar ke dalam periuk bersama butter dan kacau sehingga butter cair.
5.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
6.Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko + milo dan kacau sehingga pekat dan adunan meletup-letup menggunakan api kecil. Tutup api
7.Gris loyang dengan minyak dan lapik plastik.
8.Tuang adunan puding , nipis saja.
9.Susunkan biskut marie, kemudian tuang lagi adunan puding.
10.Ulang sampai adunan puding habis.
11.Sejukkan baru potong.
Info Ekstra!
Lapik plastik pada dasar loyang sahaja. Keliling loyang tu sapu dengan minyak. Masa nak keluarkan dari loyang sisip tepi dengan pisau lepas tu terbalikkan terus.
Selamat mencuba !
#nuhazkitchen
MW: Mak-mak kena cuba buat puding biskut marie ni di rumah, anak-anak mesti suka, lembut pun iya senang nak makan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hati kadang tertanya-tanya selamat ke tauhu yang dibeli di kedai. Kita pun tak tahu sejauh mana kebersihan dan cara penyediaannya. Lebih baik buat tauhu homemade di rumah sendirikan.
Rupanya buat tauhu ini tidaklah gunakan bahan yang banyak pun. Cuma kacang soya, air dan cuka, Kalau mak-mak masih beri alasan, macam mana nak jadi ibu yang hebat ya tak.
Jom belajar buat tauhu homemade seperti yang diajarkan oleh Mimi Ly.
“Bila semua nak buat sendiri, macam ni lah jadinya. Kali ke dua buat tauhu homemade. Resepi ada pada setiap gambar ya. Saya dah up ni, tak sangka pula ramai yang nak. Lebih kurang saya minta maaf ya.
“Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak mencubanya. Insyaallah.” Jelas Mimi yang memaklumkan lain orang lain cara pembuatannya.
Bahan-bahan Buat Tauhu Home Made
1 kilo kacang soya
Cuka makan
2 helai kain napkin yang bersih
2 bekas plastik sama saiz
Jika sukakan kacang soya organik, bolehlah dapatkan bahan-bahan organik lain di Love Earth :
Caranya Mimi Tunjuk Bawah Ini
Sediakan 2 kain napkin anak yang bersih. Yang ni masih baru tak pakai lagi.
Bekas penapis ni saya beli kat kedai RM2 saja. Beli 2 bekas satu untuk bawah satu untuk atas ya. Usahakan bekas yang sama. Biar senang nak tekan tauhu tu nanti. Atau ikutlah bekas apa yang korang nak. Janji yang bawah tu ada lubang dan bekas atas dan bawah sama besarnya.
Rendam 1 kilo kacang soya semalaman. Kalau buat 500 gram sikit sangat jadinya. Nanti tak berbaloi buat penat aje kan. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya. Saya guna cawan metrix ya.
Caranya: Kisar kacang soya dengan air paip. Perbandingan untuk sekali kisar. Sukatannya: 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Lepas dikisar, sekali sahaja tak mahu dua kali ya. Hampasnya boleh buat cekodok ke apa ke ikut suka!
Kemudian tapis dengan kain napkin tu. bawahnya letak bekas untuk tampung air. Kasi perah sama dia elok-elok. Buat sampai habis.
Masukkan dalam periuk besar air tapisan tadi. Hampasnya kita buang. Kacau sentiasa biar sampai keluar bau dia dan berasap-asap. Ingat masa ni kacau terus tak nak bagi dia pecah. Tunggu 5 minit lagi baru tutup api. Tunggu 5 minit lagi bagi dia suam sikit.
Baru tapis sekali lagi untuk kali kedua. Ini bagi mengelakkan daripada hampas-hampas yang tersisa tadi. Baru tauhu homemade kita cantik, lembut jer.
Lepas ditapis tadi letak dalam bekas yang bersesuaian. Biar lagi 5 minit baru masukkan 10 sudu besar cuka makan. Kacau lagi sekejap dan biarkan tunggu dia menjadi ketulan-ketulan dalam 15@20 minit macam tu.
Kalau Tak Nak Guna Cuka : Boleh Letak GDL (serbuk tao fa). Beli kat kedai bakery pun boleh. Untuk gantikan cuka makan tadi. Sukatannya:
√ 60 gram air suam
√ 30 gram GDL kacau sebati dengan air suam tadi. Baru campur sekali dengan air tauhu kita.
Pilih antara satu yang ada kat rumah atau yang anda suka. Nak cuka makan saja atau GDL tu! sila hadam baik-baik, Jangan letak pulak dua-dua sekali.
Ni semua untuk 1 kilo kacang soya. Kalau korang nak buat 500 gram kacang soya sila bagi dua jumlah cuka atau GDLnya. Faham ya semua.
Siapkan bekas tapis tadi. Letakkan lagi kain napkin. Bawah tapis ni saya letak lagi rak. Biar senang air lebihan tahu tu menitis ke bawah.
Baru masukkan bancuhan yang dah menjadi ketul-ketul tadi.
Terus tutup dia kasi elok-elok. Buang sisa air yang ada dan mampatkan tauhu homemade kita.
Kemudian timpa dengan bekas yang sama besar dengan yang di bawah tadi. Letak pemberat apa pun yang ada kat rumah. Saya guna batu konkrit.. hahaha..
Tunggulah sampai dia betul-betul sejuk dan bila dibuka kain dia tak melekat. Nak letak bekas macam mana pun boleh. Janji bekas yang di bawah tu ada penapisnya macam dalam gambar.
Tu diaa.. tauhu homemade kita. Alhamdulillah puas hati buat sendiri. Dah siap macam ni simpanlah dalam peti ais bahagian bawah bukan yang beku. Atau jangan simpan kat suhu bilik bilik. Nanti cepat rosak.
Letak 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu homemade kita. Dah pon siap.
Bila nak masak, bolehlah potong dengan pisau ye.
Petua Dapur, Buang Bau Cili Pada Pengisar
Petua ini tak ikut sekali dalam resepi cuma nak bagi petua yang biasa saya buat saja. Untuk hilangkan bau dalam mesin pengisar cili ni. Kita rendam dulu dengan kopi dan air panas. Jangan minum pula ya. Hehe.. Kemudian, kisarlah untuk buang bau cili dia tu.
Dah tahukan buat tauhu homemade macam mana. Teknik ini hendaklah dibuat ikut stepnya. Selama mana boleh disimpan tak pula dinyatakan, sebabnya sekali buat tauhu ini akan cepat habis. Tapi mak-mak boleh gunakan indicator ini. Jika tauhu dah mula rasa masam, bermakna tauhu itu dah tak baguslah untuk dimakan.
Memang menarik resipi Donut Susu yang lembut dan gebu ini. Rasanya bukan sahaja anak-anak yang suka, mak ayah pun ‘tumpang sekaki’ makan berketul-ketul. Sesuai buat minum petang untuk seisi keluarga.
Boleh cuba resipi Donut Susu yang dikongsikan oleh Puan Noor Shafiqah Ghazaliini sebagai rujukan;
Baru buat kemarin dulu hari ni terasa nak makan pulak donut susu ni. Bukan setakat anak-anak ja suka mak ayah pun berketul-ketul makan.
Saya buat tak ikut resipi, agak-agak je.
Bahan-Bahan:
1 Pek Mauripan (Bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih)
1kg tepung gandum
1 biji Telur
2 sudu makan marjerin
Susu pekat agak-agak ja
2 sudu lebih susu tepung
sedikit garam
Cara Membuat:
Apabila yis dah kembang, campur semua bahan-bahan dan uli dalam sejam.
Bahan (Salutan)
Susu tepung (saya guna fenleaf)
gula pasir
* Kisar halus 2 bahan ini, sebelum salutkan pada donut yang telah digoreng. Pastikan donut tersebut telah disejukkan dahulu.
Siap! Selamat Mencuba!
Mesti Baca:DONUT,CAKOI,PAU, Resipi Mudah Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih! Baca Lagi Di Sini:Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut! Artikel Menarik: Cakoi Gebu Gebas Cicah Sos Karamel, Ini Cara Paling Simple!
Mingguan Wanita: Jika nak buat donut susu yang tengah viral ni, boleh ikut resipi dan tip yang dikongsikan.
Kemalangan pikap polis Perlis mengakibatkan seorang pemuda maut selepas dirempuh. Keluarga kini menuntut keadilan. Baca laporan penuh perkembangan kes.