Memang betul, selalunya bila beli Roti Sardin Goreng ni isinya sikit, buat sendiri lebih puas hati boleh makan berulang-ulang! Anak-anak mesti suka. Mak-mak boleh buat untuk minum petang, atau sarapan pagi bekal untuk anak ke sekolah nanti.

Boleh cuba resipi Roti Sardin Goreng yang dikongsikan oleh Puan Marzie Hana ini sebagai rujukan.

Selalu beli isi sikit je, ni buat sendiri puas hati boleh makan berulang-ulang. Emm..dapp.

Bahan-Bahan:

3 biji bawang besar
5 biji cili padi
1 tin sardin (apa-apa brand pun boleh, ikut suka lah)
sedikit gula
garam
Roti potong
Tepung Goreng Pisang Adabi
Tepung Gandum

Artikel popular: Masak Sambal Sardin Goreng Dulu Ikan, Kurangkan Bau Hanyir & Lebih Sedap!

Cara Membuat:

1.Tumis bawang besar dan cili padi sampai garing.
2.Masukkan sardin dalam tin.
3.Kemudian masukkan sedikit gula dan garam.
4. Masak sampai sedikit kering, tutup api dan lenyek-lenyekkan je.

5.Kemudian letak sardin tadi atas roti.

6.Lipatkan roti, celupkan dalam tepung goreng pisang adabi dan dicampurkan sedikit dengan tepung gandum. Macam nak buat pisang goreng tu.

7.Goreng garing, angkat dan toskan minyak. Potong dua dapat banyak sikit.

IKLAN

Siap!

Mesti Baca: ROTI GULUNG SARDIN Tak Serap Minyak, Goreng Cukup Sekali Balik Je!

IKLAN

Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Resipi Laksa Penang Ekspress Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!

Mingguan Wanita:Sedapnya Roti Sardin goreng ni. Memang puas hati buat sendiri, boleh makan berulang-ulang. PAling penting boleh letak isi banyak.

Sumber: Marzie Hana

IKLAN

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura