Mesti pelik kan bila tengok ada resipi kerabu pucuk daun kari. Tertanya-tanya, tak bau kari ke bila makan nanti. Itulah, belum cuba belum tahu rasa sedapnya.

Bagi rumah mak-mak yang ada daun kari, bolehlah cuba resipi kerabu pucuk daun kari. Selalunya kita dengar, kerabu pucuk paku, kerabu mangga dan beberapa jenis kerabu yang tak dinafikan memang sedap dan selalu kita makan.

Sementelah, biasanya daun kari untuk kita masak gulai kari atau buttermilk yuang memang untuk menaikkan aroma masakan.

Kali ini, apa kata anda cuba resipi kerabu pucuk daun kari yang dikongsikan oleh Nurul Nadzirah. Nak tahu bau atau tidak karinya, kena rendam dengan air garam dulu ye. Kena cuba.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi ‘Nasi Goreng Sekolah’, Goreng Sampai ‘Berasap’, Barulah Masak Sempurna Dan Sedap!

Resipi ‘Sup Darat’, Kalau Selesema, Tak Sihat Boleh Cuba Masak Ini, Rebus Saja!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Cuba

Bahan-bahan:

Kelapa parut
8 tangkai cabai melaka (cili) – Nak pedas boleh letak lebih.
Cabai besar (Cili Merah)
Air asam jawa
Belacan sikit (bagi yang suka, tak masuk pun tak apa)
(Blend semua bahan di atas)

IKLAN

Isi ikan, udang(di rebus asing-asing)
Kerisik, garam, cukup rasa sedikit..
Bawang besar di hilis/potong nipis

Daun kari di leraikan ramas, gaul rendam dengan air garam (dalam 15 minit) untuk buang bau.

Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!

Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!Inilah daun kari, boleh ambil semua.buang tulang ranting dan ambil yang lembut di bahagian atasnya saja.

 

IKLAN

Bilas dan tapis daun kari.

Selepas itu, gaulkan dengan semua bahan di atas.

Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!

Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!

Sedapnya, Resipi Kerabu Pucuk Daun Kari, Kena Rendam Air Garam Dulu, Hilangkan Bau!

IKLAN

P/s: Saya pun pertama kali buat. Bila tengok bantyak pucuk daun kari terut tanya mak selain ulam, boleh juga buat kerabu. Sedap sangat. Gandingkan dengan kuah gulai memang makan bertambah dan tak tengok lauk lain dah.

Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Kalau dah pokok kari merimbun, bolehlah cuba buat nanti. Mesti sedap ni.

Sumber: Nurul Nadzirah

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI