Resipi viral seperti ‘Raindrop Puding’ ni mudah je rupanya nak buat. Tak perlu beria, boleh je masak ikut cara, citarasa dan selera kita je. Bahan utama yang diperlukan adalah agar-agar jernih.Bila dimasak hasilnya cukup sedap, lembut dan seperti titisan embun hujan.
Boleh cuba resipi mudah ‘Raindrop Puding’ ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Malnorashima Bt Ismail ini sebagai panduan.
Hmm..musim tengkujuh dah tiba.Hujan sana sini.Sesuci titisan hujanan rintik-rintik manja nyaman.Tetiba anak-anak duk menyebut RAINDROP PUDING. Petang tadi terbuat gak..#kakidapor. Masak cara kita-kita aje.Sedap tak sedap, selera dan citarasa masing-masing.
Bahan Diperlukan:
Serbuk Agar-agar
Air secukupnya
Gula
Gula Melaka
Kacang Tanah
Cara Membuat:
1. Masak serbuk agar-agar macam biasa. Agar-agar dah larut letak sedikit gula. Cuma tak letak pewarna je.
2. Masak biar lembut gedik-gedik dan saya letak dalam acuan lompang @ ikut suka.
3. Kuahnya pun saya masak gula melaka macam nak buat kuah kuih lopes tu je.
Ads
4. Kemudian tabur kacang tanah yang disangai dan dikisar.
Buat mana yang ada bahan kat dapur je. Tak rancang-rancang pun. Anak yang duk sebut-sebut, anak tunjuk gambar kita pun buat cara kita je.
Mingguan Wanita: Mudah je rupanya nak buat ‘Raindrop Puding’ yang tengah viral ni. Buat je cara kita, lebih mudah dan puas hati anak-anak makan. Selamat Mencuba!
Cuaca panas memang sedap makan aiskrim. Nak buat sendiri pun tak susah mana malah lebih jimat berbaloi dan puas hati makan. Mak-mak yang nak buat aiskrim sendiri di rumah untuk anak-anak boleh cuba resipi Aiskrim Yogurt yang sedap ni. Memang nampak mewah, sebiji macam aiskrim mahal yang kita beli dekat kedai. Gabungan rasa masam-masam sikit, manis dan berlemak tu yang buatkan jadi sedap dan tak cepat muak.
Ikut resipi Aiskrim Yogurt yang dikongsikan oleh Puan Irna Harlina sebagai panduan;
3 tahun kahwen, 3 tahun tu jugak suami request mintak nak rasa sangat aiskrim yogurt yang pernah buat jual dulu. Baru hari ni buat. Kesian laki aku. Awat ntah yang tak terbuat-buat.Huhuu.Biasa dia request kek ke ape buat je. So hari ni aku buatkan sebesen besar untuk macam-macam flavour.
Ni antara best selling dulu. Cuma biase bubuh lagi mekap lawa-lawa eskrim ni dengan buah-buah fresh atas dia. Tapi sekarang dah retire lama dah dari dunia membaking.Nak buat untuk makan sendiri pun berchenta rasenya.Huhu.
Siapa yang ada hati nak suruh aku open order lagi tu silakan buat sendiri. haha
Resipi Aiskrim Yogurt
Bahan-Bahan:
500 gram *Fresh Cream
500 gram *Whipping Cream
500 gram Yogurt plain asli
350 gram susu pekat manis
4 sudu besar ovalete
2 sudu besar *jus lemon/ limau (Yang ni pandai-pandai agak dan rasa sendiri bergantung kepada jus limau yng kita guna. Yang penting ada rasa masam sikit, dan manis berlemak)
Fresh cream tu non dairy, Whipping cream yang dairy.Dua-dua kena pukul sampai kental.
Cara Membuat:
1. Pukul fresh cream dan ovalete sampai kental atau fluffy.
2. Masukkan yogurt, mix sekejap bagi sebati.
3. Kemudian masukkan pula susu pekat manis dan mix lagi.
4. Pukul asing whipping cream sampai kental.
5. Kemudian baru campurkan whipping cream yang dah kental tadi ke dalam adunan fresh cream dan yogurt.
6. Masukkan jus lemon/limau dan mix lagi. Siap!
7. Letak dalam bekas selang seli filling dengan aiskrim.
Info Ekstra!
1. Filling tu ikut suka, boleh beli dekat bakery. Tapi biasanya saya campur lagi filling dengan jus limau bagi kurangkan manis dan nak lebih masam sikit.
2. Kalau nak buat yang coklat, saya buat sendiri juga guna serbuk koko, whipping cream, susu dan gula. Saya buat agak-agak je. Whipping hipping cream dalam 300g, serbuk koko saya tak ingat berapa sudu sebab saya main tuang je agak-agak belum hitam sangat saya tambah lagi sampai dapat warna coklat yang kita nak.
Susu dan gula tu pun agak-agak, ikut kita nak manis macam mana. Yang ni boleh panaskan dalam periuk direct atas api kecil. Kacau sampai semua dah larut n panas-panas sikit tak yah tunggu mendidih. Tapi kalau nak mudah, guna coklat bar yang jual kat bakery tu cairkan skali dengan whipping cream guna kaedah double boil.
3. Kalau nak jual kena kira kos semua dulu, darab dua kemudian bahagi dengan brape bil bekas yang dapat. Dulu saya buat macam tu.
Mingguan Wanita : Menariknya resipi Aiskrim Yogurt ni, nampak mewah sebiji macam aiskrim mahal. Gabungan rasa masam-masam sikit, manis dan manis tu jadi sedap. Tak cepat muak.Boleh cuba buat untuk makan sendiri, atau nak buat niaga pun boleh sangat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Bunga Kantan selalu ditambah pada kuah Laksa Penang, Asam Pedas dan sebagainya sebagai penambah aroma menyedapkan lagi rasa masakan. Jika mak-mak ada tanam sendiri bunga kantan, ada lebihan bunga kantan di rumah boleh cuba buat Sambal Bunga Kantan yang sedap, garing dan pedas ini. Rasanya yang unik, pasti membuka selera dan boleh dinikmati dengan bubur atau nasi panas.
Berikut perkongsian daripada Puan Mastuty Ramly sebagai rujukan;
“Kali pertama buat.. macam gini ke rupa sambal bunga kantannye. Terjebak tengok tv3 tadi..teringin nak rasa, terus gi cari bahan. Jadi kan malam ni jugak sambalnye.”
Bahan-Bahan:
Bunga kantan dihiris halus
Cili padi ikut rasa pedas sendiri
Bawang merah dalam 10-15biji kecil
Ikan bilis (Digoreng hingga garing)
Cara Membuat:
1. Gorengkan bawang merah dan cili padi, setelah layu blend kan (jangan halus sangat).
2. Kemudian tumiskan kembali bahan yang di blender tadi. Dah naik bau serta minyak masukkan bunga kantan beserta air (saya letak dalam 3 cawan untuk layukan bunga kantan)
3. Masak sampai naik minyak semula, masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Dah naik minyak, matikan api.Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng ketika sambal dah sejuk supaya ikan bilis masih lagi kekal rangup.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak rasai kesedapan dan keunikan sambal bunga kantan ni, bolehlah cuna sendiri di rumah. Makan dengan bubur atau nasi putih panas, fuhh memang sedap.
Jumaat kali ini, MW share empat resipi istimewa yang tidak rumit untuk di buat. Dikongsikan oleh Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Seri Hartamas, Kuala Lumpur…resipi ini pastinya pantas memikat selera anda sekeluarga.
MEE WANTAN DAGING
Bahan-bahan :
• 100 gm mee wantan direbus terlebih dahulu
• 100 gm daging
• 2 ulas bawang putih yang dicincang
• Sesudu besar kicap pekat
• Sedikit minyak bijan
• Sesudu teh serbuk ayam
• 2 batang sawi
• Sedikit lada sulah
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
2. Kemudian tumiskan daging hingga masak.
3. Masukkan mee wantan yang direbus terlebih dahulu, serbuk ayam, kicap, lada sulah dan seterusnya sawi. Masukkan air mengikut skala kuantiti kuah yang dikehendaki. Siap untuk dihidang.
NASI GORENG SALOMA
Bahan-bahan :
• Semangkuk nasi putih
• Sesudu sambal belacan
• Sebiji telur
• Sedikit serbuk ayam
• Dua ulas bawang putih dicincang
• Sedikit udang, bebola ikan, sotong, dan fishcake (bahan tambahan ini boleh diolah mengikut selera masing-masing)
• Minyak untuk menggoreng
• Garam secukup rasa (*jika perlu)
Cara membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan fishcake. Tumis sehingga bahan-bahan ini masak. Seterusnya masukkan sambal belacan.
3. Kemudian pecahkan telur, masukkan sedikit serbuk ayam gaul kesemua bahan tadi. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata kesemua nasi dan bahan-bahan rencah di dalam kuali. Perasakan dengan garam jika perlu, siap untuk dihidangkan.
MEE GORENG P. RAMLEE
Bahan-bahan :
• Sebiji telur
• 100 gm mee kuning
• 50 gm udang basah
• 50 gm sotong
• Bebola ikan secukupnya
• Fishcake secukupnya
• Sedikit bawang putih dicincang
• Sesenduk sambal *cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu
• Sedikit kicap pekat
• Sesudu sos cili
• 2 batang sawi yang dipotong kecil
• Sedikit serbuk ayam
• Sedikit tauge
• Minyak untuk menggoreng
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
Seterusnya tumis seketika udang, sotong, fishcake dan bebola ikan.
2. Langkah berikutnya masukkan cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu dan sos cili. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan mee dan sedikit air, diikuti dengan serbuk ayam. Curahkan kicap pekat serta pecahkan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan sawi dan juga tauge. Ringkas lagi menyelerakan.
KUIH LOMPANG
Bahan-bahan :
• 1.5 cawan tepung beras
• 0.5 cawan tepung ubi
• 2 cawan air
• Secawan gula merah
• Secawan gula pasir
• Pewarna mengikut citarasa masing-masing
• Dua helai daun pandan
• Kelapa parut bahagian putih sahaja
Cara Membuat :
1. Masak dua cawan air bersama daun pandan sehingga mendidih.
2. Dalam bekas berasingan masukkan tepung beras, tepung ubi, air dan secawan gula. Gaul kesemua bahan ini biar mesra. Jika ada yang mahukan lompang berwarna, anda boleh masukkan pewarna pilihan kedalam adunan ini.
3. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuannya.
4. Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan kemudian dikukus dalam periuk pengukus untuk tempoh 15-20 minit.
5. Setelah kuih lompang masak, angkat dan sejukkan seketika. Sebaik ia sejuk, barulah taburkan parutan kelapa di atasnya. Siap untuk dinikmati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...