cari-yogurt

Cari yogurt untuk anak pun ada panduannya. Dr Mazliana Mazlan berkongsi cara agar yogurt yang dibeli itu betul-betul sihat dan baik untuk usus. Jadi, anak akan dapat khasiat probiotik yang sempurna.

Lagi-lagi jika anak suka betul makan yogurt ini kan. Eloklah ibu hadamkan panduan yang doktor kongsikan ini ya.

Cara Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Untuk Anak

Cari yogurt yang betul-betul sihat dan baik untuk usus, supaya anak kita dapat khasiat probiotik dengan sempurna.

1. Kondisioner makanan
2. Perisa dan pewarna tiruan
3. Maltodekstrin
4. Pengawet makanan

Elakkan yogurt yang ada bahan-bahan ini.

Cari yogurt asli, dari buah yang asli, bukan buah dan perasa tiruan.

Walaupun dilabel yogurt itu untuk anak-anak, tetap kita cuba belek samada ianya lulus untuk anak atau tidak.

Mudah sangat nak jumpa yogurt asli dari 100 peratus susu segar lembu. Tanpa pewarna, pengawet mahupun kondisioner makanan.

Kalau anak suka makan yogurt yang ada buah, balik blend sendiri buah dan bagi anak makan.

Sebab tak semua tempat ada yogurt dari buah asli. Yang banyak, dengan pelbagai bahan lebih dari 4 bahan. Ditambah lagi dengan pengawet dan perasa.

Antara Contoh Yogurt Yang Boleh Dijumpai Di Pasaraya

Saya bagi contoh gambar, masa saya ke pasaraya Mydin baru ni. Tak semua makanan sihat ada di pasaraya besar macam Aeon dan Jaya Grocer.

Mydin dan Tesco pun banyak jugak makanan sihat yang kita boleh pilih. Cuma kena rajinkan sikit diri kita untuk baca label. Begitu.

IKLAN

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Antara pilihan yogurt yang saya sukabeli untuk anak-anak.

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Antara yang ok jugak. Tapi cari yang biasa je tak perlu low fat pun. Lemak dari susu bagus untuk anak-anak.

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Ini versi yogurt buah yang lulus. Cuma tak selalu ada di Mydin.

IKLAN

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Ini perisa asli je sebenarnya. Tapi banyak pulak bahan penambah.

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Cari yogurt asli dan blend strawberry di rumah, insyaAllah itu lebih baik.

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

IKLAN

Ada juga bahan penstabil dan sebagainya.

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Pening tengok bahan-bahan walaupun ada label ‘kids’.

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Begini Cari Yogurt Yang Betul-betul Sihat Dan Baik Untuk Anak

Maltodekstrin pun ada dalam ni. Elakkan ye untuk anak-anak kesayangan kita.

Boleh baca post saya berkenaan maltodekstrin dalam makanan kegemaran anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6243591309046118/?d=n

Posting asal berkenaan tips pilih yogurt untuk anak-anak.
https://www.facebook.com/100001859337552/posts/6408575072547740/?d=n

Sama-sama kita cuba ya, untuk sediakan pilihan yang lebih baik buat anak-anak dan keluarga.

Sumber/Foto : Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI