Hampir setiap malam anak kedua Amyza Aznan, Adrian Adam menahan sakit akibat kanser tulang yang dihidapi sejak bulan Ramadan lalu.
Ramai yang tercuit emosi rasa sebal dengan keadaan anak ini, nak-nak dia sudah kehilangan abang sulungnya disebabkan sakit kanser juga. Apa yang ditelan tidak mudah, namun tetap reda dengan ujian yang Allah bungkuskan.
Adrian Adam Menahan Sakit Setiap Malam
Ads
Namun menurut Amyza, perkara ini sebenarnya memberi impak besar terhadap emosinya terutama mendengar rintihan kesakitan Adrian yang baru berusia 18 tahun.
“Satu dah pergi (Allahyarham Andre), seorang lagi sakit sama. Sekarang ini, setiap hari dan setiap malam dia cakap sakit.
“Saya tak tahu nak cakap dan buat apa. Apa boleh saya buat? Setiap malam sebelum tidur saya akan tanya dan dia jawab sakit.
“Namun dia pula sebelum ini tak mahu cakap kongsi kesakitan itu dengan saya tetapi cakap kepada orang lain,” katanya dalam siaran langsung Instagram semalam.
Katanya, kesakitan tersebut semakin kerap dirasai Adrian sejak minggu lalu. Adrian juga sering menyembunyikan kesakitan yang dialami daripada pengetahuan Amyza.
Minggu lalu, hampir setiap hari, bila sudah tidak tahan sangat kesakitan, menangis.
“Dia anak yang sangat baik tetapi dia pandai tipu mak dia. Bila tanya sama ada dia sakit, jawabnya tidak,” ujarnya.
Berkongsi lanjut, Adrian kini menjalani beberapa rawatan yang menelan kos tinggi.
“Ketika ini, Adrian sedang menjalani rawatan di beberapa tempat, kami tidak fokus pada satu lokasi sahaja. Setiap sesi rawatan sekitar RM900. Itu baru satu tempat dan kami ada pergi ke beberapa lokasi lain.
“Dengan teknologi baru ini, kita harap tak perlu menjalani pembedahan dan kanser itu akan hilang begitu sahaja. Begitulah harapan kami.
“Doktor juga beritahu dia perlu menjalani sebanyak 80 sesi rawatan bersamaan dengan empat bulan lagi. Kos rawatan juga mencecah RM53,000, belum lagi sesi lain yang berdaftar,” ujarnya lagi.
Amyza turut memaklumkan keadaan kaki Adrian kini dalam keadaan bengkak dan sukar untuk berjalan.
“Sekarang Adrian ‘foot drop’ (sukar mengangkat kaki) sebab bila bengkak, beri tekanan kepada saraf dan kerana itu tak boleh angkat.
“Bengkaknya sangat besar pada bahagian betis yang sebesar bola takraw, berat dia nak jalan,” kongsinya.
Pada Februari lalu, anak kedua Amyza itu disahkan menghidap kanser tulang dan sedang menjalani rawatan alternatif bagi mendepani penyakit berkenaan.
Prihatin dengan nasib dua beranak itu, pengacara, Datuk Aznil Nawawi berjaya mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai berjumlah RM200,000 baru-baru ini bagi membantu membiayai kos perubatan Adrian.
Kisah pasangan bertemu jodoh di hospital, seorang lelaki bernama Syakir pernah lalui 100 kali kemoterapi melawan barah dan Eryna pula diuji dengan SLE, sejenis penyakit autoimun.
Mereka sama-sama berjuang dan saling kuatkan satu sama lain. Dari hospital ke jinjang pelamin, 6/6/2026 akhirnya jadi tarikh paling indah buat Syakir dan Eryna.
Kalau orang lain mencari kesempurnaan dalam memilih pasangan hidup, lain pula kisahnya bagi Syakir dan Erina Rasid. Pasangan yang berasal dari Pahang dan Perak itu membuktikan cinta sejati wujud apabila dua jiwa saling menerima kekurangan dan berjuang melawan takdir bersama.
Syakir merupakan seorang pejuang kanser yang telah melalui fasa getir menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 100 kali. Manakala isterinya, Erina, diuji dengan penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan penyakit Crohn (radang usus kronik).
Detik awal pertemuan mereka bukanlah di tempat yang romantis, tetapi laman sosial TikTok. Ketika itu, Erina yang sedang berada dalam keadaan tertekan akibat penyakitnya, terpandang satu video yang dimuat naik oleh Syakir.
“Kami berjumpa di media sosial di TikTok. Isteri saya yang mendekati saya dahulu. Dia bertanya, bagaimana saya masih boleh tersenyum dengan keadaan seperti itu?” imbau Syakir.
Dalam video berkenaan, Syakir sedang menarik rambutnya yang gugur kesan daripada rawatan kemoterapi. Namun, apa yang menjentik hati Erina adalah senyuman yang terukir di wajah lelaki itu, seolah-olah tiada bebanan penyakit yang sedang ditanggungnya.
“Saya jawab kepadanya masa itu, kenapa awak mahu merasa sedih? Jika itu adalah dugaan untuk awak, kita harus teruskan hidup. Kita harus sentiasa positif.
“Jika kita negatif, kita seolah-olah membiarkan penyakit ini menang. Kita hidup, biarlah kita yang menentukan hidup kita. Kenapa kita mahu biarkan penyakit yang menentukan hidup kita?” kata Syakir, menitipkan kata-kata semangat yang akhirnya mengubah seluruh pandangan hidup Erina.
Hubungan yang bermula sebagai pembakar semangat akhirnya bertukar menjadi cinta. Walaupun Syakir terpaksa bertarung nyawa melalui 100 kali sesi kemoterapi, Erina tetap setia memegang janjinya untuk bertahan sehingga mereka disatukan sebagai suami isteri.
Bagi Syakir, Erina bukan sekadar seorang isteri, tetapi adalah inspirasi untuknya terus bernafas.
“Kami terima kekurangan masing-masing, berjuang bersama tidak pernah mengalah,” ujarnya.
Sementara itu, Eryna berkongsi bagaimana suaminya menjadi sumber kekuatan dan mengubah cara dia melihat kehidupan.
“Sejak mengenali dia, banyak benda yang berubah. Dulu saya pernah berputus asa dulu, tetapi dia sentiasa menyokong saya.
“Jika dia boleh melawan penyakit dan kembali sihat, saya rasa saya juga perlu menjadi kuat seperti dia,” kongsi Eryna menerusi petikan temu ramah bersama Storiemy.
Sempena hari bahagia mereka baru-baru ini, suasana bertukar hiba apabila bait-bait penghargaan luahan hati seorang suami diucapkan.
“Kami sama-sama belajar, berjuang. Apa pun jangan sesekali mengalah kerana setiap langkah kecil akan membawa kepada keputusan yang besar. Jangan berhenti berjalan, teruskan melangkah,” kongsinya.
Bagi Syakir, pengorbanan Erina yang sudi menerima dirinya yang serba kekurangan adalah hadiah paling tidak ternilai dalam hidupnya.
“Sampai ke hari ini, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sentiasa ada dan menerima saya.
“Saya mungkin tak mampu membalas semua itu, tetapi saya sudah tunaikan janji saya. Saya akan jaga awal sampai bila-bila,” tutur Syakir sambil menahan sebak.
Dalam pada itu, Eryna turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang begitu matang dan sudi menerima dirinya seadanya.
“Terima kasih kerana tak pernah menyerah dan tetap menerima saya walaupun saya mempunyai banyak kekurangan yang orang lain mungkin tak boleh terima,” kongsinya.
“Awak tak pernah rasa terbeban, tak pernah rasa saya menyusahkan. Terima kasih kerana sudi jaga saya insya-ALLAH sampai akhir hayat,” luahnya.
Perkongsian itu menerima kata-kata positif daripada warganet. Di samping ucapan tahniah, rata-rata memberikan semangat agar Syakir dan Eryna terus kuat serta berbahagia.
“Both are fighter! Respect and happy for you two.”
“Inilah makna sekufu yang sebenar. Yang bersama waktu susah dan senang.”
“Saya tak minta lebih daripada ALLAH untuk korang berdua, saya cuma nak tengok korang bahagia, insya-ALLAH, till Jannah,” kongsinya lagi.
Apa pun, doakan yang baik-baik buat pasangan ini. Jika bertemu seseorang yang mampu terima kekurangan kita, itu adalah rezeki dan jodoh terbaik dariNya.
Ngeri melihat keadaan kereta dihempap treler, apatah lagi membayangkan keadaan mangsa yang terlibat Kegembiraan sebuah keluarga bertukar tragedi menyayat hati apabila empat daripadanya, termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun, maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebuah lori treler dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 43.2, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas tersepit di dalam kenderaan jenis Honda City yang remuk teruk.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati treler berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan menuruni bukit dan berselekoh sebelum terbalik ke kiri jalan lalu menghempap kereta yang berada di lorong kiri.
Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan tiga penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu treler mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pinggul.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurut polis, pemandu treler mempunyai 15 rekod saman dan sampel darahnya telah diambil untuk analisis toksikologi.
Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dengan bantuan Bomba Elektriksolar Janda Baik serta sebuah jentera berat lebuh raya bagi mengangkat treler.
Manakala, pemandu lori yang cedera pula dihantar kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.
Punca sebenar kemalangan masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.
Kehadiran seorang anak sering dianggap sebagai anugerah paling berharga dalam sesebuah rumah tangga. Namun tidak semua pasangan dikurniakan rezeki zuriat dalam tempoh yang singkat. Ada yang perlu melalui perjalanan panjang, penuh ujian dan pengorbanan sebelum akhirnya bergelar ibu dan bapa.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh usahawan terkenal, Madammu, yang baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila berkongsi luahan sempena sambutan hari lahir anak bongsunya, Ahmad Kayden.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid mengimbau kembali perjalanan mendapatkan zuriat yang bukan mudah untuk dilalui. Luahan penuh emosi itu turut mendedahkan pengorbanan besar yang dilakukan beliau dan suami demi menimang cahaya mata sendiri selepas sembilan tahun menanti.
Dalam perkongsiannya, Madammu meluahkan rasa syukur kerana Ahmad Kayden hadir sebagai penyeri rumah tangganya selepas hampir sembilan tahun mendirikan perkahwinan bersama suami tercinta.
Menurut Madammu, Kayden bukan sekadar anak bongsu yang disayangi keluarga, malah menjadi simbol harapan, kesabaran dan doa yang akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
“Happy birthday anak bongsu mummy Ahmad Kayden. Jantung hati papa, mummy, kakak Zahara, kakak Qally, abang dan semua orang.
“Buah jantung mummy yang lahirnya dengan rezeki yang melimpah-limpah. Anak yang manja tapi bijak dan panjang akal.
“Menjadi penyeri dalam rumah tangga mummy dan papa. Hampir sembilan tahun perkahwinan baru ada rezeki untuk lahirnya Ahmad Kayden di dunia ini,” tulis Madammu.
Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikutnya yang selama ini mengikuti perjalanan hidup dan perjuangan wanita berusia 36 tahun itu.
Apa yang lebih menyentuh hati ialah pendedahan Madammu mengenai perjalanan IVF yang dilaluinya sebelum berjaya hamil dan melahirkan Ahmad Kayden.
Menurut beliau, proses tersebut mengambil masa hampir dua tahun dan memerlukan kekuatan mental, emosi serta fizikal yang luar biasa.
Bukan itu sahaja, Madammu turut mendedahkan bahawa beliau menjalani tiga pembedahan, suntikan pada bahagian perut selama 10 hari berturut-turut serta pelbagai rawatan lain sepanjang proses IVF berkenaan.
“Sehingga ke hari ini mummy masih tak sangka yang mummy dan papa akan ada zuriat dari perkahwinan ini.
“Siapa sangka Tuhan nak juga tambah seorang lagi.
“Alhamdulillah dapatkan Ahmad Kayden selepas dua tahun journey IVF, tiga kali pembedahan, 10 hari injection pada perut dan beribu-ribu kos untuk ubat serta RM200,000 untuk IVF journey,” kongsi Madammu.
Pengorbanan tersebut membuktikan bahawa perjalanan mendapatkan zuriat bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah pasangan.
Dalam luahan yang sama, Madammu turut berkongsi bahawa kehadiran Ahmad Kayden membawa banyak perubahan positif dalam kehidupan keluarganya.
Menurut beliau, selepas kelahiran Kayden, pelbagai rezeki dan nikmat hadir dalam kehidupan mereka.
Malah, beliau percaya setiap anak hadir bersama rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah lahirnya Ahmad Kayden, Tuhan gantikan kami dengan rezeki yang melimpah ruah. Setiap anak itu ada rezeki mereka. Alhamdulillah,” katanya.
Kata-kata tersebut turut mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa kehadiran anak sering membawa kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan keluarga.
Kisah beliau sebenarnya memberi inspirasi kepada ramai pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Perjalanan IVF sering kali dipenuhi cabaran kerana melibatkan kos yang tinggi, tekanan emosi dan ketidakpastian tentang hasil yang bakal diperoleh.
Namun pengalaman Madammu membuktikan bahawa usaha, doa dan kesabaran mampu membawa kepada kebahagiaan yang tidak ternilai.
Ramai wanita yang mengikuti perkongsiannya mengakui mereka dapat memahami perasaan yang dilalui usahawan tersebut kerana pernah melalui pengalaman yang hampir sama.
Malah, ada yang menjadikan kisah Madammu sebagai motivasi untuk terus kuat menghadapi ujian kehidupan.
Sebelum kelahiran Kayden, Madammu dan suaminya telah membesarkan tiga orang anak iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Kasih sayang yang ditunjukkan kepada anak-anaknya sering menjadi perhatian netizen sehingga ramai menjadikan beliau sebagai contoh ibu yang penyayang dan prihatin.
Kini dengan kehadiran Ahmad Kayden, kebahagiaan keluarga tersebut dilihat semakin lengkap.
Sambutan hari lahir Kayden bukan sekadar meraikan pertambahan usia, tetapi menjadi detik yang mengingatkan Madammu tentang perjalanan panjang yang pernah dilalui demi bergelar ibu kepada anak yang sangat dinantikan.
Bagi beliau, Ahmad Kayden adalah bukti bahawa setiap doa mempunyai waktunya sendiri untuk dimakbulkan dan setiap penantian yang panjang pasti mempunyai hikmah yang indah di penghujungnya.
Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...