Kebiasaan mak-mak yang masak kari ayam, mesti menggunakan santan dan daun kari untuk menambah aromanya. Namun jika inginkan kelainan rasa kari ayam yang lebih sedap, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Aslyna Nor Hassan‎ ini.

Menurut wanita ini, resipi “Kukkra Curry” atau kari ayam ini, di ajar oleh abang iparnya yang berasal dari negara Nepal.Kelainannya, ia tidak menggunakan santan atau daun kari malah menggantikannya dengan yogurt asli serta daun ketumbar.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Abang ipar saya orang Nepal..dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranya. Nama masakan tu “Kukkra Curry” atau kita panggil kari ayam. Memang sedap,sebab kari diorang ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Kari ni bukan makan dengan nasi je sedap, makan dengan roti arab pun sedap.”

“Kukkra Curry” Sedap Tak Pakai Santan, Guna Yogurt & Daun Ketumbar

IKLAN

RESEPI KUKKRA CURRY

Bahan-Bahan:

Seekor Ayam
*5 biji bawang merah
*3 biji bawang putih
*1 inci halia
(kisar bahan yang bertanda *)

IKLAN

4 biji tomato (potong dadu)
ubi kentang (terpulang)
1 pokok ketumbar (letak lebih lagi sedap)
5 sudu yogurt asli (yang tiada perisa)
6 sudu penuh serbuk kari

Cara Membuat:

1. Tumis semua bahan kisar,masukkan tomato,masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan kentang dan msukkan sedikit air.
3.Biarkan mendidih hingga ayam masak.Kemudian masukkan yogurt.
4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong.

IKLAN

Siap,cuba la!

MW: Mak-mak yang nak cuba kelainan masak kari ayam, guna yogurt dan daun ketumbar boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini.

Sumber: Aslyna Nor Hassan‎

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI