
Masalah sakit belakang bukan sekadar mengganggu rutin harian, malah boleh menjejaskan hubungan suami isteri.
Ramai pasangan memilih menahan diri kerana bimbang kesakitan bertambah, sedangkan dengan pendekatan yang betul, hubungan intim masih boleh dilakukan dengan selesa.
Menurut pakar, memilih posisi hubungan suami isteri yang sesuai sangat membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan otot.
Paling penting, setiap pasangan perlu memahami keadaan tubuh masing-masing kerana tiada satu posisi sesuai untuk semua.

1. Posisi Dari Belakang
Antara hubungan suami isteri yang sering disebut lebih selesa ialah posisi dari belakang.
Ia biasanya membantu bagi individu yang mengalami sakit ketika membongkok ke depan atau duduk terlalu lama.
Tip untuk lebih selesa:
- Gunakan tangan sebagai sokongan
- Elak melengkungkan belakang berlebihan
- Bergerak perlahan ikut tahap keselesaan
Dalam konteks syarak, posisi ini dibenarkan selagi melalui saluran yang halal.
2. Posisi Berbaring Menghadap Pasangan
Bagi yang mudah rasa sakit dengan banyak pergerakan, posisi ini antara hubungan suami isteri yang sering disyorkan.
Ia lebih stabil dan kurang memberi tekanan pada tulang belakang.
Untuk lebih selesa:
- Letak bantal kecil bawah pinggang
- Kekalkan posisi yang tidak terlalu aktif
- Fokus pada pergerakan yang minimum
Kadangkala perubahan kecil begini sudah cukup memberi perbezaan besar.
3. Posisi Mengiring Berhadapan
Ini juga antara posisi yang lebih ‘friendly’ kerana tubuh tidak menanggung banyak tekanan.
Ia sesuai untuk pasangan yang mahukan posisi lebih santai dan mesra.
Namun jika anda mudah sakit bila melengkung, posisi ini mungkin perlu diubah suai.
Yang penting, jangan paksa tubuh melakukan sesuatu yang menyebabkan ketidakselesaan.
4. Posisi Spooning
Ramai pakar melihat spooning sebagai antara posisi yang paling lembut dan santai.
Ia kurang memberi tekanan pada pinggang dan belakang.
Malah untuk pasangan yang sudah lama mengelak bersama kerana masalah sakit belakang, posisi ini sering jadi permulaan yang lebih selesa.
Tip Kurangkan Sakit Sebelum Bersama

Selain memilih hubungan suami isteri yang sesuai, beberapa langkah ini juga membantu:
Mandi Air Suam
Air suam bantu longgarkan otot.
Gunakan Bantal Sokongan
Boleh bantu stabilkan tulang belakang.
Bergerak Perlahan
Jangan tergesa-gesa.
Berkomunikasi Dengan Pasangan
Beritahu apa yang selesa dan apa yang tidak.
Jika Perlu, Ambil Ubat Tahan Sakit
Dapatkan nasihat doktor dahulu.
Baca juga: Pasangan Semakin Tawar Hati, Jangan Pandang Ringan, Segeralah Baiki Hubungan Suami Isteri
Jika Masih Sakit Selepas Itu?
Kadangkala sakit masih boleh berlaku walaupun sudah berhati-hati.
Anda mungkin berminat dengan
Antara yang boleh dicuba:
- Tuam panas atau sejuk
- Rendam air suam
- Urutan ringan
- Rehat secukupnya
Jika sakit berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor.
Kerana walaupun hubungan suami isteri boleh membantu, punca utama sakit tetap perlu ditangani.
Jangan Abaikan Hubungan Disebabkan Sakit
Ramai pasangan diam-diam menjauh kerana isu ini.
Hakikatnya, sakit belakang tidak semestinya menutup ruang keintiman.
Dengan komunikasi, kesabaran dan memilih posisi yang betul, hubungan tetap boleh dipelihara.
Kadang yang diperlukan bukan mengelak, tapi menyesuaikan.
Kesimpulan
Masalah sakit belakang bukan alasan untuk hubungan suami isteri terjejas.
Yang penting, faham tubuh sendiri, jangan paksa diri dan pilih posisi yang sesuai.
Hubungan yang baik juga tentang saling memahami dan menyesuaikan diri bersama.
Sumber: Healthline
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

