Selain menggunakan serbuk perisa tambahan yang kita selalu beli di kedai untuk menyedapkan masakan, sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je guna kulit tomato. Lebih jimat, rasa semulajadi dan asli, malah mudah je nak buatnya.

Artikel Menarik: Cara Semai Tomato Ceri Dari Biji Benih, 4 Bulan Boleh Dapat Hasil

Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Roazura Bahari ini sebagai panduan,

Akhirnya tertunai juga untuk berkongsi serbuk perisa tambahan menggantikan a**n*m**o bagi sesiapa yang tidak menggunakannya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua .
Menambah kesedapan dalam masakan, lebih asli dan semulajadi.

Mesti Baca: 8 Bulan Wanita Ini Cuci Muka Guna Tomato Beku, Kesannya Hilang Habis Jerawat Degil ‘Kulit Pinkish Berseri’

Bahan Diperlukan:

Buah Tomato secukupnya

Cara Membuat:

1.Belah 4 bahagian atau potong ‘X’ atas buah tomato.

2.Kemudian masukkan dalam periuk dengan air mendidih.

3.Biarkan sehingga kulit tomato sedikit terbuka kemudian angkat dan toskan.

IKLAN

4. Kupas kulit tomato tersebut, lapik kertas minyak atas dulang dan susun kulit tomato tersebut.

5. Bakar dalam oven atau air fryer sehingga kulit tomato kering.

6. Selepas itu, masukkan dalam ‘blender’ kering dan kisar halus kulit tomato tersebut.

7. Siap dijadikan serbuk perisa semulajadi.

8. Bolehlah dimasukkan ke dalam masakan untuk menyedapkkan lagi rasanya.

IKLAN

Selamat Mencuba!

Mesti Baca : Buat Sendiri Sos Tomato Di Rumah, Tiada Bahan Pengawet, Jimat & Dijamin Sihat!

Artikel Popular: Petua Jaga Jantung Sihat Amalkan Minum Jus Tomato Selalu

IKLAN

Mingguan Wanita:Macam ni rupanya nak buat serbuk perisa tambahan sendiri. Guna kulit tomato je, dah boleh sedapkan masakan.

Sumber: Roazura Bahari

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura